Khamis, 14 Oktober 2010

Aku bukan Remy Ishak

Satu petang yang panas di bandaraya KL. Aku tak tahan panas. Walau kulit aku gelap. Bukan apa aku dah tanak terbakar lagi. Dah jemu dikutuk, walau aku sendiri sedar aku taklah segelap mana, masih di tahap hitam-hitam manis. Macam manggis gitu.

Ok, sambung cerita tadi.

Sedang aku leka menikmati keindahan bandaraya KL, tiba2 datang makcik 40-an mendekati aku, dengan muka yang excited. Aku mula resah. Bimbang diambil kesempatan. Yela, mereka berdua dan juga agak tough. Aku hanya sekeping plywood.

Mak Cik: Eh, kamu ni Remy Ishak kan?
Aku: Bukanla. Makcik salah orang ni.
Mak Cik: Kamu jangan tipu mak cik la. (gelak2)

Aku agak menggelabah bila mana tak semena-mena diterjah oleh "peminat-peminat" sebegini. Aku tak biasa.

Mak Cik: Mak Cik tanak autograph ke ape. Nak bergambar sikit je (smbil bwk kuar camera) boleh?
Aku: Errr..boleh2

Ah, layankan saje, aku pikir. Apalah salahnya aku gembirakan makcik2 ni. Biarla aku jadi “Remy Ishak” diorang sehari.

Aku rasa yakin Remy lebih jauh kacak dari aku, atau sebaliknya. Yang pastinya, aku tak berkongsi rupa paras dengan beliau. Oh, aku lupa. Warna kulit. Tu je. Atau makcik2 tu sendiri tak kenal siapa itu Remy Ishak. Yang mereka tahu hanyalah beliau seorang hero Melayu yang berkulit hitam manis. Ramailah orang berkulit hitam manis yang hensem (anda tahu siapa salah seorang daripadanya..hehe).

Setelah kejadian aneh tu, aku meneruskan perjalanan. Berlagak cool, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tiba2 bila aku lalu di sebuah lorong, aku terdengar satu bunyi. Agak familiar. Macam bunyi loceng. Aku pandang sekeliling. Tak ada sekolah ataupun pusat asuhan kanak2.

***

Aku rasa mata aku tertutup. Aku cuba buka. Aku nampak skrin putih. Syiling bilik aku.

“Oh, dah cerah rupanya”

Aku tutup jam loceng aku. Dan aku sambung tido balik. zZz~

p/s: Basuh kaki sebelum tidur. Jangan lupa baca doa. :D

*tak sama kan? Ntah makcik2 tu..

9 ulasan:

PIDUT ASiS berkata...

pergh...red bean adalah remy ishak...shiottt ar..aku dulu sebilik dengan remy ishak dowh...hahahah

redbean berkata...

woi..bca tjk entri btoi2..hahaah

Cerah Jeff berkata...

auw2,abang remy kite..aw2

redbean berkata...

dlm mimpi pn jd la,,haaha

Fan Abe Gemi berkata...

Abe Gemi,kocak bergayo la abe gemi nih..nok sain atah dado buleh dok?hahaha..

Has berkata...

cerita betul ke mimpi? confuse sikit :) anyway, saya tak pernah tau pun orang nama remy ishak sebelum ni.. :D

redbean berkata...

eheh..sensei x ikut perkembangan dunia artis ni..hehe

EYQA ♥ berkata...

ahaha, i love remy ishakkkkkkkkk ;p

redbean berkata...

untungnye jd remy ishak...,