Khamis, 7 Oktober 2010

Kau layak ke?

Aku serba salah nak post ke tak entri ni. Yela, takut disalah tafsir. Susah. Tapi ni kan blog aku, "ada aku kesah?" Haha. (Azwan Ali, pinjam ayat ok.)

Aku gelak kikiki dalam hati sambil senyum dajal bila dengar laki2 urban melontarkan kata-kata ini,


"Awek aku sekarang memang free-hair, nanti bini aku cari la yang bertudung"

atau,

"Nanti aku nak kawen dengan pompuan alim"

Rilek. Riak muka selamba. Serius dan yakin diri. Bukan aku nak memperlekehkan niat murni dia tu. Tu bukan masalahnya. Ni masalahnya. Pastu dia sambung "..sebab nanti aku nak suruh bini aku ajar bagi aku jadi soleh". Wah! Dia ingat nak didik orang jadi baek tu macam ajar maen2 masak-masak masa kecik dulu ke? Lagilah parah bila yang cakap tu jenis yang tak berapa nak buat benda yang agama suruh. Especially, solat.

Bukan aku nak cakap aku ni alim sangat. Tak pernah tinggal semayang. Adalah jugak terkucil sekali-dua.., eh, banyak kali dua jugak lah. Tapi aku sebagai produk SBP (sekolah berasrama penuh) biasa kena 'paksa' semayang tiap2 hari oleh senior. Wajib di surau. Wajib on time. Imam pertama. Kalau kantoi, prepare la kena latu beberapa malam yang akan datang (time ni, biro agama pun dah jadi cam tentera komando. Kasar). Dari form 1 dah kena camtu, lama-kelamaan dah jadi kebiasaan. Bagi aku mudah, semayang tu macam awek2/balak2 kita jugak lah. Dah lama-lama jaga, mesti susah kalau nak tinggal walaupun sekali. Kan?

Aku pernah dengar "ayat" (aku tanak cakap dalil ke hadis ke, sebab aku tak pandai ugama) "perempuan-perempuan baik hanyalah untuk lelaki-lelaki yang baik". Lebih kurang camtu la bunyik dia. Aku pon tak berapa sure. Moral: kalau nak berbini isteri solehah, didik diri tu dulu. Nak tukar perangai ni bukan macam tukar baju. Zass! Dah siap. Bukan camtu. Makan masa. Basuh hati biar lembut. Nanti mudah nak serap benda2 baek.

Dan lagi satu, kalau buat baik atau nak berenti daripada sesuatu yang buruk, tak payah lah gembar-gemburkan ke seluruh orang kampung. Kalau tak jadi, makan kutuk orang je. Baik buat sesuatu yang baik secara underground suda. Ikhlas. Tak perlu riak-riak. Mudah. :)

*gambar sekadar hiasan

p/s: nasihat juga untuk si penulis.

5 ulasan:

PIDUT ASiS berkata...

boss...promote sabah ke??hahahaha..
tiba-tiba berbicara pasal perempuan dan wanita dan kehidupan,ada benda baru ke??share ar sket dgn geng2 blogger..hahahha

redbean berkata...

tang mana pomot sabahnya bro? ni cerita pngalaman hidup..hehe

Cerah Jeff berkata...

aq bile blogwalking aq skimming je,tp lepas bace komen pidut promot sabah,aq skimming scare detail perkataan sabah..tp xjumpe,bley tolong ?
hahaha

PIDUT ASiS berkata...

mrs. beauty sabah tu....

redbean berkata...

owh,,2 bkn bkas bini akil hay ke?
dia org sabah?