Jumaat, 18 Januari 2013

Everyday I'm shufflin'

Keep calm and cross Abbey Road

Korek2 dalam draft jumpa entri ni.

Punnyyyy! Kah kah.


Selasa, 13 November 2012

Masalah umat

Tadi, aku baru balik dari melawat member ayah aku. Baru kena strok. Terlantar atas katil. Kesian. Bercakap pun dah tak boleh. Makan pun dah tak pakai mulut. Badan cekung.

Sebelah katil dia ada mak dia, mak sedara dengan adik dia. Aku tanya ayah aku mana bini dia. Dah bercerai rupanya. Dah kawen lain. Aku tanya lagi bila bercerai. Masa dia ni start sakit, dalam awal tahun, ayah aku jawab.

Dengar ayat ayah aku, aku diam. Macam2 soalan datang dalam kepala. Cuba letak aku di tempat dia.

"Nanti kalau aku jadi macam ni, boleh ke bini aku sabar dengan aku?"

Aku cuba pikir cari jalan penyelesaian.

"Macam mana nak cari jenis bini yang sanggup bersama suami dalam apa jua keadaan?"

"Macam mana cara nak sayang bini supaya dia boleh sayang balik sampai tahap dia sanggup jaga suami bila ditimpa musibah?"

Dan yang paling penting, satu jari tuding dekat orang, 3 jari lagi tuding kat diri sendiri.

"Kalau aku, boleh ke aku sabar kalau bini aku yang jadi camtu? Aku kawen lain ke tak?"



Life is unpredictable.

Tepuk dada tunduk kepala. Renungkan.






Selamat Hari Deepavali.

Jumaat, 1 Jun 2012

Pejam celik

Pejam celik dah 2 bulan lebih aku move on dari fasa 'ilmu dari papan'. Papan hitam dan papan putih.

Pejam celik dah sebulan lebih aku makan gaji.

Rutin harian yang merampas hampir setengah hari aku. Rutin harian yang memaksa waktu online bersama peminat dicatu. Wuwuwu. Penat punya pasal, belum pun pukul 11 dah lelap wa cakap lu.


Pejam celik pejam celik. Rasa masa cepat gila.

Lagi pejam celik sudah atas pelamin, berdua.

Lagi pejam celik sudah anak lima. (Woha!)




Lagi pejam... terus mata tak buka-buka.

(Bekal macam mana?)