Isnin, 28 Februari 2011

Wrestling, satu pembohongan berjaya!

Dulu time aku kecik2, kat kampung, orang kampung aku bole tahan fanatik tengok wrestling. Tak tahu kenapa. Sampai satu tahap, bila sorang tu ada tv 21inci (kat situ time tu 21inci up gila macam level iMax, lebih kurang), secara otometiknya situ akan jadi port wayang gusti malam Isnin (kalau tak silap). Diorang punya taksub tu siap bole label lagi ini team jahat, itu team baik. Kalau team 'baik' dia kalah, emo. Camtu. Kalau budak2, aku bole terima lagi. Ni bapak orang. Nampak sangat dia fanatik dan tak tau wrestling tu (sometimes) fake.

*tengok baju putih kat tengah tu. tu bukan aku.

Dulu aku pun camtu. Bole tahan layan jugak. Sebab bapak aku pun tengok. Aku pun apa lagi, tumpang dua kaki la. Dulu aku pun percaya wrestling ni 100% real. Sampai pi kelas pun duk open table lagi. Bukak cerita pasal gusti semalam. Tambah2 bila ade game yang rare/special macam Hell in a Cell dan Elimination Chamber. Memang aku pikir tu betol2. Yela, pukul sampai darah2, patah riuk sampai kene angkut dengan stretcher. Itu kamu kata lakonan? Camtu la persepsi aku dulu.

Study punya study (gempak kan?), actually, wrestling lebih kurang macam gladiator. Result sudah ditentukan. Sudah tau siapa juara. Bezanya, gladiator punya cara lagi agresif. Iaitu bagi sure-lose-weapon kat yang dirancang kalah (tapi kadang2 menang. biasalah hero). Atau dengan bahasa mudah, ia dirancang/choreographed. Siap ada raptai lagi sebelum match. Ala2 Anugerah Juara Lagu gitu. Professional wrestler prektis bertahun-tahun untuk perform moves dan landing dengan kesakitan paling minimum. Senjata (chair, ladder, hammer etc) memang fake, tak pakai material sebenar. But, the injuries (bleeding, broken bones etc) are real. Tahu?

Tapi kan pikir2 balik bila finisher yang superloser macam The People's Elbow dan The Worm tu wujud, aku dah rasa something fishy kat situ. Macam mana finisher yang terkinja-kinja dalam ring tu pun, opponent still tak sedar2. Tak reti-reti nak bangun. Musykil2... *geleng2 kepala*

*finisher yang terhad kepada 2 kali. tiada elbow guard tiada finisher. maaf

Video kat bawah ni contoh mudah yang wrestling tu (sometimes) fake.



Ada lagi. Ini juga.

Tak caya sudah.

WWE punya wayang sampai aku tak bole beza yang mana real yang mana fake. Contoh macam kematian Eddie Guerrero dan Chris Benoit. Mati2 aku ingat tu salah satu drama dalam WWE. Wrestling pulak takde substitle. Lagi la. Hmmp.

WWE, World Wrestling Entertainment. Nama pun entertainment.

Sabtu, 26 Februari 2011

Terima kasih

Gambar ni tolong aku tadi.


"Tenkiu Brendon Urie"
*sengih sampai telinga*

Khamis, 24 Februari 2011

5 produk paling tak berguna

Ciptaan produk paling phailed abad ini.

5. Pelindung misai

Ni kes bila takut sangat dah besar panjang pun still ada 'milk moustache'. Hehe. Thumbs up untuk sistem pertahanan misai paling mantap! LOL

4. Selipar kucing serbaguna


Orang Kedah kata, 'baluq liat'. Penyegan (dalam konteks ini ia tidak membawa maksud 'pemalu'). Malas kemas rumah, suruh kucing. Ha, elok. Kalau kucing tu kencing atas selipar tu, abes bernajismutawasitoh satu rumah kau. Padan muka!

3. Pemegang rokok (1kotak)


Apa barang 1batang? 1kotak sekali harung baru macho. Market. "Ma.." apa lagi. Ma..mati. (ajal maut di tangan Tuhan)

2. Span mikrofon


Kalau dah asyik letak kat mulut nak nyanyi, bila nak sabun badannya? Takpun tengah2 high tarik lagu tinggi 2 ela, terperah sabun dalam mulut, berak tak lawas baru tahu.

1. Cermin mata 'Venetian'


Dikatakan fashion invention (paling) gagal.Hanya bole dipakai oleh artis untuk buat persembahan atas pentas. Nak pakai di luar, sila bawak tongkat bole lipat. Haha!

*****

Aku sebenarnya tengah cari buku/web "100 useless Japanese inventions". Entah betol ke tidak tajuk ni. Aku pun tak sure. Lebih kurang camtu la bunyiknya. Jepun memang suka cipta macam2 dan tak kurang daripadanya yang pelik2. Sememangnya bangsa Jepun itu sendiri pelik. Tak percaya datang masuk dalam komuniti diorang ni barang setaun dua. Aku pun dah nampak Jepun ni macam alien dari planet Marikh yang berfizikalkan manusia.

Aku cakap macam penah tengok alien kan. NASA lain la, 1969 dah sampai bulan. Kalau sekarang diorang cakap dah sampai Pluto pun, tak pelik kan?

Celah mana mai cerita pasal NASA ni?

Bytheway, mungkin benar Japanese tu alien. Maybe technology canggih diorang tu technology planet Marikh. (??)

p/s: Abaikan part last. Aku mengarut sebab aku penat gila. Hehehehehehehehehehehe (cukup panjang?)


Selasa, 22 Februari 2011

Ini unik. Setail.

Simple props, simple stage and a bunch of people who know how to improvise them.


Wore It Deep (The Tree Ring) from Destin Daniel Cretton on Vimeo.

Ahad, 20 Februari 2011

Cincin kahwin semakin hari semakin sayang

Nanti bila nak kawen, tak perlu ke Poh Kong atau Barang Kemas Habib, terus saja ke LowYat (kalau ada). Cari Memoring. Dengan design yang sangat cool dan cukup girlish wa cakap lu, korang tak kan malu memakainya dihari persandingan. Cekidautt~

*sekejap di jari

*sekejap di lubang yuu-es-bee

*siap ada case lagi

Kalau dia berkeras jugak mahu cincin berlian Poh Kong, cuba,
"Apa lah sangat cincin harga beribu kalau nak dibandingkan dengan memori indah kita bersama dalam Memoring ni kan?"
Dengan ayat ni, bukan saja bini, nescaya ais di Antartika pun cair. Hak..aha..haa.

Sabtu, 19 Februari 2011

It makes sense

#Ini cerita dari sahabat aku.

Kadang-kadang kita selalu segan dan cuba mengelak mengaku status keislaman kepada orang bukan Islam. Terutamanya bila di negara orang yang Muslimnya hanya golongan minoriti. Terlalu sikit. Macam debu. Ditiup fuh sekali hilang tak nampak. Kadang-kadang golongan muallaf dari negara luar sendiri pelik kenapa kita orang Islam ni sendiri malu nak menyebarkan Islam. Taknak menyebarkan kalimah yang agung. Yela, ilmu dada pun tak kental apakan nak dikongsi dengan orang. Itu jawapan personal aku.

*tengok bayang2 kamu. jangan lari darinya. itulah kamu (melainkan waktu senja. masa tu bayang2 akan jadi panjang sedikit, walaupun pada hakikatnya kamu tak lah setinggi mana)

Kadang-kadang (maaf aku banyak guna "kadang-kadang"), aku kesian kat puak2 atheist, especially Japanese. Nampak macam segalanya gah, mereka punya apa saja. Tapi hakikatnya di dalam kosong. Maksud aku rohani. Masih tercari-cari satu 'kuasa' itu. Tapi tak tahu apa.

Aku juga selalu pening kepala bila nak explain pasal Islam kat Japanese. Puas menjana akal mencari jawapan terbaik mudah difahami dan tidak melampau. Tanya kenapa itu kenapa ini. Yela kita orang melayu kadang2 mana amek tau. Mana amek peduli. Dah dari kecik dididik camtu. Nak tanya takut kena ligan dengan parang keliling kampung. Payah. Tak berani I. I bukan jaguh pecut.

Contoh soalan paling common.

#Nombor1 (Sembelih)
A: Aku tau korang tak bole makan babi. Ayam/daging pun tak bole jugak ke?
B: Bukan tak bole. Boleh. Tapi kena SEMBELIH dulu.
A: Ishh. Kejamnye..
*Kau ingat bangsa kau proses ayam tu tak kejam ke? Kau tahu?*
B: (Tarik nafas dalam2) Mungkin dengan SEMBELIH, haiwan lagi cepat mati.
It makes sense.

#Nombor2 (Tuhan)
A: Apa bukti kat dunia ni ada Tuhan?
B: Kalau aku cakap, phone kau yang canggih boleh tengok tv, surf tenet, boleh jadi kredit untuk vending machine bla..bla... (korang sambung sendiri) tu terjadi dengan sendiri, kau percaya tak?
A: Mesti la tak. Mana mungkin. Mesti ada orang create.
B: Sama lah jugak konsepnya. Kalau fone yang bagi korang tu maha hebat pun ada pencipta iaitu manusia, confem lah manusia yang mencipta gadjet yang maha hebat tu ada Maha Penciptanya, bukan?
A: ...
It makes sense.

p/s: Ini 2 contoh soalan je. Kalau korang ade soalan2 common dan jawapannya, bolehlah share. Aku, bila ditanya soalan2 ugama sebegini, aku jadi macam bait lagu popular Elyana. Tak tercapai akalmuku. *sigh*

Rabu, 16 Februari 2011

Bos kau tak salah

Malu bertanya sesat jalan. Sudah bertanya mesti dapat jawapan lah kan. Dapat pengajaran.

*celik IT jugak mamat ni ye

Yeah, the BEST ANSWER. Good job Maria! xD

Ahad, 13 Februari 2011

Karya picisan cuti musim bunga.

Seperti yang korang sedia maklum, aku tak balik Malaysia cuti musim bunga ni. Eh, macam mat bunga aku pakai term 'cuti musim bunga'. Macam beep! (bunyi cencored). Plan mau cari part-time job konon-kononnya. Hampeh. So untuk mengatasi perasaan bosan yang bersarang, aku pun sibukkan diri dengan projek stop motion ni barang seketul.


Ilham yang kunjung datang sewaktu berbaring cuba beradu awal tetapi hakikatnya sukar untuk melelapkan mata ketika tempoh exam itu tak kan ku sia-siakan. Mana kamu belajar ayat bunga2 begini Redbean?!

Biasa orang akan tanya, "berapa frame gambar kau amek?". Jawapan: 500++ keping(s) je. Actually, 500 ni sikit gile kalau nak dibandingkan dengan 1st attempt kitorang. 1500++ pics.

Banyak gile flaws. Sori. Aku masih beginner. Banyak lagi kena belajar. SILA KRITIK.

Jumaat, 11 Februari 2011

Situasi tak gatal tapi garu kepala

Kita selalu dengar orang bersembang pumpam tapi tak serupa bikin kan. Contoh,

Cakap nak diet. Ajak makan tanak. Skip breakfast makan tengahari segala. Tapi bila makan malam, melantak puas2 tak ingat dunia. Lagi teruk, pegi pekena mamak tengah malam, balik terus tido. Bagus. Amalkan 5-6 bulan, kalau jadi camni jangan tanya kenapa.

*eewww kan?

Cakap nak jimat masa. Study sampai bagai nak rak sampai pagi. Dera mata tak bagi tido. Dera kepala sumbat ntah hape2. Alih2, esok bangun pukul 3petang. Padahal waktu efektif nak study dan kepala mudah serap input macam span kering tak lain tak bukan ialah waktu pagi. Yang semalam study tu pun entah ingat entah tak. Hmmp.

Cakap nak jimat duet. Dengan perut sendiri pun berkira. Tapi bila shopping barang (lelaki: gadjet terkini, pompuan: macam biasa; pakaian), cakap "Eh, berbaloi ni. Kira murah ape. Standard harga lagi mahal". Member yang malas layan ni jawab "Ha...ha. Ok...ok". Sambil angguk macam anjing dahaga air tu. Cuba bayangkan.

Contoh lagi pasal duet. Ni aku amek sini.

Kadang-kadang bila makan kat Pasar Ikan Manhattan (baca: Manhattan Fish Market) atau TGI Jumaat, RM30++ pun dah rasa cukup murah. Yang kuantiti makanan tu saja dah bole setel hadam kat esofagus je. Memang la! Dah kau pegi banding dengan harga asal kat kedai tu sapa suruh? Diorang saja je kencing letak harga mahal awal2. Taktik biasa bisnes. Cuba banding dengan harga average makanan, baru betol.

Tapi bila mai orang nak mintak sedekah buat sekolah buat masjid, mula terketar-ketar tangan nak keluarkan duet, even duet biru terang tu (Aku nak cakap duet RM1, bukan RM50). Susah nak keluar. Macam ada gam kat wallet.

Aku ada tips contoh berjimat mudah.

Satu, kalau summer tak payah la gedik nak mandi pakai air panas. Pastu dah bising baru mandi je dah peluh balik. Itu bijak namanya (mata ke atas, tangan ke dada). Aku stonkolstanner kangg. Dua, kalau winter tak mandi setiap hari pun tak apa. Mandi ikut jadual. Macam aku selalu buat. Pada hemat aku la. Kalau dah nak pegi mandi pun dah macam orang Parkinson, baik tak payah kan. Ok la, nak cakap aku busuk pun cakap la...

*bebaskan diri dari belenggu

Ya. Dua je. Tu je motif aku tulis entri ni. Aku bukan Doktor fadhilah Kamsah nak bagi motivasi banyak-banyak.

Rabu, 9 Februari 2011

Tetiba. #2

Satu malam tanpa aktiviti.


Aku tergelak kikiki. Tergelak dengan gelagat Johan berterabur imbuhan cakap ikut lenggok David Teo.

......

Eh. Aku rasa kalau bahasa Jepun aku ditranslate ke BM, cenggini jugak jadinya. Mana tatabahasa? Mana peribahasa? Abes sume ke lauuttt. Tunggang langgang. Lintang pukang. Aku pun selalu je tengok muka orang berkerut 3-4 layer nak paham aku cakap. Tapi diorang respek sebab atleast eden torai. Abes tu apehal lu nak gelak2 kat orang ni?

Kah! Kah! Kah! *gelak kat diri sendiri*

Isnin, 7 Februari 2011

100 budak hitam

Assalamualaikum. Tudia aku buang tebiat sikit.

Tap tip tup dah entri ke-100. Aku cakap macam 9bulan tu kejap kan. Kau blogging dapat ape? Orang 9bulan keje dah beli rumah sebijik dah. Maaf aku dah pegi lebih dari garisan (going over the line). Hehe..

Orang cakap entri ke-100 harus ada grand. Ada kelainan. Mengetahui hakikat ni buat aku tekanan. Penat pikir cari idea. Pandang kiri kanan tak jumpa.

Ok lah. Aku nak tunjuk benda ni. Benda yang aku pandang tiap2 hari.



*rasanya aku xpenah tulis pasal piala AFF

*cakap jepun lawak. apekah?

*???

Baca balik search keywords ni buat aku tergelak sorang2.

*bunyi cengkerik*

Pffttt! Aku dah agak entri ke-100 aku jadi lame camni. Buat entri kejadah ni memang buat aku nampak macam loser. Ini bukan aku.

Ntah pape aku tulis ni...

Sabtu, 5 Februari 2011

I wanna be an engineer so freakin' bad!

Termotivate aku tengok video ni. Ni baru freakin' bad. Mari tengok RoboRainbow beraksi!


Talent is a gift. Use it. Polish it.

Selasa, 1 Februari 2011

Nanti aku nak suruh anak aku maen bola..

Nanti bila aku dah ada anak, lepas aku ajar jalan taktih, lepas tangan je dia dah boleh maju 5 langkah dan ke atas, aku nak bagi dia bola sebijik.
Abu (contoh nama anak aku Abu), nah ni bola. Sepak bagi kena. Kuat-kuat.
Dalam bab mendidik anak ni, aku harus tegas. Bapak aku selalu ajar aku benda tu. Bila dia dah besar sikit, otak dah pandai pikir, mesti dia akan tanya kenapa aku ajar dia maen bola sirius camni. Time tu aku rasa dia dah maen bola wakil negeri dah. Dalam situasi tu, aku akan tunjuk dia gambar ni.


Kalau dia tanya ni siapa, aku tak patut terus meradang. Itu normal. Biasala budak-budak. Mana amek tau pasal sejarah sangat. Waktu tu mungkin mamat ni dah buat bisnes sendiri, ataupun buka restoran char kuew teow pertama di Negeri Sembilan. Tak apa, itu juga bisnes. Eh, sori Abu, Papa termembebel pulak. Bila dia tanya camtu, aku jawab,
Dia ni dulu pemain bola sepak, Bu. Nanti bole la Papa dapat menantu cantik camni.
Aku yakin dia pasti terdiam panjang sambil otaknya ligat berfikir. Biasala budak remaja. Adventure. Itu ini nak tau. Aku faham itu transformasi ke alam dewasa. Aku pun penah ada kat situ dulu.

Dan mungkin lepas beberapa hari atau beberapa minggu (kalau anak aku tu bebal), aku yakin dia akan tanya aku balik. Lebih kurang camni,
Tapi kan, Papa tak maen bola pun, bole dapat bini cantik...,
Lagi sekali aku cool. Aku dah bersedia dengan soalan sebegini.
Bu, Papa susah-susah cari bini cantik macam Mama kamu ni sumanye demi masa depan anak2 Papa tau. Kalau kamu belajar Biologi, kamu akan tahu yang anak akan mewarisi sifat2 kedua2 ibu bapanya. Kamu perlukan sifat keperkasaan Papa dan ke-charming-an Mama kamu. Sekarang dunia semakin mencabar. Kita tak bole expect masa depan kita. Kamu perlukan nilai tambah tu.
Panjang lebar aku explain, aku harap dia paham.