Selasa, 28 Jun 2011

Pesanan penaja

Eheh. Bukan pesanan penaja pun sebenarnye. Saje nak share info yang aku baru tahu. Ulang sekali lagi, aku baru tahu. Ok, kalau dah tau, boleh lah tekan pangkah kat bucu kanan atas tu. Tapi sebelum tu, klik lah apa yang patut. Jangan buat2 lupa pulak.

Hehehe.


Kalau korang tak tau, YouTube sekarang ada YouTube Repeat. Apa kejadahnya YouTube Repeat ni sebenarnya? Korang boleh replay lagu yang korang suka berulang kali autometikli tanpa henti sampai korang close browser berkenaan. Faham?

Caranya mudah. Letak perkataan "repeat" di antara "youtube" dan ".com" dalam URL video tu.

Contoh.
Dari ini: http://www.youtube.com/watch?v=qybUFnY7Y8w
Kepada ini: http://www.youtuberepeat.com/watch?v=qybUFnY7Y8w
Setel. Lepas ni boleh lah korang ulang lagu feveret korang tanpa henti. Sampai muak. Tanpa perlu tekan replay berulang kali. Macam lagu ni contohnya.

Selamat mencuba!

p/s: ni rajin sangat update ni nak celen Cerahjeff ke ape? Heehee.

Isnin, 27 Jun 2011

To all the beautiful girls out there..

Boleh tuju lagu?


Cantik tu subjektif. Cantik tak perlu pengiktirafan majoriti. Pengiktirafan seorang dah memadai. Paling kurang.

Paling special.




Cis, tetiba mode jiwang datang sebelum tido. Mabuk. Mula rasa mengantuk. Tido dulu ya! :D

Sabtu, 25 Jun 2011

Hujan batu.

Dulu masa awal2 aku jejak kaki kat Jepun, jepuns2 lain selalu tanya pasai pa aku pilih negara diorang sebagai lokasi aku melanjutkan pelajaran. Cukup kemas ayat tadi aku tau.

Actually, aku bukannya ambik peduli sangat nak sambung belajar kat negara mana pun. Dah dapat offer. Dulu aku pantang dengar perkataan obersi2 ni, terus sambar peluang. Boleh belajar oversea ni hebat, tak kisah la negara mana pun. Macam tu la persepsi mentah budak baru habis SPM macam aku.

Tapi takde la aku jawab camtu kat diorang. Susah nak explain. Susah nak susun ayat. Time tu (sekarang pun) japanese berterabur gila. Haha. So, aku jawab "Saya rasa Jepun negara yang selamat" (amboi bersaya awak pula). Tu la jawapan paling skema dan mudah aku dapat berikan ketika tu. Cukup subjektif. Tak boleh nak object.

"Yeke?". Diorang tersenyum kambing macam tak percaya.

*sebab comel sangat, aku tak tau nak reply apa dah kat diorang

*****

Jepun selamat?

Member aku penah tinggal wallet dalam raga basikal. Semalaman. Rilek. Esok ada lagi tak hilang. Gaijin (orang luar) macam kitorang biasa jalan sambil pegang iphone konon2 nak tengok map. Memang tak selamat sebenarnya. Sedangkan kat negara lain (contohnya US, Los Angeles misalnya), konfem dah kena rompak, kata lecturer aku. Sampai tahap fobia pakai earphone putih pun ada. Bimbang kena rompak sebab orang syak dia pakai produk Apple.

Dan sepertimana biasa korang tengok kat anime2, paling cikai, Doraemon (anime yang semua tahu aku kira), korang akan nampak scene budak kecik dalam lingkungan umur 5-6 tahun dengan beg kotak dan botol air digantung di bahu jalan kaki pegi sekolah sendiri. Ya, benda tu memang ada. Tak perlu risau kes culik, eksiden dan sebagainya. Macam tu la jugak dengan kebajikan orang tua. Terjaga. etc

Malaysia?

Aku penah dengar cerita, kereta park dalam rumah boleh curi. Bukan saja dalam pagar, dalam porch dalam rumah pun boleh lesap. Hebat pencuri Malaysia. Nak bangga ke tak ni? Sekarang perempuan nak keluar berjalan berjimba pun pikir 10kali. Risau dengan acid man. Tak pasal2 kulit muka yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh dengan ProActive Skin Care dan produk kecantikan beratus-ratus ringgit, hilang dalam sekelip mata saja.

Tak kurang jugak dengan masalah pembantu rumah. Asal tak puas hati dengan majikan je, dera anak majikan. Main kaki la. Rendam dalam air la. Main ratakan kulit budak pakai iron la. Gila! Korang Youtube lah sendiri. Lagi teruk, culik anak pastu mintak duet. Nak buat macam mana, mak bapak kerja. Jarang ada kat rumah. etc

Ni aku belum sentuh pasal politik lagi.

Aku rasa peribahasa ni pun dah tak berapa relevan sekarang. Entah la.
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri"
Hujan batu ya? Nanti balik Malaysia kena prepare 'payung'.

*lagi besar lagi selamat

Khamis, 23 Jun 2011

Aktiviti masa senggang

Lama tak apdet kan? Menyampah kan aku asyik tanya soalan ni?

Okay, tak lama. kejap je. Aku buat ni sebenarnya.


Walaupun video pendek 1minit setengah saja, pc noobie seperti aku ni mengedit overtime lajak sampai 5-6jam. Tambah pulak software crash 3 kali. Hanya untuk video sependek iklan tv. Memang dugaan habes. Nampak sangat laptop dah menopaus aku rasa. Dah tak produktif macam zaman muda2 dulu.

Nak full video?

Tunggu lah aku beli laptop baru. Laptop selaju Ferrari. Segagah Ultraman (bukan yang lari time tsunami tu).

Ok2. Senang kira. Kalau aku dapat 200 LIKES untuk entri ni, aku buat full video. Boleh?

Aku rasa tu syarat kedua tu pun boleh tahan mission impossible jugak. Parameter kena tinggi. Hehehe.

Photobucket

(Booo! Perasan la orang suka sangat video kau tu)

Ahad, 19 Jun 2011

Terasa cepat

Aritu aku baru balik dari lab buat research (asyik Adni je cite pasal research dia. aku pun nak! he he), jumpa 2 orang member jepun aku. Actually diorang bukan la member rapat sangat, diorang pun exchange student jugak. So, macam aku, diorang tak boleh mix sangat dengan budak2 yang masuk dari 1st year.

Lama tak jumpa, aku kasi "long time no see!" sedas. "Wooo!". Balas diorang dengan muka lagak international yang aku sendiri tak tahu nak explain macam mana. Diorang senyum sambil angkat tangan. Seorang hulur tangan nak salam. Wah, pelik aku 2 saat. Tapi aku tak tunjuk la. Cover. Bagi aku, tradisi berjabat tangan memang susah nampak kat Jepun. Melainkan kita yang hulur tangan dulu.

Aku, dengan tak semena-mena aku duduk lepak dengan diorang. Biasanya aku jenis yang susah nak approach orang melainkan diorang yang datang sendiri. Aku kan pemalu. Tambah2 pulak time tu dah pukul 7. Dah gelap.

(nampak tak apa yang aku cuba sampaikan ni?)

Okay, takpe tak paham. Aku pun duduk sebelah, lama tak jumpa kan. Borak2 gebang2 kasi padu. Tanya bila nak ajak datang rumah makan sekali bagai. Entah kenapa sorang tu jadi pemurah semacam. Dia siap offer nak bagi kasut Supra kat aku tu. Wuu, eksaited kemain aku time tu.
*feveret. dia bukan offer yang ni lah tapi

Tetiba,
"Taun lepas tengok World Cup sama2. Jumpa balik, dah setahun. Kejap je kan.."
Aku diam kejap.

Diam bukan sebab aku rindu kat dia ke ape. Diam sebab lagi setengah tahun lebih lagi aku nak tinggalkan negara Maria Ozawa ni. Sedih tak sempat dapatkan autograf dia sebelum balik Malaysia.

Huhuhu.


*lari tutup muka masuk bilik. hempas pintu kuat2*

Jumaat, 17 Jun 2011

Tetiba #4 - Ingat pesan

Part paling susah aku nak isi dalam resume ialah special skill atau self appeal.

Bukan apa, aku terngiang-ngiang arwah nenek aku penah pesan.
"Hang jangan riyak bangga diri sombong atas dunia ni. Nanti mati busuk."
Cakap pasal 'mati busuk', aku teringat cerita kat satu majalah motivasi. Majalah popular yang pernah menjadi bahan bacaan no1 Malaysia satu ketika dulu.


Serba salah aku dibuatnya.

Rabu, 15 Jun 2011

Tarikh spesel yang semua wajib tahu

14 JUN.

Tarikh bilamana music video Katy Perry yang terbaru, Last Friday Night mula ke udara YouTube, atau dengan bahasa mat salehnya, officially released. (tapi bila check kat YouTube, aku tengok tarikh 12 Jun. ni mesti Rebecca Black yang push suruh release awal)

Juga tarikh bilamana album artis YouTube terkenal, Christina Grimmie keluar di pasaran, sama ada pasaran cerah mahupun gelap.

Lagi satu, paling penting, hari jadi aku. Yeah, it's my birthday!

Tengok, artis pun buat tribute untuk birthday aku. Cukup spesel aku bagi diorang aku kira.

Okay, aku bagi masa korang catit note kat kalendar.




Dah?
*aku pun lupa besday aku etceli. hehe

Macam biasa mesti ada birthday party. Tapi orang cakap benda biasa2 ni cepat bosan. Tahun ni tak payah nak berpartay sangat, kita muhasabah diri. Ringkas. Paling ringkas.

Tambah satu tahun. Rasa tahap kematangan tu naik sikit. Tak banyak 1% pun jadi la. Azam baru. CUBA kurangkan merungut. CUBA kurangkan cakap "kenapa dia dapat itu? kenapa aku tak dapat ini?". CUBA lebihkan bersyukur apa yang kita ada. Iya, cuba.
"Someone not just has a wonderful life, he MAKES his life wonderful"
Aku tau quote ni sucks, grammar berterabur. Aku baru reka tadi.

Sabtu, 11 Jun 2011

Klik ini bila stress

Esok isnin. Hari paling dibenci umum. Emai rite? Kalau Friday baru fun fun fun fun.


Ok la, tak hilang stress pun, senyum sikit pun jadi lah. Tak nampak gigi macam ni :D pun takpe.

Bytheway, cute la baby tu. Macam Dafi.

Rabu, 8 Jun 2011

Tak ada nafsu tak apa

*anjing ni demam selesema. saya nak tolong rawat

Tetiba teringat ayat member,
"Pegang anjing takut, pegang awek tak apa pulak!"
Dang! Kena atas kepala. Terkonfius jugak kadang2 mana halal haram. Pegang anjing boleh samak. Nak pegang awek jumpa mak dulu. Tak gitu?
"Hek eleh, kau cakap memang senang. Bila mata bertemu mata, mana bisa menahan gelojak di dada beb!"
Ok. No comment. Tutup cerita.

*****

Jadi trend sekarang asal kawen je nak buat video. Dengan skill jurugambar yang bijak mencari sudut dan timing, disuntik pula dengan hasil editing yang osem, memang buat orang cakap "suweett, suwwwweet sangat" bila tengok. Tapi aku tak la. Aku tahu aku punya wedding reception nanti lagi suuuwwwettt, tahu?

Heh.

Dari banyak2 video aku tengok, mata aku tertangkap dengan satu scene. Scene mekap. Mak Pak andam pegang dagu pegang pipi bakal bini nak tempek bedak. Sentuh pengantin perempuan time mekap. C'mon la. Bakal suami dia pun belom rasmi lagi tau. Ingat senang ke nak tahan nafsu sementara menanti pertalian yang sah? Bergetar badan beb.

Kenapa? Tak ramai kah jurusolek wanita yang handal? Atau mungkin lelaki (yang berjiwa wanita) saja memahami kehendak lelaki? Dah la pengantin perempuan tu punya lah beriya-iya nak buat majlis pembatalan air sembahyang dengan bakal laki dia, tapi sayangnya 'pak andam' yang batalkan dulu. Ceh.

*ini bukan aku. tangan aku gelap sikit. sikit je

Aku teringat hukum bila bersentuh dengan orang wanita tua. Tak ada nafsu tak apa.

Kan? Kan? :D



"Banyak bunyi pulak, bini kau nanti nak mekap sendiri ke?"

Rabu, 1 Jun 2011

Sebab ada..,

Aku pandang dunia. Aku lihat sekeliling. Sepi memerhatikan aku yang dikelilingi hutan2 konkrit yang tiada penghujung. Mati. Seolah-olah tiada nyawa. Tiada lagi bunyi alunan bayu menghempas helai2 daun di rimbunan pokok. Cuma tinggal jeritan mesin dan jentera berat sahaja sebagai pengganti.

Ceit, bahasa Hang Tuah mana aku pakai ni? Tukar2..

Skip mukaddimah, kita masuk terus.

Biasa orang suka bergambar dengan barang kebanggaannya. Dengan gizmo2 hebat. Ada yang suka bergambar dengan kereta. Ada yang suka bergambar dengan duit yang disusun sehingga menjadi bentuk kipas cina. Ada yang suka bergambar dengan PC gagahnya (ade ke?). Ada yang suka bergambar dengan kamera hitam berat yang sebenarnya dia sendiri pun tak berapa reti guna. Heh.

Who cares man? Siapa kamu nak cakap itu ini tak boleh kan. Biar lah sebab mereka ada :D

Well, saya nak letak gambar dengan kawan saya. Sebab? Sebab saya ada kawan. Memang, bukan saya sorang je ada kawan.


*kami dah berpunya. jangan nak menggatal

Lagi satu, sebab apa saya post entri yang 'awesome' ni? Mudah. Sebab saya ada blog.

Ahaks.

.Photobucket