Jumaat, 10 Mei 2013

Hari-hari Hari Ibu

Ya, hari-hari Hari Ibu.

Tapi kalau hari yang spesel dibuat setiap hari, habes hilang spesel dia tu. Aku mesti pilih satu hari.

Tapi kalau hari yang spesel dirai sorang2, nampak forever alone teruk sangat. Aku mesti pilih satu hari.

Kalau aku pilih hari Ahad minggu ke-2 bulan Mei okay? Sebab orang2 lain pun sambut time tu jugak. Sambut ramai2 baru mainstream, ye dak?

Tapi, kan Ustaz Azhar Idrus cakap,


Entah la, aku tak rasa pun orang sambut Hari Mother Church lebih dari dia meraikan mak dia sendiri pada Hari Ibu. Orang pun tak tau siapa Mother Church ni.

Aku ada terbaca, Hari Mother Church ni bukan sama macam tarikh Hari Ibu yang kita sambut selama ni. Diorang pun tak pakai kalendar Gregory untuk set tarikh hari Mother Church ni. Mungkin hari dia je sama. Hari Ahad. Setengah tempat, diorang mention 'modern' Mother's Day sebab nak bezakan dengan Hari Mother Church (Mothering Sunday) tu. Korang boleh google sendiri.

Masalah sekarang, di Malaysia terutamanya, orang kurang sebarkan berita2 gembira dan keindahan Islam. Itu pasal orang tak berapa tertarik dengan cara hidup Islam.

Jangan nanti orang kaitkan Hari Guru dengan ritual keagamaan lain pula.


Aku, sebenarnya tak banyak point nak counter statement ni, aku just tak berapa suka dengan statement macam gini.





Islam itu mudah. Jangan menyusahkan.

Selamat Hari Ibu.