Anda rasa anda true gamer? Anda akan berfikir panjang untuk menjawab “ya” setelah melihat video ini.
Ni la yang dikatakan sayang bini tangan-tangankan, sayang desktop tomoi-tomoikan.
Tragedi ini berlaku apabila account World of Warcraft (WoW) yang telah dididik dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh oleh lelaki berkenaan telah didelete oleh teman wanitanya. Tragis bukan.
Hasilnya: monitor, speaker, keyboard serta accessories pc lain berterbangan bebas di udara~
Ni la bahana jika semangat berjuang character WoW berkenaan diasimilasi di dalam dunia realiti. Agi idup agi ngelaban!
Konklusinya, bermain Wow dan mempunyai teman wanita adalah perkara yang tidak boleh sukar berlaku serentak bagi (sesetengah) true gamers. Mungkin. Jika anda mampu, maka anda adalah Remy Ishak a.k.a Hero Melayu Terhebat. Yeah!
p/s: character WoW tersebut harus bangga dengan tuannya yang lebih sayangkan beliau berbanding desktopnya. Tapi kalau tak ada desktop tu, tak ada la dia. Bukan?
3 ulasan:
hahahahah...gilalah lelaki tue..kalau aku..tak sanggup beb..nie mesti orang kaya...haha..frust wow kena delete..haah
da kne rasuk tu..hahaha
hahaaaha..hantu apa agaknya yg masuk dalam tubuh dia? aku rasa hantu raya tak macam nie..kah3..
kesian2..
Catat Ulasan