Isnin, 14 Jun 2010

Hari ni Hari Jadi kau, kau nak jadi apa?


Hari ini, tanggal 14 Jun, berkepul-kepul wish happy birthday dari sahabat2 handai serta sanak saudara datang menerjah notification aku. Tak menang tangan aku mereplynya. Time mood karangan Bahasa Melayu SPM aku datang, aku reply dengan ayat novel. Kalau yang biasa sebiasa plain nan tu, aku jawab “tq” ke “thx” plus icon smile, tu je la. Ok?

Tenkiu la kepada Mark Zuckerberg (pencipta facebook) kerana buat application ni (laman sosial lain pun ada sebenarnya). Boleh diorang wish kat aku. Ahaa. Penat2 mengomen, dapat idea nak buat entry baru. Inilah dia!

Sebenarnya takde motif jelas pun aku buat entry ni. Saja nak ingatkan balik tujuan kita dicipta di atas muka bumi ni. Lebih kurang macam tazkirah la sikit. Malam-malam camni memang seswai muhasabah diri.

Seperti yang kita sedia maklum, manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna yang dicipta dari setitis air mani (rujuk Surah Al-Mukminun 12-14). Jangan pulak duk ikut teori si beruk Charles Darwin tu. Teori tu boleh pakai kat dia sorang je.

Selain tu, Allah juga ada berfirman,

“dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepada-Ku”

Tu urusan kita dengan Tuhan. Aku tak nak explain banyak2, sendiri mau ingat la kan. Dalam kehidupan seharian, kita seolah-olah kurang jelas dengan masa depan sendiri. So, hidup sendiri, mestilah sendiri plan. Kalau orang laen yang tentukan, kita cakap jaga tepi kain orang pulak. Tu la orang Melayu. Kaya dengan peribahasa. Memang la betol perjalanan hidup kita telah ditetapkan Qada dan Qadar. Tapi, mengambil kata2 ahli falsafah, “orang yang gagal merancang, dia merancang untuk gagal”. Contoh dalam perbualan harian,

Q1 Kau nak buat apa lepas abis Degree ni, sambung Master?

A1 Ntah, tak tau la (jawapan familiar. Termasuklah aku)

A2 Kau nak sambung ke tak? Aku ikut kau je (jawapan alternative. Aku juga kekadang camni)

Ikut orang. Nampak sangat matlamat hidup kita tu samar2, dan gagal merancang masa depan sendiri. Tak ada wawasan. Wawasan 2020 Malaysia lagi 10 tahun lagi. Sempat lagi tak? Renung-renungkanlah.

p/s: baru habes tengok match Netherlands vs Denmark. Seperti dijangka, Netherlands menang 2-0. Oranje!

2 ulasan:

atiq berkata...

sume org ucp kt fb je kn..ak ucp kt sini je la...mmg tggu ko kuar kn post nie dlu...haha...slmt hr jd...btw status kt nuffnang ko dh tkr ke blm?

rekbing berkata...

haha..tenkiu..ari2 da tka.pas2 aku wt ape ntah, die jd ordinary balik..xtaw knape..huhu