Sabtu, 29 Mei 2010

Apa itu Stop Motion?

**sape yang dah tahu pun boleh je baca. Aku tak charge.

Korang tahu apa itu Stop Motion? Bukan video sangkut2 sebab cd bercalar tu. Hehe. Actually, stop motion juga dikenali dengan stop action @ frame-by-frame. Atau dengan kata mudah,teknik video memainkan secara berterusan mengikut sequence beberapa frame gambar objek/manusia yang digerakkan sikit demi sedikit. Seni stop motion ini dikatakan mengembangkan sayapnya kepada cabang2 kecil laen seperti post-it stop motion, clay stop motion dll. Memang menarik.

Talk less, act more. Explain2 tak paham, tengok je video kat bawah ni.

Contoh 1 Stop Motion goreng-pisang-panas-Mak-Jah (12 juta views)

Contoh 2 Stop Motion yang jugak cool (post-stop motion)

Contoh 3 Stop Motion cool kuasa lapan belas

Banyak lagi contoh-contoh yang besh, macam-macam ada. Nak lagi, search je kat YouTube tu.

Untuk pengetahuan korang, aku pun ada jugak mencipta 1 stop motion film dengan member2 aku. Ala-ala short film gitu la. Dengan tenaga kerja yang agak terhad, mengah tulang 4 kerat aku ni ha. Tapi aku rasa actor lagi penat kot. Tak percaya cuba tanya (aku belakang tabir je). 3 hari baru siap (Hiperbola: 3hari. Fakta: sehari shooting 4jam. 3x4jam=12jam). Video 3 minit je. Biasala beginner. Huhu. Tapi view dia sorry la, jangan cakap 5 juta, 5 ribu, 5 ratus pun tak cecah. LOL. Aku pun segan nak bagi link video 2, tapi kalau korang jumpa klip video yang mengisarkan mamat yang bangun lambat ke kelas, kelam-kelibut, alih-alih hari tu hari Sabtu. CUTI tu, tu la video yang kitorang buat.

Kata2 akhir, pembikinan video stop motion melatih salah satu daripada sifat mahmudah korang. Kesabaran. Sabar disamping daya imiginasi dan kreativi setinggi awan (wow!). Kepada yang memasang cita-cita untuk menceburi bidang stop motion ni, beliau juga harus mempunyai semangat yang kental. Kental umpama Sylvester Stallone dalam filem Rambo. Tak pun Bruce Willis dalam Die Hard. Pantang mengalah. Agi idup agi ngelaban (apa aku merepek ni?). Dah2.

p/s: KIik sini untuk kaya.

Khamis, 27 Mei 2010

Berapa tinggi EGO anda?

Alat pengesan tipu dah ada, voice synthesizer (penukar brain signal menjadi perkataan yang difahami manusia) dah ada, pengukur ego bila lagi. Sape rasa dia engineer hebat, try la invent satu. Confem aku beli. Dah 21 tahun aku hidup, tiba-tiba nak pulak aku ukur berapa meter dah tahap egois aku ni. Makin lama rasa macam makin tinggi pulak. Tapi tak ada la tinggi macam KLCC tu. Tinggi Menara Alor Setar tu ada kot. Hehe.

Biasala lelaki, sikap ego tu kena ada atleast sedikit. Nanti nak jadi ketua keluarga kan. Kena pijak kepala dengan bini baru tahu.

(Kepada yang nak tahu) Aku ni jenis yang susah sebut “sorry” pada tempat yang sepatutnya aku sebut. Macam ada ketul emas dalam mulut aku. Walaupun sebenarnya dalam hati, aku dah lama maafkan orang itu (aku ni pemaaf orangnya..hehe). Seiringan dengan itu, aku perasan aku juga susah nak sebut “terima kasih” atau dengan nama saintifiknya “thank youorthx” tepat dengan tempatnya. Tak tahu kenapa.

Kadang-kadang aku rasa makin besar, makin cepat aku naek angin. Bukan makin matang. Sebab darah muda aku pekat kot. Hehe. Kalau magnet tu kira aku ni kutub U (suka provoke orang bila dah sakit hati) la. Pantang jumpa orang kutub U jugak, ada je hal atau kata orang Kelantan, gocoh. Tapi aku bukan jenis yang suka melenting tak tentu pasal. Aku suka pendam. Makan dalam.

Ada juga orang cakap, aku ni ikut perangai bapak aku. Agak egois. Apa dia cakap semua betol. Tak penah salah (Eh, pehal aku ter'mengumpat' bapak aku ni? Sori ayah). Sebenarnya ayah aku baek, aku je yang tak tahu hargai. Semua ayah baek kan? Plus, tanpa aku sedari sifat pendendam juga bersarang dalam tubuh badan aku. Seangkatan dengan itu, sikap mudah menyampah dengan orang pun join the club. Asyik nak cari je kesalahan orang berkenan berkenaan. Busuk hati juga aku ni. Keh3. Bak kata orang, "sedangkan lidah lagi tergigit". Sedangkan la member, nak gigit-gigit manja sikit tak kan tak boleh?

Ni la sedikit sebanyak sifat-sifat buruk aku. Nak cerita pasal sifat baek, 7 hari 7 malam pun tak habis. Hehe.

Pembaca: Pehal pulak mamat ni duk cerita pasal dia ni? Bukan nak tahu sangat pun.

Bercakap pasal ego ni, aku nak share lagu ni dengan korang. Aku pun tak tahu ada kaitan ke tak. Tak go through pun lirik dia. Layan je (kalau korang lelaki mesti korang suka. Percayalah).

Adios

p/s: anggap la ni satu entri suai-kenal #1 antara pembaca dengan tuan belog. :D

Rabu, 26 Mei 2010

Maen Facebook, kantoi exam?


Percaya atau tidak inilah fakta. Kenyataannya ni la hasil satu research dari USA. Aktiviti-aktiviti ‘ritual’ Facebook seperti maen game fb, comment status orang dan tag-mengetag gambar adalah perkara lagha yang menyumbang kepada pembaziran masa tanpa kita sedari. Kesannya, ramai student mengaku study kurang daripada sejam akibat leka berfesbuk. Hal ini dibimbangi oleh para guru dan ibubapa kerana ia telah memberi kesan buruk kepada result exam pelajar-pelajar berkenaan. Ok ulasan akhbar aku tamat.

Kita pun sedia maklum, pengguna Facebook kini tidak hanya terhad kepada golongan remaja, tapi termasuklah makcik-makcik, cikgu-cikgu dan juga ahli politik. Mengikut satu survey,hampir 65% kaki2 Facebook ni access account dorang tiap2 hari nak check update baru kat news feed. Hmmp. Tak terasa ke? Aku sipi-sipi je. Hehe. Ada lagi kes-kes parah kalo korang nak tau. *Ada yang pagi-pagi bangun tidur, terus je nak ON laptop. Dengan rambut serabai ala-ala Son Goku. Dengan mata pun tak boleh bukak hi-beam lagi, teraba-teraba cari button ON. Tambah-tambah lagi, ‘emping-emping jagung’ pun masih melekat kat mata. Pehh. Pastu bukak fb. Nak tengok update terbaru kot. Semangat. Kan baek kalo pagi-pagi gi jogging ke, makan coco crunch ke, ada jugak pekdah. *(tadi tu cerita pasal aku. Tak tau kalau korang pun ada penyakit sama dengan aku. Hehehe)

Back to the point. Kaitan Facebook dan exam. Cikgu-cikgu duk marah student maen fb, cikgu tu pun ada fb jugak. Macam mana tu? Actually, kes ni bolehla diklafikasikan sebagai “Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak” (seswai tak dengan kisah aku ni?). Lebih mencari silap orang (dalam kes ni Facebook la) berbanding diri sendiri. Kat dunia ni banyak lagi benda2 yang melekakan. Contohnya, maen PS3 ke, layan YouTube ke, maen alat muzik ke, memasak (boleh masuk dalam list ke ni?) dan laen2. Tu masalah pengurusan masa student tu sendiri. Jangan sempitkan minda nak salahkan orang-orang tertentu. Fikir luar dari kepompong.

Secara jujurnya, aku lebih menilai Facebook sebagai satu fenomena besar melanda dunia dan mengandungi buruk baiknya. Pandai guna, dapatla manfaat. Tak pandai guna,dapatla musibat. Sekarang dengan fb pun orang boleh kaya. Dah tu, jangan la pulak mengadap fb lama-lama, pastu sambung pulak DOTA sampai mengaum bunyi fan laptop tu. Alamatnya, pagi besok pegi kelas mata merah. Kelas tak boleh fokus, exam tak boleh jawab. Silap hari bulan, cukup syarat, esok lusa tu kena tendang university la tu. Hehe.

Adios

p/s: Aku jenis suka berface-book (mengadap buku) jugak, tu yang result boleh maintain :D

Sumber: Dailymail

Sabtu, 22 Mei 2010

Oh, Universal Studio Japan

Maka tersebutlah satu kisah mengenai salah satu tarikan kat negara Matahari terbit ni. Universal Studio Japan namanya. Nama timangan diberi USJ. Theme Park ala2 Genting Highland gitu. Actually, Universal Studio yang paling dekat, kat Singapore pun ada. Tapi tak penah pegi pun. Berbalik kepada cerita USJ tadi. Kedudukannya yang agak strategik iaitu berdekatan dengan Kansai Airport, Osaka. So, orang Malaysia pon boleh datang thru Kansai Airport, maen2 puas, pastu balik terus pun takpe. Haha.

1. Sesi siang

Siap2 sampai la dalam pukul 9 kt USJ. Boleh tahan ramai orang beratur nak beli tiket. Panjang macam tren kitorang naek tadi kot. Hehe. Actually, harga tiket per entry 5800yen (RM213.81) je, tapi kitorang gatal nak beli tiket tahunan 12500yen (RM460.80). Boleh datang tiap2 hari. Haha. Tapi sebenarnya jika di’calculate‘ semula, kalau dua kali datang pun dah balik modal, kali ke-3, kali ke-4, 5, 6 hingga ke n kalinya pun kira free la. Kan. Sama la macam korang pergi Pantai Remis kat Klang, tangkap si kerang remis tu. Free entry jugak. Baek pegi USJ. Hehe.

Aku pun baru 1st time jugak sampai sini. Masuk dalam tengok bangunan sume ala-ala Europe. Cantik. Macam rusa masuk kampung pun ada jugak pagi tu. Hehe. Datang hari cuti jangan duk komen la pasal kena tunggu lama. Haha. Mau 1 jam lebih jugak. Sume game camtu. Hollywood Dream Ride ke Spiderman Slide ke sama je. Kena beratur lama macam nak tercabut pala lutut gak. Kalau tak stretching sure pitam. Kehkeh. Tapi budak2 jakun macam aku ni (mengaku diri jakun?), tunggu lama2 maen 5 minit pun dah puas hati. Sebab tak ada kat Malaysia kan. Bila lagi nak try? Tak gitu? Tambah pulak, tahun ni ada game baru, Space Fantasy-naek roller coaster dalam bangunan gelap dihias macam kat angkasa lepas (boleh bayangkan?). Wajib try. Biasala, hot stuff sume nak try kan. Orang ramai. Tunggu la 2 jam pulak. Kat dalam tu, excited aku kejap. Facility dia memang hou liou (sambung gelak macam dalam iklan). World class. Memang jepung ah. Hahaha. Game tu dalam 10 minit je, tapi perghh. Pendek kata berbaloi-baloi lah! 4 thumbs up. :)

2. Sesi malam

Simple as pimple. Penat maen sume game2 tu, kitorang tengok show Magical Starlight Parade. Bahasa Melayu mudah, Perarakan Kereta Berhias. Tak tau macam mana nak explain, bagi gamba je la.



*Magical Starlight Parade a.k.a Perarakan Kereta Berhias

Untuk pengetahuan, kat luar pagar USJ ni ada Hard Rock Café Osaka. Bagi pengumpul2 baju Hard Rock, bolehla dapatkan dengan harga 2700yen (RM99.53). Murah kan. Ok kawan2, selamat mencuba. :)

*wajah2 kepuasan dan kegembiaraan pelancong USJ (membe2 aku)

Adios.

p/s: untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.usj.co.jp/ .





Selasa, 18 Mei 2010

Eh, poyo ah ko ni speaking2!



Mungkin ni yang selalu terlintas kat benak2 korang, bila ada mamat/minah yang cakap omputih dekat2 dengan korang. Ye la kan, cakap nak martabatkan Bahasa Melayu. Kalo bangsa sendiri tak sokong, siapa lagi kan? Tambah2 pulak, ada member buat status ym ke fb dalam English, pastu salah grammar ke spelling ke, mesti korang tersenyum sorang2. Korang mesti pikir ‘nak tulis English tu, belaja la btol2 dulu.’

Cakap2 bahasa ni, aku pun sekarang tengah belajar di negara yang kurang menggunakan English. Kadang2 rasa bangga bertuah jugak boleh bercakap lebih dari 2 bahasa ni (walaupun kadang2 orang berkerut dahi jugak nak paham apa yang aku cakap).LOL.Tengah aku baca blog2 orang (nak cari idea untuk post baru la konon), aku terjumpa statement ni,

..,aku ada berjumpa dengan sorang mamat ni lah, dia belajar Engineering di Jepun, hebat tu. Balik Malaysia, susah nak carik kerja, sebab English dia agak fail..,

Teng! Kene batang idung aku. Terasa jugak aku dengar. Dah dulu pun English hancuss, sekarang lagi la, BARAI.Hehe. Bila aku renung2 seminit dua, ada betol gak statement tu. Yela, nak interview kerja pun English, kena presentation time kerja pun confem la dalam English. Mana taw kot2 ada mat salleh nak dengar gak presentation tu.Ahaa. Banyak lagi contoh2 lain, aku rasa korang pun tahu kepentingan English ni. Senang cakap, walaupun Bahasa Melayu tu bahasa kebangsaan, tapi kalau English korang hancur, payah la sket nak idup. Betol kan?

In the nutshell (tu dia dah keluar English seketul..hehe), pasni kalo ada member tengah practice English tu, jangan pulak kutuk2.Bagi semangat. Bagi dorongan. Kalo nampak member buat spelling/grammar error kt fb tu, cuba tegur secara berhemah. Jangan pulak comment terus kat situ. Lagi terang pulak mistake mamat tu. Cuba tegur dia melalui SMS ke.., :D

Adios.

p/s: pasni boleh kot pertimbangkan buat blog baru versi omputih lak kot =)

Sabtu, 15 Mei 2010

Apa kaitan ADAMAYA dan I'M NOT SINGLE?




Petang aku balik kelas dalam pukul 6.30 camtu, bukak fb, mesti penuh kat news feed ak pasal Adamaya. Macam2 la “ untungnye dapat suami macam Adam 2 ” ke “Adam, kawen la dengan aku!”.Hmmp. Ape yang best sangat dengan Adamaya ni?

Aku pun selidik2 Slot Akasia hot ni, ter’tengok’ episod pertama.Hehe. Ni membe aku yang introduce ni. Habis episode 1, sambung episod 2 pulak.Dua.Tiga.Empat.Haa, aku pun dah kena gak penangan Adamaya.Boleh tahan kuat.Haha. Sampai kol 3-4 pagi aku tengok.(Streaming internet laju kan..hehe)

Esok pagi,

A: Apasal aku tengok cite Adamaya tu cam filem yang Farid Kamil dengan Lisa Surihani berlakon 2…,

Aku: Eh, filem mane pulak?...I’m Not Single??

A: Haa, filem 2 la.

Aku: Betol ke..

Tokojut jugak aku donga. Drama yang femes camtu ciplak ke. Balik rumah aku buat la research sket (macam study plak..hehe). Biasala ilmu dihujung jari kan.Tup tup, ada gak sedikit sebanyak persamaan yang aku dapat korek.

Persamaan 1 Watak utama.Bukan dua, tapi empat. Adam, Maya, Dani, Lisa sume ada. Pakej 4 in 1.Haa. *(Rujukan: Merah untuk Adamaya, Hijau untuk I'm not single)

Adam-Sein Ruffedge/Farid Kamil

Maya-Lisa Surihani/Lisa Surihani

Dani-Faizal Yusop/Awal Ashaari

Lisa-Diana Amir/Intan Ladyana** (Watak Lisa berbeza dalam kedua-dua cerita)

Persamaan 2 Jalan cerita yang agak seiras. Kisah perkahwinan 'paksa' yang diaturkan oleh family

Persamaan 3 Teknik pembahagian sempadan rumah guna tape ‘awas’ polis

Persamaan 4 Bad habit Maya (Lisa Surihani) yang selalu mengigau jalan tyme tido

Persamaan 5 Kereta mini cooper si hero (Adam). Kaler je laen hijau (I’m Not Single) & merah (Adamaya). Kebetulan kot =)

Dalam persamaaan tu, aku selitkan perbezaaan sket.Cukup la kan.Contoh, Watak Farid Kamil (I’m Not Single) nampak lebih naughty dan kasar, berbanding Sein Ruffedge (Adamaya) yang cool dan matang. Tak taw le korang suke yang mana.Hurm..(Tapi Lisa Surihani memang cute..hehehe)

Tapi last aku nak cakap, restu family tu memang penting untuk kebahagian rumahtangga. Setuju tak ni? Lain kali, kalo mak bapak dah bising2 suruh kawen, bagi calon tu kawen je la. Tak ensem ke tak cantik takpe. Bende tu nanti datang kemudian.Yeke?Tak lupa juga, ucapan tahniah ditujukan kepada Abg Feroz Kader (pengarah Adamaya) kerana telah menghasilkan 1 karya yang berjaya membuatkan aku jejaka2 diluar sana menggugurkan airmata..hehe.

Adios.

p/s: Baru tengok Adamaya sampai episode 20. Tak sabar nak tengok ending camne :D

Buka langkah

Testing2..,Salam sejahtera. Masuk dengan ucapan mesra dalam post pertama.

Idea asal men’create’ belog Iqra itu Bacalah dah lama timbul, kira2 2-3 bulan yang lalu. Tapi, dengan ketandusan idea@post yang ilmiah (post ilmiah?) diadun bersama sikap hangat2 tahi ayam serama membuatkan wujudnya sedikit kelewatan.

Motif sebenar hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang (actually tak free sangat pon). Guling2 pikir2 ada eloknya jugak ada belog sendiri ni. Hehe. Tambahan pula dengan sokongan padu housemate ku, Aizzat (nama dinyatakan atas permintaan). Boleh share pendapat atau memberi menerima nasihat dari sahabat handai.Kot.

Sekian