Selasa, 8 Mac 2011

Aku tak suka ini

Nampak aku kemain malas kemaskini blog kan sekarang kan? Yela, dulu selang sehari mesti dah ting-tong. New entry (ade ke orang ikut perkembangan blog aku? caitt).

Bukan apa. Idea datang salah timingnya. Timing ketika aku betol2 helpless untuk menaip mengarang entri baru. Contoh, ketika aku lying on my back trying to close my eyes (ewah, sepiking disitu) atau ketika aku la, la, la menyanyi sambil dijirus air hangat oh nikmat. Metafora sungguh aku rupanya.

Hehe.

Waktu2 sebegitu, biasanya idea bertubi-tubi datang. Siap ayat dengan tatabahasa lengkap bagai dalam novel2 komponen sastera. Tudia. Saja nak menganjeng aku. Kalau aku ada ilmu telekinesis, nak saja aku transfer segala bait2 ayat yang bermain di akal fikiran ke dalam laptop, atau dengan lebih tepat, ke dashboard dan seterusnya ke new entry. Konfem asal tengah malam je aku hapdate entri baru. Tiap2 malam. Tak miss. Ok, aku cakap KALAU..

So, kalau datang tu before tido tu, kadang2 aku cuba gagahkan diri on laptop. Bagi aku idea ni satu bentuk harta yang berharga. Karya azimat. Tak bole dipandang enteng.

Bila aku letak jari atas keyboard je, aku jadi,

...

Blank. Tak tau nak tulis ape. Tak tak nak start macam mana. Buntu. Bukan aku tanak tulis. Langsung tak.

Esok2 la.


Jumaat, 4 Mac 2011

Pegang kuat-kuat

Satu malam cerah disinari bintang.

A: Aku kan, dari dulu doa sampai sekarang tak makbul-makbul lagi. Kenapa eh?
B: Kau doa ape?
A: Ade la. Segan nak cakap. Ramai baca blog kau ni. (sengih)
B: Ok. Aku pulak yang segan. (tutup muka)
A: Haa..jangan nak melebih.
B: Kau ada usaha tak?
A: Ade.
B: Erm, maybe tak sampai masa dia lagi kot.
A: Entah la. Masalahnya dah lama aku doa mintak tolong sume ni. Hurmm..
B: Time doa tu, ade tak kau macam betol-betol mengharap yang Tuhan akan makbulkan, atau betol-betol yakin yang Tuhan tu bole tolong kau?
A: Entah la. Aku doa amin lebih kurang camtu je. Biasa-biasa. Benda yang selalu kita buat tak berapa rasa lagi feel dan kesungguhan dia tu lagi kan?
B: Kalau kau nak buat loan kat seorang fakir miskin, agak-agak dapat tak?
A: (Ketawa) Ape lah kau ni? Mesti la tak dapat.
B: Macam tu jugak lah analoginya dengan Tuhan. Kalau kau tak yakin kau dapat benda tu, kenapa kau mintak?


Allah itu Maha Kuasa. Kenapa meragui-Nya? Kan doa tu senjata orang beriman. :)

Rabu, 2 Mac 2011

Burung jadi kek hari jadi?

Tajuk entri agak radikal. Maaf. Ini taktik tarik mata dan pandangan seterusnya merangsang jari untuk menekan button mouse ke bawah. Hehe.

Tau permainan "Burung Marah"? Ahh, kerek. Cakap melayu tak paham. Ok. Angry Birds. Tahu?

*Kami keluarga burung marah. kami benci babi hijau.

Oh lupa. Tadi cerita pasal kek harijadi, ya? Ini dia!


Untung dapat bapak sporting macam ni. Kalau aku, belom sempat siap, dah abes aku lahapkan. Kek coklet tuu.

"Cakap macam kau reti buat"

.....

Aku macam ada dengar something.