Khamis, 25 November 2010

Aku bukan doktor #1

Ya, hari ni aku buang tebiat. Topik entri ntah hape-hape. Aku pun tak tau apehal aku tibe2 nak kongsi pasal hal kesihatan. Tapi takpe. Baca je dulu. Ilmiah ni.

Tajuk gusi berdarah. Hampir 80% dewasa ada masalah ni, dan 99% dari jumlah tu tak tau diorang bermasalah. Simtom biasa, bila gosok gigi kuar darah. Kalau dah serius, gusi mudah bengkak2, sentuh pun bole berdarah.

Sebab-musabab
Ok, part ni aku skip. Bukan tanak explain, aku explain nanti korang bukannya paham pun. Sebab aku sendiri pun tak berapa paham. Haha. Yela, banyak terma2 kedoktoran yang amek masa untuk dieja dan dilafaz. Gingivitis dan periodontitis.. Haa, aku dah cakap korang tak paham punya. Degil.

Pencegahan/Solusyen
Ini point utama. Penting.
1. Kurangkan pengambilan jajan (chips, jeruk, coke dll)
2. Gosok gigi setiap kali selepas makan (2 kali sehari pun ok. Sekali sebelum tidur. Mesti)
3. Kumur dengan air garam selepas makan. Ingat. Kumur. Jangan telan.
4. Guna berus gigi lembut. Dan elakkan gosok laju/kuat macam sental kotoran degil kat lantai.
5. Amalkan diet seimbang. Amek supplement seperti Vitamin C jika perlu.
7. Kurangkan pengambilan gula. Bakteria pun macam semut. Suka gula.
6. Kalau rasa kaya, boleh kerapkan berjumpa dengan dentist. Nanti dah hujung bulan jangan tanya duet kemana ye.

Ni la sedikit sebanyak hasil google-ing. Fedap kat gusi aku ni. Manja sangat. Gosok sikit nak darah. Anyway, sharing is caring bukan?


*ini yang kita mahu bukan?

Sumber

6 ulasan:

Mr OS berkata...

Lepas ni kasi tips cara nk ubati gigi jongang plak ye..

hana berkata...

huhu..
sye pn slalu gak gusi bdarah..
sggh sensitif..
mnum ais pn x leh.
ish3...

misz myza berkata...

btul.. kdg2 gsk gg, gusi boleh berdarah.. semangat betul gsk gg.. pas tu dpt rse darah.. euww.. sggh x sdp..

rekbing berkata...

MrOs: jongang ketuk ngn hammer je,,hhe
miszmyza: jgn amalkan minum darah sendiri..nnt tumbuh siong..ahah

say- O berkata...

lepas ni teknik penjagaan bulu idung pulak ah

rekbing berkata...

hg la buat..hg lg pro kot.