Selasa, 6 Julai 2010

Saudara Seislam dalam World Cup 2010

Pejam celik World Cup dah sampai semi dah. Orang tertanya-tanya si fulan ni Islam ke tak, si fulan tu Islam ke tak. Nak google sendiri malas. Meh aku tolong googlekan. Ni aku ada listkan beberapa player Muslim dalam World Cup 2010.

Netherlands

Khalid Boulahrouz berketurunan Morocco. Digelar “Khalid the Cannibal" – kerana kekentalan skil defensivenya akan “memakan” segala bentuk serangan pihak lawan termasuk dari aspek zahir dan batin (aku dah mengarut)

Robin Van Persie berkahwin dengan Bouhcra, wanita Morocco (Muslim) dan dah ada 2 anak (laju!). Tapi tak penah cakap pasal keislamannya. Agak kurang jelas statusnya

Ibrahim Affelay tengok nama depan pun macam nama jiran kita kan. Attacking midfielder PSV Eindhoven yang berdarah Morocco (Maghribi)

(dari kiri) Khalid Boularouz, Robin van Persie, Ibrahim Affelay

France

Nicolas Anelka striker Chelsea convert pada 2004 kat UAE. Menggunakan nama Islam Abdul Salam Bilal. Penah menyatakan minat untuk acting lepas pencen bola. Boleh pegi jauh ke bang?

Franck Ribery player Bayern Munich yang menggunakan nama Bilal Yusuf Mohammed setelah convert pada 2002. Isteri Wahiba, berbangsa Algeria dan dikurniakan 2 anak pompuan

Eric Abidal left-back Barcelona. Convert setelah kawen dengan Hayet Kebir

Abou Diaby player Arsenal berketurunan Ivory Coast

Bacary Sagna defender berbangsa Senegal. Digelar “Bac” oleh teammates (cool!)

Lassana Diarra Real Madrid (right-back)

(atas: dari kiri) Nicolas Anelka, Franck Ribery, Eric Abidal
(bawah: dari kiri) Abou Diaby, Bacary Sagna, Lassana Diarra

Ivory Coast

Kolo Toure player Manchester City yang dilahirkan dalam Islam. Nama sebenar beliau ialah Kolo Habib Toure. Abang kepada Ibrahim dan Yaya Toure

Salomon Kalou winger Chelsea. Pernah mohon untuk dapatkan kewarganegaraan Netherlands, tapi failed

Kolo Toure (kiri) Salomon Kalou (kanan)

Germany

Mesut Ozil midfielder muda berasal dari Turkey. Ozil bertunang dengan Anna-Maria Lagerblom yang telah convert pada 2010. Anna-Maria ialah adik kepada Sarah Connor, penyanyi kat Germany.

Samir Khedira mix Tunisia-Germany (ayah-Tunisia, mak-Germany)

Mesut Ozil (kiri) Samir Khedira (kanan)

Yang aku state kat sini ni yang aku rasa femes je la. Yang kalau sebut nama boleh jugak bayang muka macam mana. Sebenarnya ramai lagi player2 Afrika tu Islam. Tapi kalau aku sebut pun, korang setakat ingat warna kulit je baik tak payah. Sia-sia research aku. Hehe.

Tapi majority daripada mereka kurang mempraktikkan ajaran Islam. Mungkin sebab kurang didikan atau kekangan undang2 negara. Untung kan hidup kat Malaysia?

Sumber Wikipedia

11 ulasan:

Miro Armyrule berkata...

tambahan..Sulley Muntari (Ghana and Inter)

Tanpa Nama berkata...

sangat menarik per"reveal"lan ini...tahniah....banyak org x th sangat pasal benda nih.....Tp..kalau kita tahu mereka islam...ap yg Islam akn dpat...

tintabiru berkata...

yep..sgt untung..tapi ade je manusia yg tatau dek untung..jadi la tuntung..eheh..sbb tak sedar diri..nak jugak jadi org barat..heh

redbean berkata...

xmampu jawab "apa y Islam akan dapat?", just mmberi info... =)

redbean berkata...

xmampu jawab "apa y Islam dpt?"..just bg info je =)

sirNyokism berkata...

two thumbs up dude!
well done.. =DD

redbean berkata...

suma ni tunjuk ajar dr ang jugak..

ayesyaazreena berkata...

menarik! :))

kyo_9 berkata...

bro.. malang nyer RVP bukan Islam..
dia isytiharkan diri dia atheist.. ;)

redbean berkata...

yeke,,tp bini die islam kan..?

farisazmi berkata...

hebatkan pemain Islam