Isnin, 30 Mei 2011

Tembak gambar

Dari mana datang terma 'shoot the pictures' if we don't pull the trigger, rite?



Jangan tanya aku nak beli kat mana. Aku pun tak sure real ke tak benda alah ni.

Khamis, 26 Mei 2011

Masuk Youtube yo!

Ni sebenarnya 2 hari lepas punya cerita. Dah lemau. Dah kecoh kat fesbuk wall sain2 aku. Dan aku baru nak post hari ni. Suke hati aku la!

Ehem.

Hehe. Korang ingat lagi tak peristiwa kitorang diterjah paparazzi?

*aku dah kasik link. jangan cakap tak tahu

Okay, sekarang aku nak share gambar di atas dalam bentuk video. Nah!


Temuramah artis bermula pada minit ke 1:46.

Hek eleh Hana, orang tanya English, dia jawab Japanese pulakk. Spoil la.

Gurau je. Okbai.

Ahad, 22 Mei 2011

Mari buang masa!

Aku jenis kalau buat something, tak suka buat sorang2. Tak meriah. Yela, buat berjemaah boleh dapat 27 keseronokan, kan? Tak gitu?


Ahh, mana aci aku sorang je buang masa buat benda lagho ni. Nak jugak tarik korang sekali.

Tengok, busuk gile hati.

Eh, lupa nak mintak pinjam 2:33 minit korang. Pinjam2 pun, aku tak pulangkan balik bunn. HAHA.

Jumaat, 20 Mei 2011

365(++) hari berblog


Bulan Mei. Banyak hari istimewa dalam bulan Mei. Hari Buruh, Hari Mak, Hari Cekgu, Hari Wesak, hari-dimana-speaker-laptop-aku-dibaiki, hari-hari-aku-busy dan hari apa2 jua sekalipun, korang mesti tahu yang setiap hari adalah istimewa sebenarnya. Kenapa? Kalau tak ada hari ini, tak ada la esok. Kalau tak ada semalam, tak ada la hari ni. Bodoh kan teori? Haha. Yang paling spesel, bulan 5 ni ialah 1st anniversary blog Iqra itu Bacalah! Wee~

(apehal gedik sangat ni?) ...

Okay. Ya, hari ni dah setahun aku buat blog. Terjebak dalam dunia blog buat aku jadi tak malu cerita apa saja. Cerita pegi ke situ dan ke sini. Cukup tak ada privasi. Senang 'acid man' nak track pastu simbah aku camni. Dan berlagak kaunselor menasihat orang itu dan ini. Dan juga tanpa rasa segan silu, post entri sampah tahap "ape jadah kau mengarut nak share2 dengan orang ni?" kat Facebook. Dan sebagainya...

Actually 2 minggu aku perah otak apa aku nak tulis sempena hari grand 1st anniversary aku ni. Aku tak nak spoil entri penuh bermakna ni sebenarnya.

Hurm, Nuffnang. Randomly, aku nak bukak cerita pasal nuffnang. Bagi bloggers, sape cakap dia tak tahu nuffnang, aku sula karang. Pembongak. Bagi orang kebanyakan, yang tak tahu, nuffnang ni advertisement wajib (wajib??) ada dalam blog. Pendek kata, advertisement=income.

Tapi aku, dengan mengamalkan konsep berblog secara jujur, aku tak amek port sangat pasal ads dan income ni. Pejadah kan? Hehehe. #tahihipokrit

*Jom KFC!

Tapi aku ok. Walau income setahun lagi kurang dari gaji sejam part-time kat Jepun, aku teruskan jua atas sokongan dan dorongan kamu semua. Terima kasih kepada semua peminat2, pembaca senyap (baca: silent reader), pembaca dalam hati, pembaca secara lantang ke semua lah. Tanpa kamu semua siapalah saya. (tarik nafas. pandang depan)



*bunyi cengkerik*



Aku expect bunyi tepukan dan sorakan.

Rabu, 18 Mei 2011

Mind blowing.


*speechless*



Macam something kurang kat video ni.

Muzik.

Isnin, 16 Mei 2011

Bangun. "Assalamualaikum cikgu!"

Ya, hari ni Hari Guru.

Biasa hari spesel setahun sekali macam ni, kena buat entri spesel. Ikut trend.

Dulu ingat Hari Ibu pun macam nak buat entri jugak. Tapi pikir punya pikir, mak aku sorang je. Tak banyak cerita. Kalau cerita pun aku rasa korang baca tongkat dagu pakai tangan kiri. Lagipun, orang cakap Hari Ibu kan tiap2 hari, takkan aku nak buat entri tiap2 hari. Ye dak?

*gambar: ihsan Google

Kalau Hari Guru, (aku rasa) berpuluh-puluh cikgu punya cerita aku ada. Okay. tadi aku ada buat cabutan tak bertuah ringkas. Secara randomnya aku pilih 3 orang cikgu.

Cikgu Mat Lazim

Nama bapak cikgu ni Khamis. Unik kan? Tu je aku nak cerita. Hehe. Sebab utama aku tak boleh delete cikgu ni dari kepala otak aku ialah kerana bentuk punishment-nya. Pertama - jentik hidung pakai getah yang disimpul hujung. Right between your eyes. Perghh. Aku rasa ni antara bentuk torture yang paling epic penah aku dapat dalam hidup. Masa dia tarik getah tu, aku mula kira dalam hati. Time tu rasa macam masa bergerak lambat sangat. Kira sampai 4, "tasssss!". 'Kepala' getah hinggap di hidung. Mata terpejam. Bisa. Rasa macam nampak kaabah sekejap.

Kedua - jentik pipi pakai pembaris besi. Uhh, ini pun epic jugak. "Papp!" sekali atas pipi, aku nampak kaabah kali kedua. Memang lucky habes. Muda2 dah dapat tengok kaabah. Ohh, lupa nak cakap kenapa aku dapat 'habuan' tu. Simple. Tak buat kerja rumah.

Cikgu Yusry

Dengan ejaan nama yang berakhir dengan huruf 'y' dan juga mempunyai nickname 'Mat Jin', dia fikir dia lah cikgu yang paling cool dalam sekolah. Kenapa Cikgu Yusry? Ini. Dia penah kejut aku time prep malam dengan cara paling barbaric. Tarik telinga aku yang tengah sedap tido dalam kelas, sampai aku terberdiri. Cuba bayangkan. Aku dalam separuh sedar, kepala ligat bermonolog dalaman, "wat hepen? wat hepen?". Bila bukak mata separuh, aku nampak si jin itu menarik telinga aku sambil tersengih-sengih kerang. Satu kelas pandang. Sial sial sial sial sial sial sial. Aku mencarut panjang macam berzikir. Malam tu, aku dapat dua. Satu sakit satu lagi malu. Dia dapat satu je. Makian aku (ofkos la dalam hati).

Lagi satu, kenapa aku tak ingat, dia penah kepit hidung aku pakai 2 jari (jari telunjuk dan jari hantu) pastu sentap laju2. Masa sentap tu bunyi "fapppp!". Haa, lain macam kan bunyi. Haha. Hasilnya, hidung aku lekat cop merah yang kekal selama lebih 10jam. Sepanjang 10jam tu, aku cuba mengelakkan diri dari terserempak dengan cermin. Bukan apa, aku nak elak dapat dosa kering dengan menyumpah beliau apabila terpandang kecederaan separa kekal aku ni.

Cikgu Azam

Erm. Aku rasa entri ni macam panjang sangat je. Stop kat sini jela. Aku pun ada cerita panjang pasal dia ni. Ok, hutang dulu.

******

Kena hukum macam2, mesti korang ingat aku student paling nakal dalam sekolah kan. Mana ada. Aku inosen je. Low profile. Teruk macam mana pun, tak ada la aku kene hukum tiup lampu sampai padam. Tapi sebab 'ajaran2' sebegitu, I am what I am now. #cliche

Akhir kata pemanis bicara (cewahh), kepada guru2 SK Titi Gantong, SM Sains Sultan Muhamad Jiwa dan Unisel (JAD) dan juga cikgu2 secara tidak langsung, SAYA ucapkan,
"SELAMAT HARI GURU" (Hari Guru pun tiap2 hari sebenarnya)
Oh, tak lupa juga kepada cikgu, blogger dan kaunselor maya, Lord Zara. Lagi satu, ucapan personal kepada cikgu bahasa Jepun saya, Hasparina sensei.

2 cikgu ni saja yang aku tahu ada blog. Dan 2 cikgu ni je lah yang aku tahu baca blog ni. :D

Khamis, 12 Mei 2011

Selera.

Aku, bila pandang gadis melayu pakai short/skirt pendek ni aku rasa janggal. Contoh paling mudah aku bagi, Gula-gula. Artis korea yang cuba melebarkan sayap ke negara Malaysia. Haa, aku perli tu, jangan amek sirius. Bila tengok artis melayu Malaysia dengan legging konon tak sexy sangat terkinja-kinja macam tu, nampak macam...bitchy sangat. Sori, aku tak jumpa perkataan sesuai yang lain. Takut mesej tak sampai.

*manis

Tapi, bila aku pandang korean atau japanese pakai camtu, aku rasa aku suka. Aku rasa...eiii, comel sangat. Kiyut. Vouge. Anggun. Semua lah perkataan yang biasa lelaki metro lontarkan untuk mendefinasikan keindahan makhluk bernama WANITA. Comel sangat macam nak cubit pipi pastu tangkap letak dalam frame je.

Kenapa ya? Sebab kaki gadis melayu tak cukup panjang ke? Ke skirt tak cukup pendek?

Ke kesan Dasar Pandang ke Timur?

Hehehehe.

Selasa, 10 Mei 2011

Hobi.

Muzik ringan ditambah dengan sentuhan karya seni ringkas hasilnya memang enak.


Hobi. Tua2 tak boleh dengar lagu keras lagi dah. Pecah kepala. Pecah gegendang telinga. Heh.

Sabtu, 7 Mei 2011

Biar gambar ini bercerita

*mukaddimah

*hasil tangkapan


*ada saja paparazzi. susah jadi artis

*duta dan mesej keamanan

*bab makan kami mereka lah raja

*bergambar kasi makanan turun

*USJ bah!

*nak kata kembar pun bukan



*nabaw, mata mana, mata?


Hurm. Aku dah agak, gambar mana tahu bercerita. Kasi aku lah cerita.
Member2 dari Kanto (timur Jepun) datang melawat Osaka sepanjang cuti minggu emas (Golden Week) tempoh hari. Tiga belas orang. Tiga hari. Rumah sempit, hospitaliti pancit, maaf. Ada lapang datang lagi.
Itu saja. Ok bai. :D

notaringkas: Otak kaku bahana lama tak menulis.

Isnin, 2 Mei 2011

Tetiba. #3 - Senyum

Aku somehow nampak perempuan yang banyak ketawa (aku cakap ketawa, bukan mengilai) itu sexy. Tinggi sex appeal (aku letak link lagi sekali. takut orang salah paham). So, how they dress, not sexy? Itu, ofkos laa.

Siapa-siapa yang mahu nampak EXTRA sexy pada pandangan aku, boleh lah belajar ketawa bila aku buat jokes, even jokes yang lametard sekalipun.

Ok. Good luck.






Sape gelak tadi??