Khamis, 10 Jun 2010

8+1 Fakta Tentang Piala Dunia


Apsal 8+1? Bukan 9? 10 terus ke? Mesti ramai tertanya-tanya. Actually, time tulis entri ni, internet putus, server down (fuh!). Sempat autosave kat Fakta extra je. Pastu lupa address link rujukan. Fine. Alasan.

Bahang Piala Dunia kian terasa. Panas-panas ni rasa nak demam pulak. Haha. Bercakap tentang World Cup, aku juga mungkin tergolong dikalangan peminat2 bola sepak. Tapi, ada tapi sikit. Orang gelecek bola ke tepi, aku gelecek bola ke tengah. Confem la tak lepas. Haha. Tu la aku, langsung tak pandai maen bola. Haa, kaki bangku la senang. Susah sangat. Hehe. Ni tengah2 demam bola ni, aku pun tak tahu apa ubatnya. Yang pasti ane-ane kedai mamak sahla tersenyum lebar. Banyak duet masuk (sebab kedai mamak jadi "stadium kedua" bola sepak bagi fan yang tak mampu tengok live kat Afrika Selatan).

Tahun ni feveret team aku Spain. Korang team mana pulak? Tak kisah la. Ni aku share la sket fakta2 tentang World Cup. Maybe tak ramai yang tahu kot. Yang dah tahu pun, sila-silalah tambah nasik.

Fakta 1 Satu-satunya player yang berjaya mencatatkan hat-trick dalam perlawanan final World Cup ialah bekas striker England, Geoff Hurst sewaktu menentang West Germany (1966). Gol pertama dijaringkan pada minit -18

Fakta 2 Bora Milutinovic adalah satu-satunya coach yang telah mengemudi 5 negara dalam sejarah World Cup, termasuk Nigeria (1998)

Fakta 3 100 tahun, umur Francisco Varallo, satu-satunya player 1st World Cup (1930) yang masih hidup sehingga kini. Cayalah!

Fakta 4 Rekod jumlah gol terbanyak dicatatkan dalam temasya World Cup 1998 (France) iaitu 171 gol!

Fakta 5 Jose Batista dari Uruguay dilayangkan kad merah 56 saat selepas wisel permulaan dalam match menentang Scotland di World Cup 1986. The fastest ejection in tournament history. Tahniah!

Fakta 6 Hakan Sukur dari Turki menjaringkan gol terpantas dalam sejarah World Cup menentang South Korea (2002) iaitu hanya 11 saat selepas sepak mula. Wow.

Fakta 7 Atuk referee tertua dalam World Cup ialah George Reader (England) yang mencecah 53 tahun apabila take charge perlawanan Brazil-Uruguay (Final 1950)

Fakta 8 Goalkeeper Italy, Dino Zoff berusia 40 tahun menjadi player tertua
pernah menjulang World Cup (Spain 1982)

Fakta extra Spain yang belum pernah memenangi Piala Dunia dikatakan pasukan pilihan dan mempunyai peluang cerah dalam WC 2010. Kejayaan terbaik Spain ialah tempat ke-4 iaitu pada 1950. (Team feveret aku tu. Huhu)

Ok, ni la beberapa fakta2 yang aku rasa menarik untuk dikongsi dengan korang. Atleast kalo kalo korang tak pandai maen bola (macam aku), tahu-menahu pasal World Cup ni, boleh kerek sikit dengan member2 tu. Siap boleh maen teka-teki lagi. Siapa kalah belanja la minum kat kedai mamak malam tu. Hahaha.

Ni aku jugak nak share 1 video World Cup yang super cool dari Nikefootball yang juga dibintangi oleh Didier Drogba, Fabio Cannavaro, Wayne Rooney, Franck Ribery, Ronaldinho dan Cristiano Ronaldo. Aku rasa korang dah tengok. Anyway, layannn.

*Dua-ibujari-terangkat untuk lakonan Rooney!

p/s: Tahniah kepada Subkhiddin Mohd Salleh, warga Malaysia pertama menjadi pengadil perlawanan Piala Dunia (World Cup Afrika Selatan 2010). Tak boleh hantar team, hantar ref pun jadi la. :D

2 ulasan:

sirNyokism berkata...

"Jose Batista dari Uruguay dilayangkan kad merah 56 'minit' selepas.." ekcely "minit" ka "saat" kacang? hahaha.. =DD

redbean berkata...

LOL..xprasan..correction2..