Ahad, 10 Ogos 2014

Hanya 2 kupang dari saya

Aku perati dalam diam isu Gaza ni.

Ada yang tunjuk dia lah tahu segala. Tapi aku hormat juga niat depa ni yang nak kasi orang aware pasal isu ni. Untuk orang ramai yang blatant ignorant, macam aku ni :(

Di Malaysia, sekarang macam jadi trend pulak pakat ramai2 boikot depan McDonald.


Tapi, cuba renung dalam2 kita tanya diri kita, apa motif kita boikot depan McDonald, untuk desak McDonald stop salur fund ke Israel atau untuk desak Israel hentikan serangan ke atas Gaza?

Soalan ni kena paham betul2.

Kalau niat untuk desak McDonald stop salur fund ke Israel, hmm, aku rasa benda tu tak akan berlaku. Sebab depa aku terus fund walaupun sikit, sampai depa tak mampu.

Kalau niat untuk desak Israel hentikan serangan ke atas Gaza, boleh, tapi aku rasa tak perlu dispesifikkan tempat demo di depan McDonald. Cukup hanya dengan boikot. Kurang orang beli, kurang royalti amount (5% dari gross profit? Aku tak sure yang ni). Kurang income untuk McDonald maka kurang funding untuk Israel. Cukup dengan hanya boikot, tak beli.

Hebat bukan?

Kalau niat untuk beri kesedaran untuk orang ramai, seriously, tak ada langsung keperluan buat kat depan McDonald. Buat saja di mana2, tempat tumpuan awam. Biar orang nampak. Orang jadi cakna.

Sebab aku nampak banyak keburukan kalau buat depan Mcdonald ni. Manusia bila dah kalah dengan emosi, macam2 boleh jadi. Pekerja McDonald dimaki hamun, harga dan asset franchise McDonald dirosakkan, sure akan berlaku. Dan pihak yang akan bare cost ni tak lain tak bukan franchise owner tu sendiri. Walhal royalti ke Israel tetap 5% dari profit, langsung tak efek.

Nice article. Must read.

Nampak siapa yang rugi kat sini?

Point aku sini satu je. Aku tak larang demo. Aku cuma tak setuju tempat demo dispesifikkan di depan McDonald. Tu je.





Matlamat tak menghalalkan cara.

Aku selalu dapat ayat ni, dan aku setuju.