Selasa, 3 Ogos 2010

Festival Bunga Api di Osaka 2010

Cara paling tersempurna untuk aku menyambut hari gembira bagi semester ni a.k.a habis final exam; tengok bunga api.

Ni cerita 3 hari lepas sebenarnya. Baru post hari ni. Edit video sikit. Macam biasa, aku akan cuba beri yang terbaik untuk readers sume. Cewahh. Dan terima kasih juga kepada Asraff yang memberi tunjuk ajar untuk mengedit video, walaupun ilmu “how to trim/cut your video?”. Aku rabun teknologi. Agak noob.

Mesti korang cakap, alah setakat bunga api je, kat depan rumah pun boleh maen.
Ni lain.

Yang kat depan rumah tu, kejap je, 10-15 minit. Tak sempat klimaks pun. Yang ni gempak betol. 1 jam aku tengok diorang tembak bunga api. Boom boom pow bunyi dia.



Actually, aku pegi bukan nak tengok bunga api je. Aku ada misi laen.

Sejak kebelakangan ni aku rasa pemandangan aku kabur. Kurang jelas. Dan aku fikir apakata aku 'bersihkan' mata aku di sini.








Ni lah beberapa hasil tangkapan yang aku dapat tempoh hari. Sori imej kurang sharp. Manalah mampu kamera buruk aku ni merekod keindahan ciptaan Tuhan. Nanti aku pertimbangkan beli DSLR. Hehe.

Comel kan? Tu la diorang pakai yukata memang nampak unbearably comel. Mungkin tu aura pakaian kebudayaan.

Kalau awek melayu pakai baju kurung boleh dapat aura camtu jugak kot.

p/s: Disebabkan ingin mencari port yang sesuai serta view yang menarik, kitorang berjalan kira2 2 kilometer. Hasilnya, lutut aku tercabut (hiperbola). Keesokkan harinya, aku dah tak berapa mahu berjalan. Sebab bila aku jalan, aku nampak macam lari-lari anak. Terhinjut-hinjut. Tapi aku rasa berbaloi. Sebab misi ke-2 aku tercapai.

Festival bunga api ini juga gempak. Lokasi, Nagaoka (Japan). Click sini.

Isnin, 2 Ogos 2010

Apa persamaan Hayley Williams dan Awie Wings?

Aku baru habes exam ni memang tak berapa ada mood nak menulis ni. Orang kata nak berehat. Belum kenyang berehat walaupun aku rasa aku study seciput je. Minggu exam, aku aktif berfacebooking. Aktif juga berblogging. Hehe.

Ni aku nak share entri ringkas tapi informatif. Sesuai dengan konsep Iqra itu Bacalah. Topik seperti tertera di atas.


Persamaan: letak something kat microphone.

Sama kan?

Artis kena ada identiti. Trademark. Baru orang kenal. Tak gitu?

Tapi kalau nak cakap pasal perbezaan pulak, satu entri tak cukup. Nanti la aku buat buku. Banyak sangat.

Dan salah satu daripadanya ialah kaler rambut. Kan?

Ahad, 1 Ogos 2010

Macam ni baru member.

Member macam mana korang cari?

Bagi aku, aku pilih member yang mempunyai sifat 'jujur' dan 'boleh diharap'. Dan aku kunci jawapan tadi. Takde orang kat muka Bumi ni suka member yang tak jujur. Tikam belakang. Tambahan pulak kita sebagai makhluk lemah, kadang2 kena jugak mintak tolong member. Tak harapkan member, nak harapkan siapa lagi. Takkan nak harapkan pagar kot. Pagar pun makan padi.

Bagaimana kalau yang ni?


Full package. Member yang menolong apabila diperlukan. Plus, jujur. Terlebih jujur. Hehe.

Kalau aku, tak kisah kot. Aku maafkan je. Member kan. Tapi 'kereta api' (rujuk gambar di atas) tu kena ganti balik la. Tak boleh ganti dengan kereta yang sama model, Honda Civic baru pun jadila. Aku bukan jenis demanding.

Amaran keras: Don't try this at home :D