Ahad, 31 Oktober 2010

Iklan kreatif (kadang2 sampai tak paham)

Pereka iklan kreatif juga mahukan penggunanya berfikir. Mungkin iklan yang menarik akan membuat anda tertarik. Siapa tahu?

*Nikon (face detector)

*pengering rambut - powerful sampai bole jadi senjata

*pembasmi bau mulut

*Softlan - apabila diguna kat sut gusti

*Lazer (helmet basikal) - anggota laen sume rabak..kepala, tiada calar

*printer - colours that stay longer (walau kedai dah tutup)

*no comment

Tak perlu dialog panjang-panjang. Gambar sehelai, mesej tercapai.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Baju yang buat anda rasa anda HOT.


Satu hari aku ke Uniqlo, brand ala-kad yang tak asing lagi kat Jepun (baru buka branch baru kat KL. Harga, tak sure). Nak dijadikan cerita, aku nampak la satu produk baju yang bernama HeatTech. Aku sebagai lelaki kapitalis, tak bole tengok perkataan canggih ala-ala robot-robot gitu. Pantang. So, aku beli.

Tadi cerita sebulan lepas. Masa tu tak sejuk lagi.

Ok, sekarang dah sejuk. Aku buka plastik bungkusan. Dah sebulan aku peram. Hehe. Aku raba-raba fabrik dia.

"Ni ke fabrik HeatTech. Macam kain baju melayu je"

Jari-jemari aku memang gifted. Setiap lekuk-lekuk dan bonjol-bonjol kecik kat permukaan kain pun bole detect. Orang cakap jari nakal. Hehe. Berbalik, bezanya fabrik HeatTech ni agak elastik. Bole tarik-tarik. Kalau setakat fabrik ala-ala kain baju melayu ni, Malaysia dah lama ada. Kalau nak modify bagi elastik, aku yakin ramai je cendiakawan Malaysia yang boleh tachap. Kenapa tak modify? Jawapan: sebab tak perlu. (aku tanya, aku jawab -_-")

Mana ada orang pakai baju melayu fit-fit. Potongan badan lelaki melayu rata-rata tak lah seperti aktor-aktor Hollywood. Silap hari bulan, nanti orang tanya,

"dah berapa bulan ni bang?"
"eh, tu bontot ke perut? Bulat semacam je..,"

Dan soalan-soalan lain yang dirasakan logik.

*aku paling kiri....sebelah mamat baju merah tu. diorang tersilap crop..huhu

Pehal aku banyak bunyi ni?? Ke aku ni manusia yang tak menghargai teknologi?

Selasa, 26 Oktober 2010

Jom kira huruf!

*gambar rajah: kepala Siti Sifir

Masa aku sekolah rendah, aku penah gelakkan abang aku, sebab dia buat math, tapi mengira huruf. Sepanjang hidup aku (time tu la), aku nampak matematik tu hanyalah urusan nombor dengan 4 operasi tu je. Operasi +-x/ tu. Tu pun dah cukup buat kepala pusing. Apa kejadah kira huruf?? Tapi abang aku cool je kena kutuk.

Bila aku masuk sekolah menengah, baru aku tau tu ungkapan algebra.

Aku ada sejarah buruk dengan matematik. Aku penah dapat D time darjah 4. Bab pecahan. Menyampah aku pikir kejap nak bahagikan kek sama rata la, buah apple la. Tak bole ke tak sama rata? Bagi sorang satu, pastu gi beli laen ke? Jiwa tak matang budak darjah 4. Stat tu, aku dah benci gila dengan matematik.

Pastu, lagi lama aku aku belajar, baru aku tau matematik tu senang (pengecualian untuk add math). Ye la, kalau nak dibandingkan dengan subjek2 laen yang aku kurang pasti motifnya. Tambah-tambah kat universiti, banyak gila subjek mengarut. Maybe sebab aku malas belajar, tu pasal aku cakap camni. Mungkin.

p/s: kecik-kecik dulu aku selalu pikir, kalau pandai math, bole buat bisnes. Cepat kaya. *Satu lagi pemikiran mentah kanak-kanak setahun jagung.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Muhasabah diri. Sedikit.

Mari layan karikatur ringkas 1000 makna. Mula.


Grup manusia "some would write anything/express feelings in their blogs". Sila tambah sendiri ye. :D

Khamis, 21 Oktober 2010

Jangan bagi anak perempuan anda main dengan pisang

Ni la masalah bila anak terlalu didedahkan dengan hiburan di usia yang muda. Malas la nak hurai panjang-panjang. Tekan je la butang play tu.


Tak ke haru kalau jadi camni? Nak drive pun susah kan. :D

p/s maaf tajuk agak "biru".

Isnin, 18 Oktober 2010

Jika Facebook sebuah negara...,

Maaf. Sekali lagi entri tentang Facebook. Hehe. Bukan apa, aku jenis mudah memupuk perasaan ingin tahu tentang perkara rutin aku. Atau perkara yang banyak membuang masa aku. Dan FB salah satu cabang minat aku.

Ni la Facebook kalau ditafsirkan dalam bentuk gambar rajah. Tengok, Farmville pun lagi besar dari Youtube. Titik tolak kebangkitan industri pertanian tu.

*korang ada nampak Friendster?

Korang mesti penah dengar yang kalau FB adalah sebuah negara, ia akan menjadi negara ke-4 terbesar (penduduk teramai) di dunia! Adakah media sosial satu revolusi? Hayati video ni.



Banyak jugak web lain yang majoritinya aku tak penah dengar namanya. Korang google lah sendirik, daripada korang baca entri bodoh aku ni.....Ehe..ehehe~ -_-"

p/s: aku ada selitkan link tentang fakta pengguna Facebook ni. Baca la kalau rajin. Ya, iqra.., iqra. :D

Khamis, 14 Oktober 2010

Aku bukan Remy Ishak

Satu petang yang panas di bandaraya KL. Aku tak tahan panas. Walau kulit aku gelap. Bukan apa aku dah tanak terbakar lagi. Dah jemu dikutuk, walau aku sendiri sedar aku taklah segelap mana, masih di tahap hitam-hitam manis. Macam manggis gitu.

Ok, sambung cerita tadi.

Sedang aku leka menikmati keindahan bandaraya KL, tiba2 datang makcik 40-an mendekati aku, dengan muka yang excited. Aku mula resah. Bimbang diambil kesempatan. Yela, mereka berdua dan juga agak tough. Aku hanya sekeping plywood.

Mak Cik: Eh, kamu ni Remy Ishak kan?
Aku: Bukanla. Makcik salah orang ni.
Mak Cik: Kamu jangan tipu mak cik la. (gelak2)

Aku agak menggelabah bila mana tak semena-mena diterjah oleh "peminat-peminat" sebegini. Aku tak biasa.

Mak Cik: Mak Cik tanak autograph ke ape. Nak bergambar sikit je (smbil bwk kuar camera) boleh?
Aku: Errr..boleh2

Ah, layankan saje, aku pikir. Apalah salahnya aku gembirakan makcik2 ni. Biarla aku jadi “Remy Ishak” diorang sehari.

Aku rasa yakin Remy lebih jauh kacak dari aku, atau sebaliknya. Yang pastinya, aku tak berkongsi rupa paras dengan beliau. Oh, aku lupa. Warna kulit. Tu je. Atau makcik2 tu sendiri tak kenal siapa itu Remy Ishak. Yang mereka tahu hanyalah beliau seorang hero Melayu yang berkulit hitam manis. Ramailah orang berkulit hitam manis yang hensem (anda tahu siapa salah seorang daripadanya..hehe).

Setelah kejadian aneh tu, aku meneruskan perjalanan. Berlagak cool, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tiba2 bila aku lalu di sebuah lorong, aku terdengar satu bunyi. Agak familiar. Macam bunyi loceng. Aku pandang sekeliling. Tak ada sekolah ataupun pusat asuhan kanak2.

***

Aku rasa mata aku tertutup. Aku cuba buka. Aku nampak skrin putih. Syiling bilik aku.

“Oh, dah cerah rupanya”

Aku tutup jam loceng aku. Dan aku sambung tido balik. zZz~

p/s: Basuh kaki sebelum tidur. Jangan lupa baca doa. :D

*tak sama kan? Ntah makcik2 tu..

Selasa, 12 Oktober 2010

Buah yang enak di tempat yang enak

Pertama-tamanya aku nak pesan, korang bersihkan minda terlebih dulu. Sebab aku dapat rasakan aura-aura pikiran korang akan menjalar jauh bila tengok tajuk entri ni. Terutamanya kaum Adam. Selalu pikir out of the box.

Ok, terus kepada titik (straight to the point).

7 bulan aku kat Jepun, aku dapat buat konklusi yang orang Jepun ni kreatif. Tambah sikit, SANGAT kreatif. Tanpa had. Bagi mereka nilai erotis juga satu bentuk nilai estetika yang boleh dipapar umum. Tu pasal industri pornografi berkembang pesat di Jepun (tau je..hehe).

*segugus anggur disitu

*dua biji epal disitu

Kalau jumpa, jangan gatal tangan pi petik pulak buah ni. Malu kat orang. Hehe.

Lokasi : Kobe Harborland, Japan

Khamis, 7 Oktober 2010

Kau layak ke?

Aku serba salah nak post ke tak entri ni. Yela, takut disalah tafsir. Susah. Tapi ni kan blog aku, "ada aku kesah?" Haha. (Azwan Ali, pinjam ayat ok.)

Aku gelak kikiki dalam hati sambil senyum dajal bila dengar laki2 urban melontarkan kata-kata ini,


"Awek aku sekarang memang free-hair, nanti bini aku cari la yang bertudung"

atau,

"Nanti aku nak kawen dengan pompuan alim"

Rilek. Riak muka selamba. Serius dan yakin diri. Bukan aku nak memperlekehkan niat murni dia tu. Tu bukan masalahnya. Ni masalahnya. Pastu dia sambung "..sebab nanti aku nak suruh bini aku ajar bagi aku jadi soleh". Wah! Dia ingat nak didik orang jadi baek tu macam ajar maen2 masak-masak masa kecik dulu ke? Lagilah parah bila yang cakap tu jenis yang tak berapa nak buat benda yang agama suruh. Especially, solat.

Bukan aku nak cakap aku ni alim sangat. Tak pernah tinggal semayang. Adalah jugak terkucil sekali-dua.., eh, banyak kali dua jugak lah. Tapi aku sebagai produk SBP (sekolah berasrama penuh) biasa kena 'paksa' semayang tiap2 hari oleh senior. Wajib di surau. Wajib on time. Imam pertama. Kalau kantoi, prepare la kena latu beberapa malam yang akan datang (time ni, biro agama pun dah jadi cam tentera komando. Kasar). Dari form 1 dah kena camtu, lama-kelamaan dah jadi kebiasaan. Bagi aku mudah, semayang tu macam awek2/balak2 kita jugak lah. Dah lama-lama jaga, mesti susah kalau nak tinggal walaupun sekali. Kan?

Aku pernah dengar "ayat" (aku tanak cakap dalil ke hadis ke, sebab aku tak pandai ugama) "perempuan-perempuan baik hanyalah untuk lelaki-lelaki yang baik". Lebih kurang camtu la bunyik dia. Aku pon tak berapa sure. Moral: kalau nak berbini isteri solehah, didik diri tu dulu. Nak tukar perangai ni bukan macam tukar baju. Zass! Dah siap. Bukan camtu. Makan masa. Basuh hati biar lembut. Nanti mudah nak serap benda2 baek.

Dan lagi satu, kalau buat baik atau nak berenti daripada sesuatu yang buruk, tak payah lah gembar-gemburkan ke seluruh orang kampung. Kalau tak jadi, makan kutuk orang je. Baik buat sesuatu yang baik secara underground suda. Ikhlas. Tak perlu riak-riak. Mudah. :)

*gambar sekadar hiasan

p/s: nasihat juga untuk si penulis.