Khamis, 29 Julai 2010

Jangan buat hal dengan Mr Kambing

Penah tengok filem You don't mess with the Zohan?

Ni ada clip video yang ala-ala filem tu. Aku bagi nama "Don't mess with Abang Janggut"

Layan.



Aku pun kurang pasti apsal kambing tu emo semacam. Aku juga tak paham bahasa Sepanyol. Setakat "Bueno" aku tau la.

Aku hanya pasti dari bunyi "Huan! Huan!" kambing tu, dia memang tengah "meletup" pum-pam! pum-pam!

Mana tau, mungkin si wartawan terlepas cakap menyentuh isu sensitif bagi seekor kambing iaitu bau badannya. Tak pun dia cakap rambut belah tengah dia macam Tomok (masa muda2 dulu). Sedangkan dia tak tahu yang si kambing tu die-hard fan Tomok. Hurm..


Dengan wujudnya video ini, maka terbuktilah haiwan juga mempunyai perasaan. Dan salah satu daripadanya ialah perasaan MARAH.

Selasa, 27 Julai 2010

Ini NAIK tak baik punye~

Seperti yang kita sedia maklum, bila sesuatu frasa melibatkan perkataan "naik", ia akan membawa maksud positif. Sebagai contoh,

naik pangkat, naik semangat, naik pelamin (hehe)

Tapi, kadang2 "naik" juga membawa maksud negatif dan membuat kita berasa kurang senang. For ekzampel,


naik angin, naik harga, naik minyak, minyak naik!

Dalam banyak2 yang negatif, yang ni paling tak boleh blah. Memang tak baek punye~ (sebut dengan gaya ziffi)



Maybe sebab ramai orang Malaysia pronounce Nike itu sebagai "naik", walhal yang sebenarnya "nye-kee" yang bermaksud Dewi Kemenangan dalam tamadun Greek. Typing error agaknya.

Aku cadangkan tulisan kat plastik tu menjadi Minyak NAIK - Just Du-it. Baru ada kelas kan.

Sumber We love Colours

Ahad, 25 Julai 2010

Bila Darth Vader kenal apa itu pistol…,

Setelah menyedari light saber hanya seswai untuk pertempuran jarak dekat, Darth Vader mencari inisiatif baru. Beliau terjumpa satu jenis senjata di Bumi bernama “pistol’. Dah dari asal-usulnya villain, takkan beliau nak buat amal kebajikan seperti menjadi security guard kot. Mesti la buat huru-hara.

Iya. Rompak bank.


Dengan full-set costume Darth Vader, beliau menerjah masuk ke Chase Bank kat East Setauket dalam pukul 11.30am. Orang ingat beliau bergurau ataupun tersalah hari menyambut Halloween. Yang salah pengguna2 bank itu sebenarnya.


Darth Vader tersebut mendekati cashier, lalu berkata “ini bukan main-main, ini serius” dengan suara macho meniru suara Hayden Christensen (pelakon Darth Vader) dan mengeluarkan pistol, baru semua tersedar sambil berkata di dalam hati “Oh, ni satu rompakan rupanya”.

Beliau keluar bersama “hasil tuaiannya” dan CCTV pun tak dapat nak nolong. Mission accomplished.

p/s: Kalau korang nampak ada orang pakai helmet Optimus Prime kat tepi2 jalan, jangan pulak terus jerit “Pencuri! Pencuri!” ataupun tepon polis datang cekup. Anak2 muda sekarang berfesyen memang pelik.

Sumber DailyMail

Sabtu, 24 Julai 2010

Keyakinan diri tanpa batas

Tidak dinafikan keyakinan diri itu perlu, tapi buruk padahnya jika disalahguna. Nak tahu kenapa?

Contoh penggunaan bijak. Membuat sesuatu yang dirasakan mustahil. Tapi dilakukan jugak kerana yakin dia boleh dan mampu. Macam moto Adidas, “Nothing’s Impossible”.


Itu baru intro. Ini cerita sebenar.

Cuba mainkan video di bawah. Contoh aplikasi self esteem yang tidak kena pada tempat. Record nyanyi dalam YouTube pastu canang seluruh dunia. Mahu glam ya~

Boom boom pow (Black Eyes Peas)

Lelaki 5 suara. Suara Fergie, JLo, Mariah Carey, Kelly Clarkson dan suara beliau sendiri. Hebat kan. Aku nampak dedikasi dan kesungguhan yang beliau cuba tonjolkan dalam video ni. Aku beri 5 bintang untuk itu.



Cover I got a feeling beliau juga available. Plus, koreografi dinaiktaraf.

Baby (Justin Bieber)

Lagu Baby oleh abang kumis nipis. Pastu mengaku “my version” pulak. Suka hati kau la. Pitching pun not bad. Tak lari jauh-jauh sangat. Hati jujur aku cakap camtu. Ntahla. Better dari yang atas tu kot. Boleh asah lagi ni. Hehe.


Tak selesa, panas tengok video tadi? Sejukkan balik dengan video ni.

Aku rasa kalau yakin macam mana pun, kalau tak ada orang yang “up”kan bakat diorang ni, tak kan jadi kes mengupload dalam YouTube ni. Mamat dua orang ni pulak maybe jenis yang tak reti beza antara pujian atau “anjing”an. Tambah pulak, time tu si “pemuji” tu pakai topeng muka innocent yang dicipta khas, lagi la kembang punggung. Untuk sesiapa yang bertanggungjawab memberi sokongan kepada kedua2 insan “berbakat” ni, korang kejam…

Ada lagi satu sebenarnya. Korang kelik la sini. Tapi aku bagi amaran keras, JANGAN tengok video ni sambil makan nasi.

Korang akan faham kenapa.

Khamis, 22 Julai 2010

Jom tengok bayi tembikai

Aku fikir cerita bayi /manusia keluar dari tumbuhan seperti cerita Puteri Buluh Betong adalah dongeng semata-mata, Sekadar penglipur lara dikala duka. Tapi, persepsi aku berubah bila aku melihat “ini”.

Cerita baby kuar dari buah tembikai. Bukan baby Justin Bebal Bieber tu. Korang jangan salah paham. Betol2 baby la. Beli tembikai kat pasar borong Pak Man, bawak balik rumah, tup, tup, kuar baby. Tak ke terkezut?

Kuar je kepala dari tembikai tu, terus dia melahap buah tembikai tu dengan gaya paling kiuk.


Tembikai yang besar atau baby yang kecik2-halus?

Aku penah jumpe buluh bunting time aku kecik2 dulu. Member aku cakap kalau nak jumpa Puteri Buluh Betong, pergi la takik la buluh tu. Aku betul bendul. Aku takik, kuar air membuak-buak. Member aku jerit “air ketuban buluh pecah, air ketuban pecah”. Aku tercengang.

Masa tu aku tak tau apa tu “air ketuban”.

Sumber DailyMail

Rabu, 21 Julai 2010

Mari belajar tentang serangga

Ini lagu untuk yang masih belum mengenal dunia.

Bagi yang mengetahui fakta sebenar, jangan konfius. Jangan konfius mana satu serangga, mana satu haiwan berkaki empat.

Lagu ini hanya untuk suka-suka.

Hayati seni agung ni.



Anda diberi masa 2 minit untuk memilih serangga2 pilihan masing-masing.

p/s: aku yakin dan pasti lagu ni ada maksud tersiratnya. Mari kita sama2 renungkannya.

Selasa, 20 Julai 2010

Safety pin yang tak "safe"

*pin "itu"

Mungkin peralatan di atas perlu diberi nama lain. Nama yang digunapakai sekarang nampak tidak praktikal lagi dengannya. Kenapa? Buat masa ni kita panggil pin "itu" dulu.

Ni imej X-ray seorang wanita yang telah menelan safety pin pin "itu", lalu tersangkut di kerongkongnya. Ngilu siot~

*Kebenaran yang sukar ditelan

Aku tak pasti sama ada beliau sengaja ataupun tidak.

Hipotesis aku, mungkin dia sedang melakukan aksi lagak ngeri dengan memegang pin "itu" menggunakan mulut semasa menjahit (mungkin), tiba2 datang membernya entah dari mana, menepuk belakangnya, lalu beliau tersedak.

Aku berfikiran positif.

Ni contoh lain tragedi memakan "makanan" yang tak boleh dimakan. Faktor ingin membuat record mungkin, lelaki ini menelan garfu, pen dan berus gigi. Nyummy.


Anda boleh garu kepala, tapi aku tak terima soalan "kenapa...?,"

p/s: Telan objek yang boleh dihadam sahaja. Ingat pesan ni.


Sabtu, 17 Julai 2010

9 Gol Kontroversi Terhangat!

Asyik-asyik artis yang bikin panas, bola sepak juga mahu bikin panas. Mari scroll ke bawah sambil membaca entri yang panjang 3 kilometer ni.

1. Geoff Hurst (England vs West Germany, World Cup 1966 –Final)
No comment. Macam biasa, masalah bola lepas takak (line) ke tak. Segalanya di tangan linesman. What goes around come around (tak paham? Rujuk gol kontroversi no 9). *Hensem gila goalkeeper Germany pakai cap main bola. Haha.

2. Maradona (Argentina vs England, World Cup 1986 – Quarter final)
Ni gol paling kontroversi dalam sejarah World Cup. Jaringan gol pakai tangan. Tahun ni jugak Argentina menjulang Piala Dunia. Orang cakap tuah ayam nampak di taji, tuah Maradona di tangan, kot. Permainan berkesudahan Argentina menang 2-1. Tangan kiri ‘keramat’ Maradona juga digelar hand of god. Dah jadi kepercayaan (agama) dah pun. Dah ada pengikut jugak (sama la dengan jenis Ayah Pin ni).

3. Luis Garcia,Liverpool (Liverpool vs Chelsea, Champions league 04/05 – Semi Final)
Gol yang tinggi nilainya. Digelar “gol hantu” oleh Jose Mourinho. Sepakan Luis Garcia dihalang oleh William Gallas di atas garisan gol. Dengan tuah gol ni, Liverpool mara ke final seterusnya menjuarai Champion League ke atas AC Milan dalam match yang penuh drama. Kredit untuk Jerzy Dudek.

4. John Eustace, Watford (Watford vs Reading, 2008)
Linesman cuba menjadi hero dengan membuat keputusan yang dirasakan telus. Linesman berkenaan, Nigel Bannister (antara ref termuda – 25 tahun) menghadiahkan gol ketika keadan kacau-bilau di depan gawang, walaupun bola kelihatan 2 meter dari luar garisan gol.

5. Freddie Sears, Crystal palace (Bristol City vs Crystal Palace, 2009)
Bola yang wajib gol sepakan Sears itu melantun keluar kembali setelah hit stanchion. Gol dibatalkan. Malang sekali. Kata Neil Warnock, Crystal Palace boss, “teknologi boleh menghantar manusia ke bulan, tapi manusia masih belum mampu memasang beberapa sensor untuk memastikan bola itu gol ataupun tidak.”

6. Darrren Bent, Sunderland (Sunderland vs Liverpool, EPL - 17 October 2009)
Bola yang dirembat Bent terbias apabila berlanggar (berlanggar?) dengan beach ball. Gol akibat bola pantai milik penyokong Liverpool sendiri, seorang kanak2 innocent. Kelakar tengok reaksi Reina seakan-akan “eh, yang mana satu ni, mana satu ni?” Panik bila tengok bola sepak juga boleh melakukan belahan dedua. LOL

7. Dirk Kuyt, Liverpool (Liverpool vs Benfica, UEFA League 2010)
Walaupun gol dibatalkan kerana offside oleh linesman, Dirk Kuyt mengambil kesempatan menggunakan aset rambut sexynya untuk mempengaruhi ref supaya golnya dibenarkan. Dia berjaya. Ya, manusia boleh berubah fikiran.

8. Theirry Henry (France vs Ireland, World Cup Qualifier 2010)
Bola ditahan oleh tangan Henry sebelum menghantarnya ke Gallas. Sebab gol ni, France masuk World Cup 2010. Kalau tak, Henry tengok WC live dalam tv je la, sambil makan popcorn. Hehe. Malangnya, di WC, France bukan saja tak boleh ke pusingan kalah mati, malah berada di tempat tercorot dalam group. Amek kau. Karma.

9. Frank Lampard (England vs Germany, WCup 2010 2nd round) *Geoff Hurst’s karma
Memang terang2 nampak bola lepas line, tapi nok wak guano, ref oyak gituh (tudia ambo dah kecek klate doh!). Pembatalan gol ni telah memadamkan terus semangat England yang tiba2 mencanak setelah baru saja menyamakan kedudukan hasil tandukan Matthew Upson. Keputusan kalah 1-4. Aku rasa tak gol. Kenapa?

Gol ke tak, jangan salahkan ref. Biasalah manusia, buat silap. Mana tahu masa tu mata diorang masuk habuk ke. Kan. Tapi, kalau gol maka gol la. Terlajak perahu tak boleh diundur (sebab perahu tak ada gear reverse)

p/s: Ni sume dunia je. Jangan marah2 sampai bakar kerusi tau!

Sumber MirrorFootball

Jumaat, 16 Julai 2010

Jangan bagitau orang tau.

Your secret. Not mine.




Tak ada orang dengar kan? Kan?

note sebuah artwork yang indah oleh Jean-Sébastien Monzani

Khamis, 15 Julai 2010

Kereta Api masa Depan

Bosan dengan masalah kereta api yang panas dan padat? Kalau korang rasa kat Malaysia tu da cukup neraka, kat Jepun lagi hell yeah! Video

Kini, di Britain, sebuah keretapi masa depan sedang giat dibangunkan. Train yang diberi nama Mercury dilengkapi interior bak penthouse mewah, sofa2 empuk, rak-sentiasa-penuh bar, berkeping-keping komputer skrin dan lain-lain lagi. Ada yang aku terlepas pandang?



Dengan rekabentuk aerodynamicsnya, Mercury dikatakan mampu mencecah halaju 225 mph. Pergh, macam pelesit dah.

Pereka yang kreatif tak hengat, Paul Priestman, menyifatkan Mercury juga akan menjadi design icon Britain di samping Concorde, Spitfire dan Routemaster bas.

Memetik kata2 keramatnya,

“Train travel needs to be as exciting as flying and as sexy as the latest car”

Kepada yang berada di area2 Britain, jangan buang tenaga anda mencari tren ni, kerana ia masih dalam peringkat designing. Projek sebenar dirancang bermula pada 2017 dan mula beroperasi pada 2025 dengan 14 buah 1100-seater train.

Dengan kos plan mencecah £30 billion, aku rasa tiketnya juga bukanlah sekupang dua. Poket harus tebal. Itu semestinya.


p/s: Kacak sungguh Mercury Train ni, hidung mancung macam Shah Rukh Khan :D

Selasa, 13 Julai 2010

Hadiah World Cup Paling Manis

What more can you expect?

Menang Piala Dunia sebagai captain + diinterview oleh awek sendiri + live on air kiss. Ouch!



Cukup gula? Cukup rasa?

Yang aku pasti confemla lagi manis dari krimer coffee-mate tu.

...

Ya, aku jeles. Aku ngaku.

*sorakan kemenangan

Note: Perempuan di atas ialah Sara Carbonero (jangan salah sebut Carbonara, tu perisa spageti) gf Iker Casillas, seorang wartawan dari Sepanyol. Beliau dikatakan menjadi punca kekalahan Spain kepada Switzerland (first game) kerana berada berdekatan dengan padang seterusya membuatkan Iker hilang tumpuan dalam permainan. Pewwiittt~

Isnin, 12 Julai 2010

Entri Penutup World Cup 2010

Setelah sepurnama aku menunggu, tamat sudah World Cup 2010. Walaubagaimanapun, kehangatannya masih belum reda. Masih suam-suam ketiak kuku.

Sebulan berlalu, mestila banyak warna-warninya. Lihat contoh di bawah.

Orang nak femes, dia pun nak femes jugak.

Sebelum final match dimulakan, Jaume Marquet Cot atau orang kampung panggil "Jimmy Jump", memakai T-shirt hitam bertulis "Jimmy Jump against racism" (baju sponsor kah?) tiba-tiba masuk ke dalam padang, berlari ke arah grand stand dan dengan penuh bergayanya melemparkan hat merahnya ke atas trofi emas solid Piala Dunia. Sungguh kontroversi.

Belum sempat bermain polis tantri bersama security guards, beliau terlebih dahulu dijamu dengan sucker punch lalu tersungkur menyembah bumi. Loser!

Beliau kemudiannya diusung keluar dari padang melalui lorong player sambil diperhatikan oleh pemain2 Spain dan Netherlands. Tahniah, anda sudah femes!

The attempt

The savior

The punch

The fall

The inescapable mission :D

Marquet juga dilaporkan telah melakukan huru-hara di event2 besar seperti Spanish Grand Prix dan Eurovision Song Contest. Kurang kasih sayang agaknya. Nak perhatian lebih.

p/s: biasalah budak nak masuk tibi.

Sumber DailyMail