Rabu, 27 April 2011

Tear-off fliers senggama minda

Iklan kalau tak tarik perhatian mana berkesan kan? These are freaking creative advertising. Jemput tengok.

*strong enough?

*tear-off for weight loss

*piano class ad: leave the # keys

*hockey practice ad: lessen teeth loss? join us!

*dentist ad: pull one. it's painless

*waxing services ad: what??

Isnin, 25 April 2011

Tipu sunat

Teringat zaman aku mula reti nak makan Kay-Eff-Si dan Mekdi bagai ni, time tu form 4 (orang bandar macam aku form 4 baru kenal fastfood. sebelum tu praktik diet seimbang). Tu pun sebab kat Genting Highland. Kat situ, fastfood cenggitu lah paling ekonomi. Even nasi lemak sepekup kat tanah landai 50sen, bila naik ke Highland jadi RM5. Cekik. Kos penghantaran naik bukit berapa lah sangat kan. Hmmp.

Time tu tengok iklan menu set kat KFC memang kasi mouthwatering. Nampak burger sume gemuk2. Dalam menu 'ekonomi' tu, aku cuba filter ke LEBIH ekonomi. Jumpa set RM8++. Set apa aku dah tak ingat. Janji kenyang.

Dalam 8 minit, order sampai. Katanya fastfood kan. Bila aku tengok, "Aik, kecik je bege?". Aku pandang atas bawah. Pandang papan iklan set menu dengan set menu yang baru dapat tadi. Burger kat iklan promosi nampak montel nyam2. Tapi beger atas tray kat tangan aku punya comel je. Saiz kotak french fries saiz medium (ke small eh? tak ingat. hehe) lagi besar. Fine. Tetiba terdengar suara cashier.
"Next!"
Ohh. Aku tersedar. Tersedar yang aku dah lama berdiri depan kaunter tu. Tersedar juga camni rupanya taktik menarik pelanggan.





Sori takde gambar KFC. Aku bagi contoh fastfood lain. Sama saja.

Bisnes. Kalau cakap tak tipu sikit2 tu, tipu laa.

Jumaat, 22 April 2011

Hari malang tak berbau budu (Part 2)

Ini bukan kisah Lebai Malang. #cliche

Last entri habes kat mana ya? (kat bawah ada, gedik tanya jugak kan?)

Okay. Jam menunjukkan pukul 5:30 pm. Waktu keje tamat. Cukup terhangguk-hangguk ber"otsukaresamak" dengan rakan sekerja, aku melangkah pulang. Sepertimana datang, balik pun naik tren. Penat. Jenis keje berdiri lama2 ni memang menguji otot hamstring dan soleus aku. Luckily, atas tren ada seat kosong. Duduk. Asal pejam mata je, aku nampak katil. Rindu tahu tak?

*nafsu..nafsu..

Sampai ke JR Shuntokumichi, aku jadi eksaited satu macam. Jadi macam, "Cepat la sampai rumah. cepat la sampai rumah". Cuba bayangkan aku tergedik terlompat cakap benda tu. Cuba. Sebab kat realiti memang korang takkan nampak aku buat camtu. Neba eba(never ever).

Turun tangga, touch card, aku pegi tempat aku parking basikal tadi. Masuk tempat parking, cari besikal aku. Sudah. Tempat aku parking tadi still ada besikal. Besikal kuning. Bukan besikal biru. Bukan besikal aku. "Alaa, ni mesti diorang tolong park-kan basikal aku kat tempat lain". Mindset aku buat andaian. Positif. Jenis hati selalu bersangka baik. Aku senyum sendiri.

Berlakon cool. Aku melilau satu train station cari 'kuda tunggangan' aku. Pusing punya pusing, last2, sampai balik kat tempat aku parking tadi. Aku terpandang notice,
"Kawasan parking ini adalah kawasan parking berbayar. Basikal yang tidak berkaitan akan dipungut"
Buat pengetahuan para pembaca sekalian, tempat aku parking tu tempat parking berbayar untuk sewa sebulan punya. Aku tahu. Aku sengaja parking situ. Sebab dulu penah jugak parking kat situ, selamat. Aku ingat ayat immunity 'tak tahu' valid di mana-mana saja. Ya, salah aku jugak. Jenis main letak pastu harap luck sepenuhnya. At last, aku terima hakikat yang basikal aku kena angkat. Sayang tau berpisah dengan dia. Dia yang aku tunggangi tiap2 hari. Huhu..huhu.

Nak tak nak, balik jalan kaki. 2km. Memang tak berapa jauh, tapi dengan aku yang baru membanting tulang, penat tu doubled 2 kali. Dengan kasut aku pakai ni tapak keras macam sepatu jamban, penat tu jadi tripled. Sakit noks kaki. *sigh*

Kalau la malang tu berbau budu, confem aku tak parking kat situ. T_T

*awek biru belah kiri, I rindu u la :'(

Rabu, 20 April 2011

Hari malang tak berbau budu (Part 1)

Ini bukan kisah Lebai Malang.

Pagi tadi, bangun awal siapkan breakfast sebelum pegi keje. Keluar rumah, aku pandang langit. Cerah. Secerah masa depan aku, mungkin. Aku tau tak ramai remaja bermotivasi macam aku sekarang ni.

*pagi tadi camni la. matahari malu2 nyorok belakang awan

Pagi-pagi buta (actually dah cerah gila time ni) aku kayuh basikal pegi train station. Aku tak pegi yang dekat dengan rumah aku, Nagase. Aku pegi yang selang satu station, JR Shuntokumichi. Kenapa? Sebab kat situ ade syarikat tren yang murah (kat Jepun ada banyak syarikat tren. Malaysia ada 1 je. Kena Tunggu Mai a.k.a KTM). Tengok, aku pasang strategi. Strategi kemut.

Bila sampai, aku park basikal. Tunggu tren. Dan naik. Biasa.

Sampai je Osaka-jou Kitazume Station, tetiba tren berenti. "Ahh, biasa la ni tren berenti kejap ni. Kat Malaysia lagi teruk". Cuba sedapkan hati. 10 minit. Tetiba tengah sedap layan lagu Stop and Stare dendangan One Republic, aku macam dengar ada pengumuman.
"Atas sebab electric inspection (aku pun tak tahu ape jadah), tren ke Amagasaki terpaksa diberhentikan"
Shit! Aku termencarut dalam hati. Aku tengok mamat sebelah aku dah sumpah seranah sebab tren lambat. Dia ingat aku tak paham. Tetiba terasa motivasi aku pagi tadi mulai basi. Panik kejap.

*sori takde translation

Apa lagi, aku terus check waktu sampai di train station tempat aku keje, Mitejima. 8:30 pm. Lambat. Haromm. Aku cuba call person in-charge, nak lapor keadaan semasa. *Carut* Tak ada line pulak. Yang diorang gatal buat railway underground ni ape hal. Aku memaki hamun tanpa rasional, dalam hati. Dalam line 'tenggelam timbul' tu, aku dapat tangkap "nanti dah sampai call balik"

Yeah, mesej tercapai. Tempat kerja bole tahan jauh dengan train station. Berkejar aku lari. Takpe, pagi-pagi. Masih fully charged. Tak boleh manjakan sangat otot2 badan ni. Dah sampai, tak jumpa pintu masuk pulak. Aku call, dia guide sampai gate. Dia sambut dengan senyuman. Positif. Even lambat 10 minit. Lega.

Ok. Tak cukup malang. Takde, tadi baru muqaddimah. Apa barang cerita letak klimaks awal2?

Bersambung... (aku punya penat tu belom hilang. aku sambung next entri)

Selasa, 19 April 2011

Pembalut hadiah satu untuk semua

1 for all. Penyelesaian mudah bila tercari-cari pembalut hadiah sesuai untuk event2 tertentu.


*senarai semak

Dengan hanya satu marker pen, ia sesuai pada bila2 saja hari indah untuk orang tersayang. :)

Jumaat, 15 April 2011

Tekanan Pierre

*kacak tak saya?

Kalau mahu cerita pasal Pierre Andre, korang salah port. Tapi, alang-alang, scroll saja ke bawah. 5 minit. 5 minit.

Ok mula. Bila berada di komuniti yang anak mudanya rata-ratanya mempunyai pasangan, mesti ada suara entah dari mana datang membisik,
"Best dowh ade girlfriend/boyfriend ni. Boleh manja2. Hihi" (efek gelak mencicit aku tambah sendiri)
Bohong la kalau cakap "best jadi lone ranger ni". Tu ayat nak pujuk sejukkan hati. Padahal hati lonely gila. Tak pun hati hancur baru lepas kena reject. Kena dump. Fitrah manusia dicipta berpasangan kan. Yela, mana tahan bila keluar ke bandar, ke shopping complex nampak saja uda dan dara berkepit bahagia. Pegang tangan. Pegang pinggang. Tarik-tarik tak nak renggang. Auuu~
"Aku juga ingin dibelai begitu. Mahu juga leher ditiup lembut begitu"
Hoi, apa leher tiup2 ni?! Abaikan. Balik kampus pula, nampak member sebilik borgolek atas katil, sambil tersenyum gembira melayan suara dari telefon bimbit. Indah. Cakap punya lembut punya manis letak besi kat depan pun boleh cair. Sebelum letak phone, kasi tarik "muahhhhh" panjang sampai satu bilik boleh dengar. Yang dengar, hati panas. Tak pun, bunyi new message received bertubi-tubi yang beraneka bunyi. Even handset sebelah dekat je kat tepi. Lagi. Panas. "Tak cukup kiut kah aku untuk memiliki seorang teman hidup?", keluh hati.

*rasa jauh sangat.

*****

Itu semua peer pressure. Perasaan ingin ada satu level atau standard ditetapkan masyarakat. Mahu tiada beza. Mahu nampak sama. Mahu diterima.

Kekadang rasa mahu bermanja ni datang bila kesunyian. Datang bila hati kosong. Aku nasihatkan korang buat something untuk lupakan perasan tu. Apa-apa saja. Main guli ke. Kumpul setem ke. Main poke2 member kat Facebook pun boleh.


Bila tak ada dalam komuniti di atas, korang rasa berbeza. Bila korang sibuk dengan sesuatu, tak sempat terpikir pasal manja2 ni. Pasal benda yang boleh buat orang senyum sorang2 depan phone/laptop ni. Dan certain orang anggap cinta hanya untuk isi masa lapang saja. Pun ada.

Jangan risau. Jodoh itu kerja Tuhan. Ya memang usaha tu perlu juga. Tapi jangan paksa diri. Jangan rushing sangat. Nampak teruk sangat aihh. Solusyen, cari KAWAN perempuan beberapa, nanti dah serasi, boleh pilih satu (jangan sekali pilih 4. nampak sangat tamak). Aku percaya hubungan cinta hasil dari bibit-bibit persahabatan itu kekal berpanjangan. Walau persahabatan dan percintaan dipisahkan oleh satu garis halus, bak kata Lord Zara. Iya, aku tahu. Aku bukan Love Guru. Loser bila bercakap tentang cinta. Falsafah aku ni bukan bole pakai sangat pun. -_-"
"Love when you're ready, not when you're lonely"
That's all.

P/S: tekanan Pierre = peer pressure. Boleh terima?

Let's dance!

Lama aku tunggu. Lama aku nanti. Akhirnya datang juga.


Hoyeah. Berbulan aku tunggu, America's Best Dance Crew Season 6 datang ke udara. Rancangan realiti yang menghimpunkan dance crews dari seluruh US. Boleh tengok dari sini.

Video promo

Sekian update kali ini.

Ok bai. (tengah eksaited ni)

Khamis, 14 April 2011

Kalau begini, carpooling pun tak guna

Yeah, kelas dah mula. Tapi aku tak ada kelas pun. Tinggal pegi lab dengan buat thesis saja (sebut lab dengan thesis bajet gempak kan). Ok aku nak kongsi satu scene depan kampus aku. Dah lama tak tengok fenomena ni.



Camne nak lalu ni?

Kalau pasang hon lori kat basikal aku best ni. Sekali aku pon-pon kat belakang, mau melompat diorang kat depan ni. Hihi.

Tudia. Dah mula pikiaq kerja gila.

*aku tak maksudkan ini

Isnin, 11 April 2011

Moto Adidas

2 bulan berlalu, cuti pun dah habes. Ayuh kembali ke sekolah, kata mereka. Hampeh. Nak tune balik otak ke mood belajar ni bukan senang. Mahu masuk semester baru dengan azam baru. Tapi aku punya mabuk mamai pening cuti pun tak hilang lagi. Kejutkan aku. Tolong.

Kepada junior2 yang baru datang, selamat datang ke Nippon. Walau tak ramai antara korang baca blog picisan aku ni. Pedulikan, aku mahu ucap selamat juga pada kamu-orang semua. Haha. Negara baru akan bawak korang ke dunia baru (bukan Dunia Baru gadis2 kerempeng shooting kat UNISEL tu). Satu suasana dan persekitaran yang berbeza. Banyak aral dan cabar yang datang menduga. Yeah.

Apa2 masalah, ingat, senior2 kamu ada. Minta bantu mereka sekali sekala. Kadang2, usaha dengan tangan kaki sendiri best juga sebenarnya bila kena pada masa. Banyak benda boleh belajar. Terma belajar bukan nanti perlu pakai kacamata duduk ikat kepala depan meja saja. Luaskan skop. Sesungguhnya nikmat berjaya hasil usaha sendiri manis rasanya. Tak percaya, cubalah.

Ilmu bertimba-timba itu harta berharga. Sungguh.

Akhir kata, pasang cita-cita. Usaha seupaya. Semuga sukses sentiasa. Tiada yang mustahil.


Ok. Selamat kamu semua. :)

P/S: moto Adidas - Impossible is nothing

Khamis, 7 April 2011

Teori Darwin hanya betul kat sini agaknya..

Bunch of guys are monkey-ing around (aku tak kutuk. cuma tak jumpa perkataan sesuai nak describe).


Awesome!

Ade batu-bata Mario tu kasi nampak elemen geek-artistic sikit. Music background dia sedap jugop.

P/S: Entri pendek saja. Entri sebelum ni dah dua jengkal kan panjang. Kasi balance sikit. Bukan makan je kene balance. Blogging pun. (adoi, ter, ber)

Selasa, 5 April 2011

Lawatan sambil belajar - Hiroshima

Yeah, agak lama rasanya aku tak post entri promo travel ala2 Qi Qushairi. Dulu rase macam kaya. Tu pasal jalan2 sakan. Haha. Dah tau takde duet baru tahu duduk rumah. Macam biasa, sekali lagi lawatan spontan - esok nak pegi hari ni baru plan. Rasa thrill cenggini baru bujang, kan?

Sebelum membuka langkah, credit untuk rakan dari Okayama, Haziq, kerana sudi menumpangkan kitorang 2hari 2malam. Duduk ramai2 dalam bilik kecik. Memang best berkongsi haba, main gesel2 kaki nak kasi suhu naik. Rating hospitality - 5 bintang.

Mari join tour saya.

Belajar sejarah : A-Bomb Dome
A-Bomb Dome atau nama panjangnya Atomic Bomb Dome. Gambar lazim digunakan untuk merujuk kepada peristiwa pengeboman bandar Hiroshima. Bangunan rangka kubah menjadi tugu memorial tatapan dunia hasil kemusnahan maksimas bom nuklear. Kat sebelah tu ada Peace Memorial Park dan Hiroshima Museum. (aku tak amek gambar dalam muzium sebab banyak sangat benda menarik. tak muat letak dalam blog. korang pegi la sendiri. sure berbaloi)



*di tengah2 Peace Memorial Park

Belajar teknologi : Mazda Museum
Ni memang betol2 lawatan sambil belajar. Pakej naek bas pusing2 sekeliling kilang, baru bole masuk muzium. Aku ingat ni muzium jenis kamu-boleh-pegi-mana-kamu-suka punya muzium. Rupanya ada staff yang guide kitorang. Dengan tak cukup tido dan sedikit insomnia malam tadi, terhoyong-hayang seret kaki jalan sambil dengar briefing. Sejam setengah jugak tour tu. Part last dapat jugak curi perhatian tengok design futuristik concept car. Tengok benda pelik2 ni, biasa otak jadi hyperaktif. So, mata jadi segar sikit.

*budak2 engineering eksaited bila tengok besi berkilat camni

*diimport khas dari planet Marikh

Belajar alam semulajadi : Iwakuni
Perjalanan 1jam dari Hiroshima Station memang kena pada tempat. Bole qada tido tak cukup semalam. Sila salahkan ABPBH2010. Buat malam laen tak bole? Hehe. Kat sini ade Kintaikyo Bridge, jambatan lengkung macam graf sinus yang dulu hanya bole dilalui oleh samurai. Hebat kan? Sini juga ade banyak bunga sakura yang malu2 nak kembang. Belom sampai masa katanya. Belom mankai kata orang Jepun. Ade castle kat puncak gunung dekat dengan sini. Tapi sebab nak bajet uwang, kitorang tak pegi.


*gah melangkah bagaikan samurai


Actually, kitorang termiss satu tempat, Downtown Hiroshima. Tak sempat. Dah lawatan spontan, plan ikut dan, mesti ade overrun kan. Kat situ ade Kampung Okonomiyaki (okonomiyaki femes di Hiroshima). Tapi tak pe. Aku pandang muka sorang2 pun dah pancit gila. Muka dah tanak jalan lagi. Muka mahu makan dan mahu duduk saja.

Pukul 10:30 p.m. balik Osaka. Manis rumah.

Sekian. Kembali ke bilik berita.

Doggystyle gaya urban

Conventional itu membosankan? Ini cara terbaru untuk have fun with your pets.

Evolusi dari skateboarding. Let me introduce you, the Dogboarding!


Senak anjing2 kau woi!

Cool tricks though.

Anjing haromm? Jangan risau. Bole juga tukar dengan kucing atau haiwan2 berkaki empat yang laen (kambing, lembu dll). Rakam video, kasi aku. Nanti aku letak dalam this famous blog. HEH!