Isnin, 29 November 2010

Rindu iklim khatulistiwa itu

Baru balik. Sejuk gile. Mulut dah kuar asap. Macam naga nak ngamuk. Mesti diorang pelik tengok aku dok maen tiup asap ni sorang2. Jakun.
Duduk rumah, Macam biasa. Bosan. Takde arah. Kasi hug sikit kat awek aku, Takamine Pt104. Pergh. Sejuknya menyengat. Macam peluk ais wa cakap lu.
Adeh. Bersila lama rasa sengal-sengal sendi tulang.
Ni nak nyanyi lagu "anak itik tok wi" ni. Baru sedar tak cukup workout.
Hujung jari sejuk-sejuk kebas. Pakai glove tak perform pulak menaip. Bila tak pakai, tengpk la. Dah typo. Demm.
Berbungkus cam hantu pocong lak.

*scary huh?

Dah. Cukup membebel. Aku nak gi beli danbo (heater).

Khamis, 25 November 2010

Aku bukan doktor #1

Ya, hari ni aku buang tebiat. Topik entri ntah hape-hape. Aku pun tak tau apehal aku tibe2 nak kongsi pasal hal kesihatan. Tapi takpe. Baca je dulu. Ilmiah ni.

Tajuk gusi berdarah. Hampir 80% dewasa ada masalah ni, dan 99% dari jumlah tu tak tau diorang bermasalah. Simtom biasa, bila gosok gigi kuar darah. Kalau dah serius, gusi mudah bengkak2, sentuh pun bole berdarah.

Sebab-musabab
Ok, part ni aku skip. Bukan tanak explain, aku explain nanti korang bukannya paham pun. Sebab aku sendiri pun tak berapa paham. Haha. Yela, banyak terma2 kedoktoran yang amek masa untuk dieja dan dilafaz. Gingivitis dan periodontitis.. Haa, aku dah cakap korang tak paham punya. Degil.

Pencegahan/Solusyen
Ini point utama. Penting.
1. Kurangkan pengambilan jajan (chips, jeruk, coke dll)
2. Gosok gigi setiap kali selepas makan (2 kali sehari pun ok. Sekali sebelum tidur. Mesti)
3. Kumur dengan air garam selepas makan. Ingat. Kumur. Jangan telan.
4. Guna berus gigi lembut. Dan elakkan gosok laju/kuat macam sental kotoran degil kat lantai.
5. Amalkan diet seimbang. Amek supplement seperti Vitamin C jika perlu.
7. Kurangkan pengambilan gula. Bakteria pun macam semut. Suka gula.
6. Kalau rasa kaya, boleh kerapkan berjumpa dengan dentist. Nanti dah hujung bulan jangan tanya duet kemana ye.

Ni la sedikit sebanyak hasil google-ing. Fedap kat gusi aku ni. Manja sangat. Gosok sikit nak darah. Anyway, sharing is caring bukan?


*ini yang kita mahu bukan?

Sumber

Selasa, 23 November 2010

Famous tanpa perlu keluar bilik.

Kebanyakan minit-minit dan saat-saat aku dalam sehari diisi dengan perkara tak berfaedah. Atau, takde pengisian. Contoh, mengadap YouTube..Balik kelas, perkara pertama on laptop. Stokin baju sejuk sume tak cabut lagi. Terus klik beberapa link wajib bukak rutin dalam masa kurang dari 7saat. Ada jugak dalam 10 ketul. YouTube pun masuk dalam list. Yang lain tu rahsia-rahsia lah ye. Hehe.

Etceli, aku sendiri pun tak berapa pasti jenis video yang aku nak layan. Jalanpenyelesaian: pilih video kat "Recommended For You". Mudah. Abes layan, aku refresh page. Kuarkan senarai baru. Tengok, takde keje kan aku?

Tapi ada satu kategori video yang buat aku tersenyum dan tergeleng kepala seorang diri. Song cover. Song cover ni lagu2 artis yang dinyanyi semula oleh orang kebanyakan, sama version atau di'remix'kan sendiri. So, suara, muzik memang asli. Guitar, piano, drum. Semua lah aku cover. Serius layann. Dengar je lagu baru terus cari cover version. Tapi biasalah YouTube, bila dah buka satu, nampak "Suggestion" kat belah kanan tu, mesti nak maju ke depan. Explore lagi. Fenomena ni aku panggil video berangkai. Haa, berangkai sampai 2-3 jam.

Sebagai contoh, composer-musician-singer TylerWard dan KurtHugoSchneider. Dua orang ni memang superb. Beribu-ribu lemon lagi artis YouTube ni. Malas nak list-up. Key-in je lagu2 hotmasakini. Konfem ada. Alang-alang buka cerita, ni aku nak share 1 video. Semenjak 2 menjak ni aku memang kemaruk lagu ni.



Tengah aku sedang kagum dengan artis2 YouTube, Ada pulak orang kutuk. Orang kita.

"Orang sekarang senang, melalak depan laptop, record, dah bole jadi artis"

Ni lah contoh manusia berotak sekangkang kera. Menafikan bakat yang nyata. Tak payah pandang jauh-jauh, paling dekat Yuna dan Zee Avi. Contoh artis YouTube. Tengok betapa gahnya mereka sekarang?


Ahad, 21 November 2010

Fesyen rambut orang kaya

Dulu bising pasal AC Mizal dan gelang ajaibnya. Macam-macam cerita. Part kelakar pun ada. Sekarang pasal Dr Rozmey (DDR) pulak. Dan filem pemecah punggung panggungnya.

Mula-mula aku pelik apasal ramai orang dengki sangat kat dia beliau. Kondem sana kondem sini. Aku ingat sebab sikap orang Melayu yang suka busuk hati ke ape. Study punya study (aku pakai istilah "study" di sini. WOW!), baru tau mamat ni poyo rupanya.

Bukti kepoyoan.
1 letak target awal2 keuntungan filem, RM40juta (james cameroon pun tak buat camtu)
2 buat pengumuman tayangan filem macam pengisytiharan raya. LOL
3 buat fake account fb/twitter untuk promot filem sendiri, atau upah orang (yang ni aku tak pasti)
4 poster filem ciplak filem the exorcism of emily rose (boleh masuk dalam bukti kepoyoan ke??)


*kurang ajar mat saleh tiru poster filem melayu

Tapi takpe, aku cool je. Aku pun tak nak komen sangat pasal filem tu. Dia untungrugi ke tak jejaskan poket aku pun. Tak luak tak juga masuk. So, aku amek dasar berkecuali. Lagipun, dah banyak wartawan2 dan blog2 bagi review. Korang bacalah sendiri.

Aku just nak cakap pasal rambut eksotik DDR. Kalau korang perasan, orang kaya ni ada trademark, style rambut yang (agak) pelik. Contoh, Donald Trump (hebat tak DDR aku banding D.Trump..hehe)



Maybe ni la yang dikatakan fesyen rambut orang kaya.

p/s: Nanti korang tengok DDR dah jadi macam Donald Trump, jangan jeles pulak. Haha.

Jumaat, 19 November 2010

Pokemon dah ada filem. (bukan versi kartun)

Ada sekali aku penah tulis entri pasal Pokemon. Pasal dubbed suara (link). Dengar cerita pokemon dah ada filem. Orang betol. Bukan cartoon version. Tak payah dubbed suara.

Ni trailer filem Pokemon Apokelypse!



Actually, trailer ni hanyalah trailer semata-mata. Takde filem pun. Mesti korang frust kan. Haha. Grafik superb. HD lagi. Dibuat oleh die-hard fans pokemon sendiri. Cerah masa depan diorang. Kalau orang cakap official film trailer pun aku caya. Hehe~

Sumber

Selasa, 16 November 2010

Esok hari Rabu.

Tajuk entri tu jawapan bila aku ditanya esok hari apa. Kering. Pastu aku tambah,

"Ape la kau, hari pun tak ingat..,"
"Esok Raya Haji la sengal!"

Bodoh. Raya Haji pun tak ingat. Hari spesel umat Islam. Yela. Aku tak nampak pun orang ramai-ramai segak bergaya dengan baju melayu, baju kurung. Tak nampak pun upacara penuh challenging iaitu tumbangkan si gagah perkasa lembu dan kerbau. Buat korban. Tak nampak pun budak-budak bawak sampul/walet sambil kira income pegi beraya. Even pulangan tak lah seberapa.

Aku tak nampak suma tu, kira logiklah aku tak tau. Bukan salah aku kan.

Aku baru balik Mesia 2 bulan lepas. Dah rindu nak balik pulak. Waa~ T_T

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

*Ada orang cabar aku pakai baju cam kat atas ni gi kelas esok. Ade brann??

Tapi orang cakap, raya kat perantauan best. Tak perlu preparation. Suke hati kau nak sambut ke tak...nak kena pelangkung??

Ahad, 14 November 2010

Iphone 5 dah kuar!

Kuar je gadget baru, mulalah mat-mat gadjet sibuk nak update gadjet2 terbaru. Siap kondem Sony Ericcson k610i (x-hanset aku tuh) tu artifak zaman batu. Kuang asam. Kalau Nokia 3310i, apetah lagi. Takpe, certain orang suke barang antik. Macam-macam, Sony Ericcson Experia la, Nokia N8 la, Iphone 4 la ntah hape bende. Eh, korang menti ingat Iphone4 tu produk terbaru Apple kan? Korang silap besar.

Tengok ni the brand new Iphone5!



"Amazing new feature, it's invisible" Sempoi. Haha.

Ape lagi, grab it now lahh.

Rabu, 10 November 2010

Random awesome

Teringat aku dulu masa mula-mula jejak Jepun. Excited gilos. Jumpe je Japanese yang ringan mulut sikit, diorang dah redi satu soalan cepu emas. Kira soalan feveret lah.

"Apa perkara/menatang yang paling buat kamu terkejut kat Jepun?"

Aku bila dengar soalan ni, rasa lagi susah dari soalan SPM. Kena kasi processor pusing laju-laju. Kasi kipas cooler bunyi macam orang ram motor. Bukan sekali aku kena. Berkali-kali jugak lah. Aku memang takde persiapan untuk soalan2 camni. Selalu respon aku: tersengih je sambil lentok-lentok kepala macam tengah berfikir (cara orang jepun). Kalau tanya, "favourite japanese cuisine" ke, boleh lagi nak goreng.

Tapi sekarang aku dah tau jawapan soalan tadi,

"Saya terkejut yang ramai sangat orang jepun suka tanya soalan ni. Takde soalan laen ke?"

Amek kau. (Part belakang tu sambung dalam hati).

*****

Lagi satu, diorang akan pelik bila nampak aku tulis kanji (tulisan jepun, bukan kanji makan ye..).

"Boleh baca kanji? Boleh tulis kanji?"

Kalau diorang pelik, aku lagi pelik sebab ape diorang pelik. Pelik kan? Ntah, aku rasa tau kanji basic2 tu bukanlah perkara ganjil kalau kat Jepun (kalau korang belajar kanji, korang tau la). Omputih cakap, little-little je. Aku pun dah level university. Tak tau kanji alamatnya tak mengaji. Sendiri mau ingat lah.

*****

Ada satu kes. Kat themepark, biasalah ada staff eye washer. Siapa lagi kalau bukan cik adik manis. Ini staff punyelah bersungguh bagi briefing pasal safety masa nak naek ride, tapi dalam Japanese. Pastu dia tanya kitorang, "faham tak?" juga dalam Japanese.

....(diam 2 saat)... Pastu baru aku angguk.

Padahal, kombinasi kulit gelap, mata bulat dan hidung kembang ni dah cukup membuktikan aku ni orang luar. Nak je aku cakap, "tak paham! tak paham! ko cakap bahasa ape ni??". (sambil melompat-lompat gaya budak2 mintak mainan).

p/s: tajuk entri curi tajuk lagu Yuna. Best wooo~ :D

Sabtu, 6 November 2010

Festival Ikoma 2010

Sori kepada readers yang lama menunggu untuk entri baru (walau seorang dua, tenkiu lah guys!). 4-5 hari kebelakangan ni aku bizi sikit. Cakap cuti, bizi ape? Haa, kat universiti aku ade anjurkan festival. Festival Ikoma. Ikoma tu nama tempat actually. Berjarak jugak dari tempat aku ni. Ntah kenapa diorang amek nama tu. Takpe, abaikan.

Memandangkan aku ketandusan idea untuk menhapdate blog, aku kongsikanlah beberapa gambar time Festival Ikoma tu.

Secara amnya, aktiviti jual-menjual confem ada. Usahawan, sikap bijak mencari peluang harus ada.


*ejaan: mungkin disengajakan.

Day 1: Girls group dance (ala-ala SNSD gitu)
Hari pertama je terus umphh. Sori ah satu gambar aku sempat snap. Aku tak rela bazirkan detik2 indah aku dengan menilai hasil imej gambar yang diambil kat kamera. Baek tengok je di depan mata. Hehe.

*EVE48 in the hausss~

Day 2: Student Band
Aku sempat tengok 3-4 band je. Datang lambat. Lagi berita buruk, aku tak bawak kamera time ni. So, takde gambar. Sori :(

*cannot display images

Day 3: Dance Crew (1 artis jemputan)
Yang ni memang buat aku high. Yang paling aku tak rasa rugi kalau datang. Excited gile. Siap headbanging lagi. Ntah, pelik kan.

*2 grup ni paling best aku rasa. Nama grup, aku tak sempat tangkap.

Day 4: Band jemputan dan majlis penutup
Terlepas band jemputan, aku harap ade lagi muzik boom boom masa majlis penutup. Hampa. Mujur ade grup cheerleaders. Terubat jugak. Hehe.


Sebab kedua aku bizi minggu ni sebab aku ada buat part time sikit. Ade gak cite menarik. Apa dia? Nanti lah aku story :)