Isnin, 29 Ogos 2011

Mencari timing sempurna

Dua sahabat bertemu. Seperti di-plan.
"Eh, demam World Cup tak habes lagi ke?"
"Apesal?"
"Tu, semangat kau pakai baju Spain tu."
"Bukan musim World Cup tak boleh pakai ya baju ni?"
Tanyanya sinis. Menyirap sikit darah Abu. Saitan dah mula datang cucuh api. Diam. Makan dalam.
*****

Mereka jumpa lagi. Kali ni tak plan sangat pun sebenarnya.
"Eh, aku mintak maaf la kalau ada buat salah dengan kau"
"Kenapa ni? Tetiba je. Dah kene panggil dengan malaikat ke?"
"Amboi kasar kau. Ye la. Esok dan dah raya. Kena la mintak maaf"
"Oh lupa pulak. Time dekat2 raya ni la kena mintak maaf. Tak gitu?"
Balasnya. Dianjingnya sedikit. Senyum puas. Lama Abu pendam.

*****

Ehem. Oh esok raya kan? Okay. SELAMAT HARI RAYA.



 Err... err.. MAAF ZAHIR BATIN YA SEMUA!! 



Rabu, 24 Ogos 2011

Maaf zahir saja, batin lain cerita

Lower your ego. Do apologize. 


And don't forget, give forgiveness.

Jangan kerek sangat. Mari jadikan dunia tempat lebih baik untuk didiami. :)

Nak2 pulak dalam bulan Ramadan penuh berkat ni.

p/s: iklan digi

Rabu, 17 Ogos 2011

Aku dan internet

Baru tahu macam mana hidup aku tanpa internet.


Rasa kosong gila.

Rasa macam terdampar kat pulau kat tengah2 laut. Pulau kecik yang ada satu je pokok nyok. Klise habes. Duduk sorang2. Lagi teruk dari cerita LOST.

Kurang pengisian rupanya jiwa aku ni.

p/s: update dari perpustakaan awam. Desperate. -_-"

Selasa, 9 Ogos 2011

Wordless Wednesday #1 : Jangan klik

Tunggu sampai penuh.

Photobucket

Aku dah agak teknik reverse psychology ni mesti berkesan punya. Heh!


Awkward

Tiap2 hari aku bukak blog, aku perasan something. Rasa macam tak kena. 

Tajuk blog aku.


Ptuii! Lame gila. Tajuk langsung tak melambangkan ciri2 idea entri aku yang urban lagi fresh. Fresh macam baru keluar dari dalam peti ais.   #sarkastik

Damn, sebut "fresh" dengan "peti ais" ni rasa gersang pulak kerongkong aku bulan2 puasa ni.

Plus, tajuk blog kemain ajak orang membaca. Konon2 nak sambut seruan Asraff (klik sini untuk direktori terus ke blog). Katanya, "Bangsa membaca bangsa berjaya". Tapi actually aku malas gila membaca. 300pages punya buku ambik masa lebih sebulan nak khatam. Liat betol nak pupuk budaya membaca. Kiranya aku punya jambatan ilmu tu macam goyang2 sikit. Goyah. Level jambatan gantung kat Sungai Sedim.

*40hari baru habes. terus buat kenduri doa selamat 

Tapi setengah orang cakap blog pun masuk dalam reading materials jugak. But seriously, dalam banyak2 blog berapa kerat sangat la blog yang readable. Maksud aku worthy read blogs. Blog2 mengarut berlambak.

Blog ini contohnya.

Untuk boost motivasi.

p/s: Tak perlu lah aku listkan kebaikan membaca ni. Awak2 semua pun dah besar panjang, mesti dah tau. Ye dak?