Rabu, 10 November 2010

Random awesome

Teringat aku dulu masa mula-mula jejak Jepun. Excited gilos. Jumpe je Japanese yang ringan mulut sikit, diorang dah redi satu soalan cepu emas. Kira soalan feveret lah.

"Apa perkara/menatang yang paling buat kamu terkejut kat Jepun?"

Aku bila dengar soalan ni, rasa lagi susah dari soalan SPM. Kena kasi processor pusing laju-laju. Kasi kipas cooler bunyi macam orang ram motor. Bukan sekali aku kena. Berkali-kali jugak lah. Aku memang takde persiapan untuk soalan2 camni. Selalu respon aku: tersengih je sambil lentok-lentok kepala macam tengah berfikir (cara orang jepun). Kalau tanya, "favourite japanese cuisine" ke, boleh lagi nak goreng.

Tapi sekarang aku dah tau jawapan soalan tadi,

"Saya terkejut yang ramai sangat orang jepun suka tanya soalan ni. Takde soalan laen ke?"

Amek kau. (Part belakang tu sambung dalam hati).

*****

Lagi satu, diorang akan pelik bila nampak aku tulis kanji (tulisan jepun, bukan kanji makan ye..).

"Boleh baca kanji? Boleh tulis kanji?"

Kalau diorang pelik, aku lagi pelik sebab ape diorang pelik. Pelik kan? Ntah, aku rasa tau kanji basic2 tu bukanlah perkara ganjil kalau kat Jepun (kalau korang belajar kanji, korang tau la). Omputih cakap, little-little je. Aku pun dah level university. Tak tau kanji alamatnya tak mengaji. Sendiri mau ingat lah.

*****

Ada satu kes. Kat themepark, biasalah ada staff eye washer. Siapa lagi kalau bukan cik adik manis. Ini staff punyelah bersungguh bagi briefing pasal safety masa nak naek ride, tapi dalam Japanese. Pastu dia tanya kitorang, "faham tak?" juga dalam Japanese.

....(diam 2 saat)... Pastu baru aku angguk.

Padahal, kombinasi kulit gelap, mata bulat dan hidung kembang ni dah cukup membuktikan aku ni orang luar. Nak je aku cakap, "tak paham! tak paham! ko cakap bahasa ape ni??". (sambil melompat-lompat gaya budak2 mintak mainan).

p/s: tajuk entri curi tajuk lagu Yuna. Best wooo~ :D

7 ulasan:

say- O berkata...

mesti comel gila kalaw hang buat lompat2 tu.

redbean berkata...

bakat semula jadi woo..haa

ayesyaazreena berkata...

haha. semua pelik.
cuba kalau kita kat tempat dyeorg ke. huhu.
tak pun dyeorang kat tempat kita ke. haaa :D:D:D

Has berkata...

haha omoshiroi :D

Cerah Jeff berkata...

cakap je kat die balik lam nihongo,wakannai yo,chanto setsumei kure yoooo...pastu wat garu2 kepale..hahah

redbean berkata...

@cerah: aku xsanggup dow..pnt2 dia setsumei..ak pn tanak buang masa ak nk maen ride tu..pnt2 berato..hehe

Cerah Jeff berkata...

jijan ritu kat tokyo dome,akak tu tanye nihongo wakaru,die terus replied, ore nihongo umai yo
hahahah