Selasa, 23 November 2010

Famous tanpa perlu keluar bilik.

Kebanyakan minit-minit dan saat-saat aku dalam sehari diisi dengan perkara tak berfaedah. Atau, takde pengisian. Contoh, mengadap YouTube..Balik kelas, perkara pertama on laptop. Stokin baju sejuk sume tak cabut lagi. Terus klik beberapa link wajib bukak rutin dalam masa kurang dari 7saat. Ada jugak dalam 10 ketul. YouTube pun masuk dalam list. Yang lain tu rahsia-rahsia lah ye. Hehe.

Etceli, aku sendiri pun tak berapa pasti jenis video yang aku nak layan. Jalanpenyelesaian: pilih video kat "Recommended For You". Mudah. Abes layan, aku refresh page. Kuarkan senarai baru. Tengok, takde keje kan aku?

Tapi ada satu kategori video yang buat aku tersenyum dan tergeleng kepala seorang diri. Song cover. Song cover ni lagu2 artis yang dinyanyi semula oleh orang kebanyakan, sama version atau di'remix'kan sendiri. So, suara, muzik memang asli. Guitar, piano, drum. Semua lah aku cover. Serius layann. Dengar je lagu baru terus cari cover version. Tapi biasalah YouTube, bila dah buka satu, nampak "Suggestion" kat belah kanan tu, mesti nak maju ke depan. Explore lagi. Fenomena ni aku panggil video berangkai. Haa, berangkai sampai 2-3 jam.

Sebagai contoh, composer-musician-singer TylerWard dan KurtHugoSchneider. Dua orang ni memang superb. Beribu-ribu lemon lagi artis YouTube ni. Malas nak list-up. Key-in je lagu2 hotmasakini. Konfem ada. Alang-alang buka cerita, ni aku nak share 1 video. Semenjak 2 menjak ni aku memang kemaruk lagu ni.



Tengah aku sedang kagum dengan artis2 YouTube, Ada pulak orang kutuk. Orang kita.

"Orang sekarang senang, melalak depan laptop, record, dah bole jadi artis"

Ni lah contoh manusia berotak sekangkang kera. Menafikan bakat yang nyata. Tak payah pandang jauh-jauh, paling dekat Yuna dan Zee Avi. Contoh artis YouTube. Tengok betapa gahnya mereka sekarang?


4 ulasan:

muhamadsufian89 berkata...

entri yang bagus bro..
simple tapi bermakna..

redbean berkata...

thx :)

aTiKa aTeRkaH berkata...

sedap gilos sore dia woih.....tergoda sat...sat ja...haha

redbean berkata...

sdap gila kan.. aku lelaki maskulin pn jatuh cinta dgn sore dia..