Rabu, 8 Jun 2011

Tak ada nafsu tak apa

*anjing ni demam selesema. saya nak tolong rawat

Tetiba teringat ayat member,
"Pegang anjing takut, pegang awek tak apa pulak!"
Dang! Kena atas kepala. Terkonfius jugak kadang2 mana halal haram. Pegang anjing boleh samak. Nak pegang awek jumpa mak dulu. Tak gitu?
"Hek eleh, kau cakap memang senang. Bila mata bertemu mata, mana bisa menahan gelojak di dada beb!"
Ok. No comment. Tutup cerita.

*****

Jadi trend sekarang asal kawen je nak buat video. Dengan skill jurugambar yang bijak mencari sudut dan timing, disuntik pula dengan hasil editing yang osem, memang buat orang cakap "suweett, suwwwweet sangat" bila tengok. Tapi aku tak la. Aku tahu aku punya wedding reception nanti lagi suuuwwwettt, tahu?

Heh.

Dari banyak2 video aku tengok, mata aku tertangkap dengan satu scene. Scene mekap. Mak Pak andam pegang dagu pegang pipi bakal bini nak tempek bedak. Sentuh pengantin perempuan time mekap. C'mon la. Bakal suami dia pun belom rasmi lagi tau. Ingat senang ke nak tahan nafsu sementara menanti pertalian yang sah? Bergetar badan beb.

Kenapa? Tak ramai kah jurusolek wanita yang handal? Atau mungkin lelaki (yang berjiwa wanita) saja memahami kehendak lelaki? Dah la pengantin perempuan tu punya lah beriya-iya nak buat majlis pembatalan air sembahyang dengan bakal laki dia, tapi sayangnya 'pak andam' yang batalkan dulu. Ceh.

*ini bukan aku. tangan aku gelap sikit. sikit je

Aku teringat hukum bila bersentuh dengan orang wanita tua. Tak ada nafsu tak apa.

Kan? Kan? :D



"Banyak bunyi pulak, bini kau nanti nak mekap sendiri ke?"

9 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

macam dah takde jurusolek perempuan.

orang2 tua selalu merungut ni.

rekbing berkata...

@zara: sumpah laju gile! aku edit pun xsetel lagi. haha

fiqkbe berkata...

org skrg byk upah pak andam sbb diorg mekap lg lawa drp mak andam. serius.

cleverspider55 a.k.a alam1cinta berkata...

Pak andam ke mak andam ke yg penting diaorang bersaing secara sihat hendaknya.
Biasalah tu,sekarang ni tak ada beza laki atau pompuan dah.Org laki boleh buat kerja pompuan dan gitulah juga sebaliknya.Pasal rasmi tak rasmi tu..jgnlah fikir bukan2..kan dia tu jalankan tanggungjawab je kan.Orang dah upah kenalah buat.Ye tak?

rekbing berkata...

@clever: ok terima kasih. saya akan berubah :)

kyo_9 berkata...

nk kahwin kang lepas nih kene pastikan jantina tukang solek la ek.. wakaka~

wanbu berkata...

sentap hati mak noxxx...

wakakaka..

Tanpa Nama berkata...

kalau aku,aku suruh bini aku make up sendiri la...aku tengok org kawin make up tebal macam badut..haram tak cantik...(bini aku,aku da kuasa..sapa bole lawan..dosa dia aku tanggung beb)

blogger tak popular..

nelly berkata...

aisey ..
cmner nak cakap ni ~
ni kalau nelly kawen kena cari mak andam popuan ~