Rabu, 7 September 2011

Hobi baru

Sebenarnya ada 3 sebab. 

Pertama-tamanya, internet connection slow. Kat rumah aku internet tak lah se-Rapid KL seperti mana aku di Jepun dulu. Masalah internet slow ni buat aku malas nak cari material2 berbentuk video. Malas aku nak tunggu streaming woi! 

Kedua, laptop Compaq CQ40 aku dah sakit tua aku kira. Bagi aku, laptop Acer atau Compaq yang boleh tahan lebih 2 tahun, cukup gagah. So, cuti sebulan aku di Malaysia, aku share lah desktop old-skool monitor kotak dengan adik beradik aku. Janji boleh pakai.Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya nikmat dan sedap online di laptop sendiri ditarik balik. Huhuhu.

Tu pasal aku jarang apdet sekarang. (peduli?)

Tapi bukan tu aku nak cerita kat sini. 

Aku sekarang sebenarnya dalam fasa berjinak-jinak dengan buku. Berjinak-jinak ni bukan dalam konteks buku2 tu yang liar tak mau dekat dekat aku (konfem la), tapi masalahnya aku yang liar tak mau berkawan dengan buku2 sekalian. 

Belakangan ni, aku tak nafikan blogging kasi aku motivasi nak berkawan dengan buku2 sekalian. 

Bukan apa, aku perasan ramai blogger2 idola seperti … (tak perlu lah aku listkan nama ya?), diorang suka buat buku jadi teman. Teman dibawa berjalan, teman tidur yang paling aku tak tak boleh terima, teman di buat berak pun ada. Tak senonoh betol. Tapi ok la, tak membazir masa buat satu kerja je. Sambil berak sambil baca buku buku. Orang panggil multi-tasking. 

Apa aku ngarut ni? 

Sekali tulis entri, diorang selit fakta2 dan isu semasa. Tu buat aku kagum. Baru entri tak kosong penuh ilmiah. Tak bosan beb. Sentiasa ada isu untuk dikupas. Sentiasa ada ayat penarik. “Minyak dagu” dalam versi tulisan. 

Lagi satu, aku cuba try nak improve style penulisan aku. Iya, aku aku cuba. Menjadi ke tak belakang kira. Yela, aku baca balik entri lepas2, macam ayat poyo pun ada (sampai sekarang), macam ayat skema standet Berita Harian pun ada. Tak sanggup baca, sero supo nok dilik jah sumo entri2 tuh. Tengok, aku punya frust sampai terkeluar bahasa klate. Siud. 

So, aku namakan ini sebagai hobi baru. Baru kena dengan nama blog. 

Aku pun tak tau sampai bila boleh tahan..
Last but not least. BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA!

 *bangsa membaca bangsa berjaya, katanya

Oh, lupa. Tadi baru 2 sebab. Sebab ketiga ialah, aku memang tak ada cerita nak cerita. Hahaha.

p/s: Nah amek entri panjang satu. Boleh kasi hilang rindu? :D

4 ulasan:

Has berkata...

haha! lawak la kamu :) btw, ashraf kawaii ne :)

NURUL AINI NORAZMAN berkata...

aini pon CQ40,dia tgh sakit gak skunk ni,.huhuhu

say- O berkata...

yeah membaca is forking best i tell you. mula lah dengan benda yang senang nak sronok- novel lah

rekbing berkata...

@sensei: asraff smpai skrg kawaii sensei ;)

@nurul aini: kita serupa. wuwuw

@say-0: aku br abes baca pecah. rekemen aku novel english satu. dan novel fixi lain yg best