Isnin, 25 April 2011

Tipu sunat

Teringat zaman aku mula reti nak makan Kay-Eff-Si dan Mekdi bagai ni, time tu form 4 (orang bandar macam aku form 4 baru kenal fastfood. sebelum tu praktik diet seimbang). Tu pun sebab kat Genting Highland. Kat situ, fastfood cenggitu lah paling ekonomi. Even nasi lemak sepekup kat tanah landai 50sen, bila naik ke Highland jadi RM5. Cekik. Kos penghantaran naik bukit berapa lah sangat kan. Hmmp.

Time tu tengok iklan menu set kat KFC memang kasi mouthwatering. Nampak burger sume gemuk2. Dalam menu 'ekonomi' tu, aku cuba filter ke LEBIH ekonomi. Jumpa set RM8++. Set apa aku dah tak ingat. Janji kenyang.

Dalam 8 minit, order sampai. Katanya fastfood kan. Bila aku tengok, "Aik, kecik je bege?". Aku pandang atas bawah. Pandang papan iklan set menu dengan set menu yang baru dapat tadi. Burger kat iklan promosi nampak montel nyam2. Tapi beger atas tray kat tangan aku punya comel je. Saiz kotak french fries saiz medium (ke small eh? tak ingat. hehe) lagi besar. Fine. Tetiba terdengar suara cashier.
"Next!"
Ohh. Aku tersedar. Tersedar yang aku dah lama berdiri depan kaunter tu. Tersedar juga camni rupanya taktik menarik pelanggan.





Sori takde gambar KFC. Aku bagi contoh fastfood lain. Sama saja.

Bisnes. Kalau cakap tak tipu sikit2 tu, tipu laa.

8 ulasan:

mira berkata...

assalamualaikum..
haha biasalah org meniaga. nk trik planggan. sy tgk iklan kt tv pun rase tringin habis nk mkn. :D

Perjalanan Tanpa Noktah berkata...

hahaha...memang betul-betul rasa tertipu lak kan. Sebelum ni tak pernah ukur pn tp bila tgk posting ni memang sah aku tertipu. Hari tu aku makan kfc chicken chop...tgk dlm iklan kat tv pehhhh kan main lagi sedap n beso tapi bila dah oder tgk2 cinonet je ayamnya...adesss...sah sah la indah iklan je...

say- O berkata...

yang tak tipu bukannya tak ada!!!

ada!!!

subway. serius yang tu tak tipu langsung.saiz iklan ngan real sama saja. takda cacat kena penyet hantu ke apa. malah lagi sexaayy sebab meleleh2 sos dia kalau real life

rekbing berkata...

hurm. subway ya..,

ambil contoh kt sunway (kalo x silap), subway inti udang kat papan iklan nampak 8ekor udang tersembol keluar.

tp realiti, dpt sandwich bukak isi ada 4ekor udang ja

tu dulu, xtau la lani camna.

nampak sos meleleh kuaq mmg seksi, tp kalau org makan tu sos meleleh kuaq dari bibir lagi menggiurkan! xD

kyo_9 berkata...

haha..
ak pon tertipu gak bila masuk blog nk baca entri kali nih.. ingatkan nk bincang pasal tipu sunat diselitkan skali dengan ayat Al-Quran ke ape..

wakaka~

rekbing berkata...

ahaha. ni pun tipu sunat jugakk :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hahahaha.
aku gelak baca komen kyo.
:)

anyway, yang tak tipu cuma air. XD

rekbing berkata...

yeah. kalo air, mcD menang. boleh refill

:D