Rabu, 4 Mac 2015

Saya jual buku!

Assalamualaikum.
Kena dengan nama blog aku, rasanya salah pulak kalau aku tak terlibat dalam aktiviti menyebarkan doktrin2 cintakan buku kepada rakyat Malaysia ni. 

Haa, just nak inform, saya ada jual buku!

Aku mula dulu dengan 2 buku, seperti di bawah.

a) Catatan Matlufti
   Nukilan Matlutfi bagi yang tak puas dengan video2 Matlutfi yang hanya berdurasi lebih kurang 10 minit. Padat dengan pengajaran dan diselit dengan jenaka santai, dan sila bersiap sedia lah untuk ditumbuk dengan punchline2 yang padu. Sila pastikan tiada yang memerhati anda ketika membaca jika tak mahu anda nampak kurang waras ketawa berseorangan. Berbaloi!

 Harga: RM25
 Bil. mukasurat: 320 mukasurat
    

b) Fikah Luar Negara
   Bekalan penghilang was2 untuk kaki traveller tegar dalam mengamalkan cara hidup Islam berlandaskan syarak di mana2 (especially di negara bukan Islam), mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Guideline yang menyediakan pelbagai alternatif cara beribadat, dan membincangkan pelbagai isu2 secara terperinci. Islam itu mudah, jangan kita yang menyusahkan.

 Harga: RM19
 Bil. mukasurat: 160 mukasurat


**Harga tidak termasuk kos penghantaran.

Boleh call/SMS/Whatapp 019-564 1303 untuk order atau pertanyaan.

Tapi tunggu! Untuk kasi rancak sikit, aku ada buat grand opening promo (hehe)

Extra 10% diskaun untuk setiap pembelian 3 buah buku dan ke atas. Yeay!               

Promosi sehingga 19 Mac 2015
Cepat ajak kawan2. Jangan tunggu sampai esok! 


p/s: Jika anda ada tercari buku2 lain, sila maklumkan tajuk dan kasi aku try cari tengok.

Ahad, 10 Ogos 2014

Hanya 2 kupang dari saya

Aku perati dalam diam isu Gaza ni.

Ada yang tunjuk dia lah tahu segala. Tapi aku hormat juga niat depa ni yang nak kasi orang aware pasal isu ni. Untuk orang ramai yang blatant ignorant, macam aku ni :(

Di Malaysia, sekarang macam jadi trend pulak pakat ramai2 boikot depan McDonald.


Tapi, cuba renung dalam2 kita tanya diri kita, apa motif kita boikot depan McDonald, untuk desak McDonald stop salur fund ke Israel atau untuk desak Israel hentikan serangan ke atas Gaza?

Soalan ni kena paham betul2.

Kalau niat untuk desak McDonald stop salur fund ke Israel, hmm, aku rasa benda tu tak akan berlaku. Sebab depa aku terus fund walaupun sikit, sampai depa tak mampu.

Kalau niat untuk desak Israel hentikan serangan ke atas Gaza, boleh, tapi aku rasa tak perlu dispesifikkan tempat demo di depan McDonald. Cukup hanya dengan boikot. Kurang orang beli, kurang royalti amount (5% dari gross profit? Aku tak sure yang ni). Kurang income untuk McDonald maka kurang funding untuk Israel. Cukup dengan hanya boikot, tak beli.

Hebat bukan?

Kalau niat untuk beri kesedaran untuk orang ramai, seriously, tak ada langsung keperluan buat kat depan McDonald. Buat saja di mana2, tempat tumpuan awam. Biar orang nampak. Orang jadi cakna.

Sebab aku nampak banyak keburukan kalau buat depan Mcdonald ni. Manusia bila dah kalah dengan emosi, macam2 boleh jadi. Pekerja McDonald dimaki hamun, harga dan asset franchise McDonald dirosakkan, sure akan berlaku. Dan pihak yang akan bare cost ni tak lain tak bukan franchise owner tu sendiri. Walhal royalti ke Israel tetap 5% dari profit, langsung tak efek.

Nice article. Must read.

Nampak siapa yang rugi kat sini?

Point aku sini satu je. Aku tak larang demo. Aku cuma tak setuju tempat demo dispesifikkan di depan McDonald. Tu je.





Matlamat tak menghalalkan cara.

Aku selalu dapat ayat ni, dan aku setuju.

Jumaat, 10 Mei 2013

Hari-hari Hari Ibu

Ya, hari-hari Hari Ibu.

Tapi kalau hari yang spesel dibuat setiap hari, habes hilang spesel dia tu. Aku mesti pilih satu hari.

Tapi kalau hari yang spesel dirai sorang2, nampak forever alone teruk sangat. Aku mesti pilih satu hari.

Kalau aku pilih hari Ahad minggu ke-2 bulan Mei okay? Sebab orang2 lain pun sambut time tu jugak. Sambut ramai2 baru mainstream, ye dak?

Tapi, kan Ustaz Azhar Idrus cakap,


Entah la, aku tak rasa pun orang sambut Hari Mother Church lebih dari dia meraikan mak dia sendiri pada Hari Ibu. Orang pun tak tau siapa Mother Church ni.

Aku ada terbaca, Hari Mother Church ni bukan sama macam tarikh Hari Ibu yang kita sambut selama ni. Diorang pun tak pakai kalendar Gregory untuk set tarikh hari Mother Church ni. Mungkin hari dia je sama. Hari Ahad. Setengah tempat, diorang mention 'modern' Mother's Day sebab nak bezakan dengan Hari Mother Church (Mothering Sunday) tu. Korang boleh google sendiri.

Masalah sekarang, di Malaysia terutamanya, orang kurang sebarkan berita2 gembira dan keindahan Islam. Itu pasal orang tak berapa tertarik dengan cara hidup Islam.

Jangan nanti orang kaitkan Hari Guru dengan ritual keagamaan lain pula.


Aku, sebenarnya tak banyak point nak counter statement ni, aku just tak berapa suka dengan statement macam gini.





Islam itu mudah. Jangan menyusahkan.

Selamat Hari Ibu.