Isnin, 29 Ogos 2011

Mencari timing sempurna

Dua sahabat bertemu. Seperti di-plan.
"Eh, demam World Cup tak habes lagi ke?"
"Apesal?"
"Tu, semangat kau pakai baju Spain tu."
"Bukan musim World Cup tak boleh pakai ya baju ni?"
Tanyanya sinis. Menyirap sikit darah Abu. Saitan dah mula datang cucuh api. Diam. Makan dalam.
*****

Mereka jumpa lagi. Kali ni tak plan sangat pun sebenarnya.
"Eh, aku mintak maaf la kalau ada buat salah dengan kau"
"Kenapa ni? Tetiba je. Dah kene panggil dengan malaikat ke?"
"Amboi kasar kau. Ye la. Esok dan dah raya. Kena la mintak maaf"
"Oh lupa pulak. Time dekat2 raya ni la kena mintak maaf. Tak gitu?"
Balasnya. Dianjingnya sedikit. Senyum puas. Lama Abu pendam.

*****

Ehem. Oh esok raya kan? Okay. SELAMAT HARI RAYA.



 Err... err.. MAAF ZAHIR BATIN YA SEMUA!! 



Tiada ulasan: