Selasa, 1 Jun 2010

Kisah Memori Singkat dan Deja Vu

Saban hari aku semakin penat bermain hide and seek dengan motobike ducati a.k.a. basikal buruk aku. Asal nak balik rumah je, ke hulu ke hilir aku cari, tak jumpa-jumpa. Kalau lalu dekat-dekat dengan dia pun, dia pandai, duduk senyap, buat-buat tak pandang aku. Yela, dia la yang pandai, aku la yang bodoh. Basikal mana boleh bercakap! LOL.


*reaksi superbike aku time aku penat-penat cari dia. Selamba. Langsung tidak memberi respon. (maaf kualiti gambar tak memuaskan hati)

Cerita sebenar. Ni cerita aku yang RAM storage tak berapa besar. 1Gb. 500Mb kot. Takkan nak salahkan makhluk tak bernyawa, motobike aku. Salah makhluk bernyawa la. Aku. Aku memang selalu lupa/kurang pasti kat mana aku parking basikal aku pagi-pagi. Kekadang menyumpah gak aku cari makhluk tunggangan aku ni. Tapi dalam hati je la (maksiat dalam hati tak dapat dosa lagi aku rasa). Bila aku pikir seketika, sambil memejamkan mata (gaya Hiro Nakamura dalam siri Heroes). Ting! Terlintas sumthing dalam kepala ku.

"Aku parking beskal kat tiang 'A' ni semalam ke hari ni?"
"Pagi tadi, dekat tangga kot aku parking, aku rasa."

Mulalah fenomena deja vu menyerang fikiran yang kusut/buntu ni. Perasaan perbuatan hari ni dah dibuat semalam atau waktu2 lepas. Huhu. Padahal punca ialah memori yang pendek sejengkal.Tapi memang manusia lah kalau lupa. Ye la, beribu-ribu lemon basikal beratur kat tempat parking tu, sesekali lupa tu logik la. "Manusia" tu sendiri dalam bahasa Arab maksudnya "pelupa". Kalau tak lupa tu robot lah kan. Setuju tak? Tapi kalau dalam kes aku ni, tiap-tiap hari lupa, tu tanda dah tuamatang la kot gamaknya.

*banyaknya beskal, maen domino pun sodap nih!

Tapi aku kira bertuah jugak la sebab sticker rumah sewa aku (setiap basikal perlu dilekatkan dengan sticker rumah untuk menunjukkan kamu itu penghuninya) kaler oren. Memang shilau habes. Dari jauh dah boleh detect. (Agak) senang jugakla aku cari. (rujuk gambar di atas)

Ni ada petua nak kurangkan tabiat pelupa atau bahasa kasarnya nyanyuk. Aku pegang petua ni dari sekolah rendah lagi(tapi still lupa). Cikgu Ramli, cikgu disiplin aku ajar.

Petua 1 Kurangkan makan benda masam (contoh mangga muda)
Petua 2 Kurangkan makan makanan jeruk (ish, feveret ni)
Petua 3 Kurangkan minum minuman bergas
Petua 4 Kurangkan jangan tengok najis sendiri (yang orang punya pun jangan jugak la), tak kisah la kecil, besar ataupun sederhana
Petua 5 Banyakkan makan kismis+selawat (patut letak atas sekali ni)

Boleh la cuba-test-uji petua ni. Tak tahu la efektif ke tak. Kalau boleh kurangkan tabiat pelupa, lambat sikit jadi nyanyuk. Orang cakap nyanyuk tu sifat orang tua, kalau tak nyanyuk tu orang muda la kan. Tak ke petua awet muda aku bagi ni?

.....

Ok fine. joke aku lame -_-"






10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice2

redbean berkata...

thx(walau ak xthu kamu siapa..)

Tanpa Nama berkata...

bangga dengan afif

solivitehoshii berkata...

ak pnh jgk lupe gler ktne ltk beskal tu..abis sume pk guard tu tlg cr tuk ak..riuh diorg..malu i..haha

redbean berkata...

ala,tanpa nama..x rock la..ltk la nama..:D

redbean berkata...

kalau pak gad tlg cr 2 da level tggi la 2..hahha

Tanpa Nama berkata...

bagus!!!!..tapi ap yg bagus...redbean...sila jawab?

redbean berkata...

ntah sya pn xtahu...

Tanpa Nama berkata...

org ckp, xmo bg nyanyuk amalkan baca quran slalu :)

redbean berkata...

btol2 :)