Isnin, 31 Januari 2011

Gadget Iphone untuk si pemalas

MALAS charge. MALAS pegang. Dan MALAS bawak cable USB.

Dahh. Aku pun MALAS nak explain panjang2. Eh, jangan MALAS baca entri ni pulak. Pendek je bunn. RAJIN kan diri untuk komen yer..

Ok bai. Enjoice~


Cool gadget actually. Aku tak tau nak letak tajuk ape sebenarnye. LOL~

Sabtu, 29 Januari 2011

Menyesal aku tak terkejar-kejar dulu..

Belum setel pun exam aku dah menyibukkan diri dengan urusan luar. Cari part time job. Aku rasa perlu. Perlu supaya terkejar-kejar sekarang. Abes tu aku nak buat ape lagi cuti 2 bulan ni? Nak tanam anggur? Konfem tak hidup. Sejuk... Ok tak lawak. Aku start kelam-kelibut lepas member aku cakap, "baek ko cari sekarang dowh, nanti susah". Aku sekarang kat fasa 'nanti' tu, Ya, macam cilakak susah.

Macam biasa, aku selalu kena alasan tipikal seperti ini.

Kitorang tak terima warga asing.
Student susah sikit la..sebab kena kerja ikut jadual
Kerja ni banyak pakai communication skil. Kalau level awak ni...,
Ok fine. Dari 6 kali call, satu bagi respon positif. Tak cantik kan peratusan ni? Tu pun cakap, "nanti kitorang call KALAU ada kosong". Ok la. Atleast bagi harapan.

.....

Padan muka sape suh cuti tanak balik Malaysia. Hahaakk...ahak...hak. Hak tuihhh! -_-"

p/s: Exam2 pun bole update jugak kan. Biasala aku kan sayang korang sume ni. Mesra pembaca la katakan. Ahaks!

Selasa, 25 Januari 2011

Tetiba.

Tengah malam yang sunyi.

A: Weyh, Jepun menang dengan Korea dowh. Kawashima perform gile!
B: Eh, sejak bila kau layan bola ni?
A: Laa. Dah aku duduk kat Jepun, mesti la kena sokong Jepun.
B: 20 tahun kau duduk Malaysia, kau penah sokong team bola sepak Malaysia ke?
A: ...

*mungkin sebab Malaysia tiada penyokong sebegini

p/s: Tetiba aku emo. Entah. PMS kot.

Sabtu, 15 Januari 2011

Console game terbesar di dunia!

Ini kesinambungan daripada entri ni. Kisah future video games. Console game berskala besar ciptaan Eric Nakamura, meet Giant Robot Famicom Scion XB!


*feature yang buat aku terkejut beruk: Boleh dipandu!

Kalau mak bapak anak beranak suma kaki game, eloklah beli satu. Boleh bergembira melempiaskan nafsu sambil merapatkan silaturrahim antara keluarga mungkin.

Tapi kan, kalau keadaan statik@pegun saja baru bole maen game, baek beli PS3 dan sebijik Toyota Scion. Dengan grafik dan gameplay yang lebih gempak, dan juga pemanduan yang lebih bergaya, aku rasa lebih berbaloi.

Jumaat, 14 Januari 2011

Kisah dua sahabat

Seorang cuba menegur membernya,

A: Eh, asal ko bila cakap je suke buat orang sakit hati ke marah eh?
B: Aku saje je nak test orang tu bole sabar sampai mana..

Jawabnya selamba sambil tersenyum. Sinis.

A: Oh. Kalau camtu, aku rasa nak ketuk kepala ko dengan hammer bole?
B: Nape pulak?
A: Saje je nak test kepala ko bole tahan ke tak....
B: Erk..


Khamis, 13 Januari 2011

Masuk tak masuk

Kat Malaysia banyak variasi makanan. Aku pun agak cerewet sikit pasal makan. Member aku suma tau. Kena matching. Macam pakai baju. Makanan kalau tak masuk tak boleh. Contoh(bagi aku), roti canai dengan sos cili. Atau nasi lemak dengan siakap 3 rasa. Atau goreng pisang cicah teh o panas (aku cakap sebab aku penah tengok). Ini kes bila kita diberi peluang memilih.

Kat Jepun makanan halal ciput je. Nak cari yang halal susah macam shaitt. Dah tu mahal la pulak. Biasalah permintaan tinggi pengeluaran kurang, harga pun naik. Ilmu asas Kemahiran Hidup Tingkatan 1.

Aku selalu pegi convenience store (7Eleven etc) nak cari makanan. Atleast roti buat alas perut. Tapi banyak kali jugak aku ends up dengan kuar balik dengan muka sugul seribu bahasa. Tangan kosong. Takde yang boleh makan. Keciwa. Convinience lahh sangat. Lagi-lagi kalau aku pegi malam. Time tu stok banyak dah abes. Even onigiri (nasik kepal) pun tinggal perisa ayam golek dan babi babikiu sahaja. Hmmp.

Jadi, sekarang tak payah la pikir makanan tu masuk ke tak. Asal boleh masuk...perut. Sudahh. Lagi senang, belajar masak sendiri. Aku dengar pompuan cakap laki yang pandai masak ni sexy. Idaman. Ntahla.

*aku chef

Oh, resipi masakan ni nama dia Omelette with Red Topping. Ada kelas tak nama? Setengah jam jugak pikir nak letak nama ni. Kalau nak resepi bole la email aku.

Nak email? Carik sendiri. Har..har. Harr.

Selasa, 11 Januari 2011

Laughter the best medicine

Buat rakan seperjuangan (di Jepun) yang sedang exam, jangan tension2. Jom layan video ni.

Kalau belom exam, bookmark page ni. Nanti dah dekat exam, bukak. Kalau dah exam, bimbang result cemana, bole jugak buat penenang hati. Jangan lupa sebut "Aal iz well".



Tak exam pun boleh tengok sebenarnya.

Sabtu, 8 Januari 2011

Ini bukan pasir putih, ini hablur ais!

Lama dah aku tulis entri ni. Nak klik je publish post, rasa cam ada samting rong pulak. Cam tak cukup rock pulak gaya penulisan aku. Save as draft. Biasala lama tak menulis. Skil tu jatuh sikit. Huhu.

Ni lah outstation yang aku maksudkan dalam entri lepas. Maen snowboard dan salju di Hakuba Goryuu, Nagano, Japan.

Biasalah budak jakun tak penah tengok salji cam aku sampai je kat tempat cenggini terus buat dragonbreath. Berkepul kuar. Haa~

*dua lubang di atas perlu dibuka luas untuk memberi lebih effect

Ok lah aku share sikit gambar berkualiti tak seberapa aku ni haa.


Sori gambar ciput je. Sibuk maen snowboard seyes memang malas nak kuarkan kamera. Lagipun apalah sangat mutu imej kamera digital analog aku jika dibandingkan dslr-dslr besar hitam cam mat nigger tu. Segan. Tambah la pulak amek gambar pakai iphone. Takde keje aku nak bukak glove semata-mata nak snap gambar. Frostbite jari aku kang.

Lagi satu, time maen tu abang rental tu bagi aku baju besar macam santa claus. Sampai nak jalan pun kena pegang suar. Dah la tak matching suar ngan baju. Pastu dapat seluar koyak-rabak pulak tu. Demm. Jatuh 37% saham. Tu pasal takde gambar aku maen snowboard. Takde gambar sebab aku banyak jatuh pun ada jugak. Hehe.

Kat sini kitorang share chalet dengan Japanese. Hasilnya, 1st time aku nampak budaya jepun mandi bogel tu. Tanpa seurat benang, melainkan 'benang-benang hitam' yang berserabut dibawah pusat diorang. Trauma aku nak mandi pastu. Sanggup tak mandi 2 hari. Fakap betol.

Teori main snowboard dan teori untuk hidup. Hafal.
a. jangan takut untuk jatuh
b. belajar untuk jatuh dengan baik, iaitu kurang impaknya
c. fikir sebab jatuh tadi, dan berusaha tidak jatuh semula
d. dan kita sukar untuk jatuh lagi :)

Sebelum tu, aku kena bagi kredit kat lelaki ini.

*lelaki ini

Lelaki ini banyak ajar aku skil2 huruf tu sume. 'Z' 'O' 'S' tu sume. Campur sume ade 27 skil. Tabah betol lelaki ini ajar aku. Rasa terharu pun ada bila pikir2 balik. Oh lupa. Nama dia Fitri. Selamat berkenalan.

*Adios

Selasa, 4 Januari 2011

Dokumentari yang akan membuat anda merenung masa depan

Lama betol tak update. Korang mesti rindu aku kan? Haha. Aku outstation seminggu lepas. Rasanya tak terlambat lagi aku wish Happy New Year 2011. Ok. Sempena Tahun Baru, aku ada video baikk punyaa~

Apa yang akan berlaku pada 2011?


7 billion reasons to think about 7 billion. Renung-renungkan dan selamat beramal.