Isnin, 26 September 2011

Adrenaline rush katanya

Assalamualaikum.

Memulakan entri dengan memberi salam bukan lah kerana aku buang tebiat. Beri salam simbolik yang aku berada dalam emosi yang sungguh stabil. Tidak PMS atau sindrom2 yang seangkatan dengannya. Tak beri salam sebelum ni juga tak bermaksud aku PMS.

Fuhh, boleh tahan intro.

Yaa, bertemu lagi kita di hari yang sama, waktu yang sama dalam segmen Jalan Jalan Cari Pasal bersama Abang Bean. Bukan Abang Ben ya? Sebut betul-betul. Tengok segmen pun dah lain. Bukan segmen santai. Kali ni Abang Bean mahu mahu bawa anda semua ke pengembaraan penuh debaran di Fuji-Kyu Highland, Yamanashi, Japan.

*pintu masuk

Buat pengetahuan adik2 dan kakak2, Fuji-Kyu Highland ni themepark paling gampang kat Jepun. Beza kat Malaysia, themepark satu je kat Genting Highland. Kat Jepun ada banyak. Dan sebagai champion, Fuji-kyu dah penah catat 14 rekod dunia. Paling tinggi paling curam paling laju dan pelbagai jenis paling lagi.

Okay ni cerita aku pulak.

Aku dari Osaka. Seorang. Diorang semua bertolak dari Hachioji, Tokyo. Disebabkan nak sampai awal, aku naik bullet train dan ambik first train dari rumah aku. First train 5:20 am, so tak boleh la bangun pukul 5 lah ye?

Aku bangun pukul 4. Beri satu tepukan untuk diri sendiri. Hehe. Lepas buat senaman ringan seperti senaman leher dan push-up 3kali, aku mandi. Siap2, pekena nescafe secawan, aku keluar rumah cari roti buat breakfast kat 7-Eleven. Mengantuk pun tak hilang lagi. Selamat aku tak buat gila mamai mintak roti canai.

So, bermulalah perjalanan aku. Laju2 bullet train pun makan masa tambah tolak 4jam. Cerita 4jam dalam tren, aku skip. Bukan ada apa. Duduk saja tengok sang suria menyuluh dunia.

Aku sampai di Hachioji dalam pukul 9.30 am. Selepas penat meminta maaf sebab buat diorang menunggu, kitorang bertolak.

So, inilah hasilnya. Ikut sequence.

1) Dodonpa
Drop 90°. Rasai pecutan 0-172 km/h dalam masa 2 saat. Darah berpusu-pusu menujah ke kepala. Terus jadi bijak. Woha!

*yang tertonjol belah kanan tu itulah dia. (more)

2) Takabisha
Latest attraction. Debut 16 Julai 2011. Pegang rekod world's steepest drop 121°. Sebelum turun drop tu, dia buat brek2 sikit. Itu kurang ajar.

*tiang paling tinggi kat tengah2 tu. sori, ni gambar terbaik aku ada. huhu (more)

3) Fujiyama
Attraction berusia 15tahun tapi still menyengat. 7 drop kesemuanya. 3minit 36 saat atas roller coaster. Puas? Gila.

*snap gambar time beratur. tak sempat beb. (more)

4) Eejanaika
Turun drop pertama dengan mengadap ke arah belakang. Sambil naik roller coaster, seat berpusing dengan jumlah pusingan 14 kali. Kejaran adrenalin maksimum!


*gambar bonus

Disebabkan kitorang pegi hari cuti, so ramai lah orangnya. Satu game paling kurang kena tunggu 2jam. tu sesi bergambar pun kurang. Actually, hari cuti ada hikmah. Bukan apa seronok tengok orang ramai2. lagi ramai lagi meriah. Tak gitu?

.....

Okay, ni aku kasi buat buah tangan.

Photobucket

p/s: Ni cerita seminggu lepas. Lambat apdet atas sebab yang aku tak perlu cerita sebabnya. Dah cukup panjang aku rasa entri aku ni haa.

6 ulasan:

crazee_tangerine berkata...

Eejanaika terbaik!

Has berkata...

haha lawak! :D tokoro de, semua nampak kowasou...

rekbing berkata...

@crazee_tangerine: ya eejanaika memang terbaik! sebelum naik pun dah dupdap2 gila-gila. haha

@sensei: memang kowai kalau tengok. bila naik jadi best. hehe

EYQA ♥ berkata...

ni bagi RM1 juta pn takde laa oi sy nak naik ni sume. gila betul. haha.

YOUsoF berkata...

Fuhhh! Serius jeles aku tengok menatang² menguji Adrenaline ni semua.

Aku pernah rasa dekat Genting sekali, Time Square dua kali. Kalau boleh nak rasa setiap bulan.. ;D

rekbing berkata...

@abcdeyqa: kaya sgt org nak bg 1juta sbb nk maen bnde2 cmni je ;p

@yousof: nanti ada peluang boleh la try. berkali2 ganda dari kat genting tu :D