Khamis, 29 Mac 2012

Balik untuk kebaikan.

Alhamdulillah aku baru balik ke Malaysia. Atau lagi tepat, baru dapat can first time online kat Malaysia. Aku balik Ahad hari tu lagi sebenarnya. Tak boleh online sehari terus jatuh demam. Serius.

Aku dah selamat bergraduasi. Pejam celik pejam celik dah setel 2 tahun. Cehh, pakai ayat 'pejam celik' nampak macam aku kerja tido saja selama ni. Langsung tak menggambarkan sikap gigih dan berusaha keras. Aku start menulis artikel (baca: blogging) pun dalam 2 tahun lepas jugak. Blogging sebab ikut trend. Trend jadah apa pun aku tak tau. Hahaha.

Alang2 nak balik, aku ada plan satu projek. Sebut 'projek' serupa projek besar dato' dengan pulangan juta2. Kah kah kah. Takkan nak balik dengan tangan kosong, ye dak?

Aku start projek ni dari bulan 9 tahun lepas kalau tak silap. Tapi sebab kekangan masa, benda ni bertangguh sampai satu tahap yang buat aku terus hilang semangat. Tapi demi rasa tanggungjawab kepada penduduk Bumi, aku teruskan jua (??)

Peh, rasa canggung habes bila lama tak menulis ni. Haishh.

By the way, lagu latar ialah Chatetan Konkerit dari Akta Angkasa.


First time try, mohon tunjuk ajar. Heheh.

Ahad, 11 Mac 2012

Awkward moment

Dalam toilet. Kat sinki.



Kadang2 dekat pintu kedai pun jadi. Berdiri depan pintu pandang atas bawah dua tiga kali. Bajet pintu automatik.

Semua nak auto. Teruk sangat malas.

Jumaat, 2 Mac 2012

It's been awhile..,

Mahu rasanya aku aktif menulis seperti dahulu. Satu minggu biasa 3-4 entri. Kadang2 terpaksa dulu hold on dulu entri. Bukan apa, tak mau nampak gelojoh sangat update tiap2 hari. Heh.

Pernah berangan jadi blogger boleh jadi kaya. Naif benar. Hahaha. Kabur mata mengidolakan Ben Ashaari, Cik Epal, Obefiend dan sebagainya. Income ribu2. Kadang2 kena juga consider, apa reason engko nak femes dalam beribu-ribu, mungkin puluh ribu blogger lain? Kena bersaing dengan traffic hunter satu hal. Tambah2 budak2 baru. Macam aku dulu2.

Blog boleh buat duet.

Niat. Awal2 lagi dah terpesong.

Keh keh keh.



*sebulan lebih tak bukak blogger.com, bagi can sikit okayh? ;p*