Selasa, 26 Oktober 2010

Jom kira huruf!

*gambar rajah: kepala Siti Sifir

Masa aku sekolah rendah, aku penah gelakkan abang aku, sebab dia buat math, tapi mengira huruf. Sepanjang hidup aku (time tu la), aku nampak matematik tu hanyalah urusan nombor dengan 4 operasi tu je. Operasi +-x/ tu. Tu pun dah cukup buat kepala pusing. Apa kejadah kira huruf?? Tapi abang aku cool je kena kutuk.

Bila aku masuk sekolah menengah, baru aku tau tu ungkapan algebra.

Aku ada sejarah buruk dengan matematik. Aku penah dapat D time darjah 4. Bab pecahan. Menyampah aku pikir kejap nak bahagikan kek sama rata la, buah apple la. Tak bole ke tak sama rata? Bagi sorang satu, pastu gi beli laen ke? Jiwa tak matang budak darjah 4. Stat tu, aku dah benci gila dengan matematik.

Pastu, lagi lama aku aku belajar, baru aku tau matematik tu senang (pengecualian untuk add math). Ye la, kalau nak dibandingkan dengan subjek2 laen yang aku kurang pasti motifnya. Tambah-tambah kat universiti, banyak gila subjek mengarut. Maybe sebab aku malas belajar, tu pasal aku cakap camni. Mungkin.

p/s: kecik-kecik dulu aku selalu pikir, kalau pandai math, bole buat bisnes. Cepat kaya. *Satu lagi pemikiran mentah kanak-kanak setahun jagung.

8 ulasan:

PIDUT ASiS berkata...

ceit..padahal kat univ. hang score ja math..matrix sama2 dengan aku tak kan dah lupa..hahaha

Post Terhangat...

Arak Tu Boleh Minum Kan?

redbean berkata...

xkan la ak lpa..kenangan dpt 0 fizik sma2..haha

zmah berkata...

Penatlah akak ....seharian ni...dok ngadap nombor.

redbean berkata...

@zmah: cikgu ke?

Cerah Jeff berkata...

pilih satu no.
no ko tu ko + 10,x 5, -3, + 99, bahagi dengan 0,jadi brape?

redbean berkata...

infiniti? betol?

alinac lover berkata...

hahhah..zaman knak2~

redbean berkata...

ya,,ya,,kanak2 ribena..hehe