Selasa, 18 Mei 2010

Eh, poyo ah ko ni speaking2!



Mungkin ni yang selalu terlintas kat benak2 korang, bila ada mamat/minah yang cakap omputih dekat2 dengan korang. Ye la kan, cakap nak martabatkan Bahasa Melayu. Kalo bangsa sendiri tak sokong, siapa lagi kan? Tambah2 pulak, ada member buat status ym ke fb dalam English, pastu salah grammar ke spelling ke, mesti korang tersenyum sorang2. Korang mesti pikir ‘nak tulis English tu, belaja la btol2 dulu.’

Cakap2 bahasa ni, aku pun sekarang tengah belajar di negara yang kurang menggunakan English. Kadang2 rasa bangga bertuah jugak boleh bercakap lebih dari 2 bahasa ni (walaupun kadang2 orang berkerut dahi jugak nak paham apa yang aku cakap).LOL.Tengah aku baca blog2 orang (nak cari idea untuk post baru la konon), aku terjumpa statement ni,

..,aku ada berjumpa dengan sorang mamat ni lah, dia belajar Engineering di Jepun, hebat tu. Balik Malaysia, susah nak carik kerja, sebab English dia agak fail..,

Teng! Kene batang idung aku. Terasa jugak aku dengar. Dah dulu pun English hancuss, sekarang lagi la, BARAI.Hehe. Bila aku renung2 seminit dua, ada betol gak statement tu. Yela, nak interview kerja pun English, kena presentation time kerja pun confem la dalam English. Mana taw kot2 ada mat salleh nak dengar gak presentation tu.Ahaa. Banyak lagi contoh2 lain, aku rasa korang pun tahu kepentingan English ni. Senang cakap, walaupun Bahasa Melayu tu bahasa kebangsaan, tapi kalau English korang hancur, payah la sket nak idup. Betol kan?

In the nutshell (tu dia dah keluar English seketul..hehe), pasni kalo ada member tengah practice English tu, jangan pulak kutuk2.Bagi semangat. Bagi dorongan. Kalo nampak member buat spelling/grammar error kt fb tu, cuba tegur secara berhemah. Jangan pulak comment terus kat situ. Lagi terang pulak mistake mamat tu. Cuba tegur dia melalui SMS ke.., :D

Adios.

p/s: pasni boleh kot pertimbangkan buat blog baru versi omputih lak kot =)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ko pon penah jgak kutuk abang salah english kt fbook kan?:D

Tanpa Nama berkata...

がんばれフマキラ君

redbean berkata...

LOL..2 kisah lama. aku da insap..haha

akuzle berkata...

berhemah.... mender yg jarang sgt org nk buat sekarang....