Jumaat, 1 Jun 2012

Pejam celik

Pejam celik dah 2 bulan lebih aku move on dari fasa 'ilmu dari papan'. Papan hitam dan papan putih.

Pejam celik dah sebulan lebih aku makan gaji.

Rutin harian yang merampas hampir setengah hari aku. Rutin harian yang memaksa waktu online bersama peminat dicatu. Wuwuwu. Penat punya pasal, belum pun pukul 11 dah lelap wa cakap lu.


Pejam celik pejam celik. Rasa masa cepat gila.

Lagi pejam celik sudah atas pelamin, berdua.

Lagi pejam celik sudah anak lima. (Woha!)




Lagi pejam... terus mata tak buka-buka.

(Bekal macam mana?)