Isnin, 21 November 2011

Ambil tahu.

2 hari lepas, kawan (japanese) saya ada tanya, "apa maksud fuck? pergi mati ke?"

Saya jadi separa terkejut. Takkan la benda yang "basic" macam tu pun diorang tau tahu. Sebab ramai juga saya lihat umat jepun menyebut fuck di khalayak ramai.

Ada reason juga sebab apa saya SEPARA terkejut sahaja. Separuh terkejut lagi ialah bila dengar cerita member saya yang seorang ni. Ada senior (japanese) tanya beliau maksud middle finger lepas kena marah dengan perempuan yang ditunjuk middle finger olehnya. Perempuan tersebut faham maksud middle finger. Saya tergelak hahaha lah jugak dengar cerita tu. Bengap.

(Kuiz: Kira bilangan perkataan "middle finger" dalam perenggan di atas)

Kadang2 diorang (japanese) buat sebab mahu nampk cool. Mahu kelihatan international terikut-ikut cara Amareka. Tak hairan lah cool atau dalam bahasa jepun "kakkoii" tu jadi salah 1 overused words kat jepun. Macam lah juga sesetengah meleis yang sengaja selitkan carutan dalam perbualan kerana mahu nampak cool, urban dan segala ungkapan lain yang membawa maksud yang sama. *nasihat untuk diri*

Tapi saya respek lah jugak sebab dia tanya. Sebab saya yakin majoriti umat jepun tak berapa tahu perkara ni.

Dari peristiwa tersebut, saya teringat 2 perkara.

TAK TAHU TANYA. Dan lagi satu, AMBIL TAHU PERKARA YANG DIUCAP/DIBUAT.

Muhasabah.




Bersaya-awak sikit malam ni. Boleh? ;)

Jumaat, 18 November 2011

Sandar kepala. Tekan sahaja play.

Ini sempena hujung minggu kali ini. Ringkas.

Music video dengan these cute adorable creatures. "Telephone helicopter applause gunshot" dari Lorenz Rhode.

 

Lokasi - Dusseldorf, Germany.

Jumaat, 11 November 2011

Kisah keluarga bahagia.

20 minit berlalu.
"Keletak!"
Pintu bilik air dibuka. Alif (bukan nama sebenar) melangkah keluar. Dengan bertuala putih, dia merasakan itulah saat feromon paling aktif merembes keluar. Top form. Sexy.

Sambil memegang salah satu hujung tuala, dia mengelap seluruh tubuh badannya dengan hujung yang satu lagi. Rambut, muka, leher, dada, perut,... err, sampai lah ke kaki. Terasa sukar juga sewaktu dia mengelap di bahagian abdomen dan dadanya. Aktiviti mengelap tersekat-sekat, tak lancar. Semuanya akibat set susuk tubuh berketak dilengkapi six pack dan otot pectoralis major yang bidang. Terima kasih lah kepada Celebrity Fitness atas kesempurnaan tubuh yang dimiliki. Cilake juga kepada Celebrity Fitness yang menelan beratus-ratus jugak lah gaji bulanannya.
"Aaaa, ayah bau macam peach la!"
Anak Alif, Sara yang datang entah dari mana, berlari anak ke bapaknya. Alif sambut anaknya dengan pelukan. Segar bau sabun mandi Biore perisa peach menular masuk ke hidungnya.

"Am..mam, mammmm..., makan ayah, makannnn..."
Sara menggigit-gigit comel tubuh ayahnya. Manja.

Alif pandang bawah, sambil menepuk perlahan kepala anaknya. Bangga anaknya penuh dengan sense of humour. Macam dia jugak. "Mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi", fikirnya. Dalam masa yang sama, dia mempertimbangkan kerelevanan peribahasa tersebut.
"Kuah, nasi? Bapak, anak? Ahh, peduli lah."
Lofa, isteri Alif, dari tadi pandang gelagat dua2 beranak tadi. Dengan pipi yang separa tembam, tak kan ada lelaki yang jemu nak cubit. Geram. Itu belum cerita sifat fizikal yang lain lagi. Ia buat Alif rasa begitu beruntung dilahirkan sebagai seorang lelaki, untung lagi dapat beristerikan Lofa. Surga dunia.
"Nate laki aku nih, dok buok seksi pulop. Male kare siap la..,"
Cebik Lofa. Memang Kelantan tegar, bermonolog pun dalam loghat Kelantan. Duduk 4 tahun kat Shah Alam pun tak hilang accent dia tu. Makan budu banyak sangat.

Lofa senyum nakal.

Alif pandang isterinya. Lofa cepat2 pandang ke lain. Terus buat2 bersiul.

Alif perasan senyum nakal bininya tadi. Dia faham sangat. Ada lah tu suprisenya, fikir Alif. Tersenyum.

Senyum2 pun risau tetap ada. Alif kenal sangat. Biasanya kejutan Lofa ni memang unpredictable. Ada ketika, menggelabah juga Alif dibuatnya.
"Okay, malam ni biar dia tengok suprise dari aku pulak."
Alif berlalu ke almari baju sambil tersenyum nakal. Lagi nakal dari Lofa tadi.

Isnin, 7 November 2011

This is why I love jelly beans.

Jemput tonton video kualiti dari Kina Grannis, In your arms. Idea asal Greg Jardin. Perfect masterpiece.

Hambik!


Bukan jenis video lepas sahaja artis terkinja-kinja bebas kat padang bunga atau kolam renang. Bukan jenis video menyanyi (or bercakap) di sebelah lamborghini sambil dihiasi gadis2 berbaju mini. Haha.

Fakta video.
  1. 288 000 jelly beans
  2. 1357 jam
  3. 30 orang terlibat
  4. 22 bulan
  5. 2 tangga
  6. 1 kamera
Buat pengetahuan, aku ada pakai lagu Kina Grannis ni buat background music salah satu video aku.


Promot sikit. Hihihi.

Sabtu, 5 November 2011

Inside-out

Sekarang baru aku perasan apesal aku punya kemahiran berbahasa Jepun aku langsung tak improve walau aku dah hampir 2 tahun aku kat sini. Aku pernah juga bermuhasabah mengapakah diri ini menjadi sebegitu sekali. Mak ai, geli ketiak siut baca ayat ni. Tilik punya tilik, korek punya korek, aku rasa sekarang aku dah tau jawapan.

Sebab, aku tak berapa suka Japanese, mungkin. Bahasa dan bangsanya. Ada lah certain2 point. Tak payah cerita lah itu okay?

Mesti korang pelik, dah tak suka Jepun pasai pa pi Jepun? Panjang ceritanya. Ok, aku pendekkan. Anggaplah aku pakai konsep "first come first serve" pada ketika tu. Dan, kadang2 hidup ni penuh ironi. Benda yang kita buat, tak semestinya benda yang kita suka or benda yang kita pilih. Ada manusia yang jenis rajin gila tapi dapat kerja yang super rilek, sampai most of the time, dia punya banyak masa untuk surfing internet untuk isi masa lapang. Main facebook, tweet2 contohnya. Padahal dia bukan lah social network kind-of-guy. Contohnya.

*sehari berapa jam ya?

Okay dah.

Berbalik kepada perenggan ketiga tadi. Bila aku dah mula tak suka Japanese, perasaan 'berbulu' tu keluar secara beransur-ansur. Aku jadi macam tawar hati nak terima hiburan2 Jepun ni. Especially, tv shows diorang. Kalau aku bukak, ada lah aku nak kondem nanti. Aku tak boleh terima jenis lawak or hiburan diorang. Cukup repulsive. Maybe aku typical Malaysian, sepertimana yang selalu dinyatakan di akaun twitter yang meng-claim diorang tahu segalanya tentang rakyat Malaysia, @SoMalaysian.

(Apesal bunyi macam buruk benor persepsi aku pasal Jepun ni?)

Dengan kurangnya pendedahan terhadap surrounding sebegini, ditambah pula 'unsur penolakan' dari dalam, tak syak lagi, ni la punca skill berbahasa aku merudum gila.

Itu lah, bak kata Stephen Covey tentang "inside-out approach",
"...personal effectiveness means to start first with self - your paradigms, characters and motives..."
Bahasa mudah, sebarang pengaruh luar (atau istilahnya "outside-in") takkan memberi kesan untuk berubah. Aku bagi lah contoh sikit. Duduk Jepun lama2 dalam masyarakat yang punctual tak menjamin diri sendiri akan terikut-ikut punctual, kalau diri terang2 kata "tak mahu".

Dalam Quran pun ada,
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri."
So, segala perubahan harus lah dari dalam, dari diri sendiri dahulu. Dan apa pun harus disertakan dengan ikhlas. Memang susah nak dapat ikhlas. Dengan dengan ikhlas jiwa capai ketenangan. Urusan pun dipermudah. Tuhan tolong, insyaAllah.


Itu moral value yang aku nak sampaikan dari entri ni sebenarnya.

p/s: banyak2 aku tak suka pasal Jepun ni, banyak jugak yang aku suka. Nanti lah aku cerita. Pendapat personal ni jangan peduli sangat. Nak jugak meh cerita kat sini.