Ahad, 27 Jun 2010

Kaiyukan, Dunia di Dasar Laut

Dalam entri lepas, aku ada story pasal Universal Studio Japan (USJ). Nak tahu best ke tak, cekedaut sini.

Kita tukar mood pulak. Mood sayangi alam. Flora dan fauna ni memang matching dengan naluri nature lover macam aku. Ni cerita tentang ikan. Bukan nak ajak gi mancing, tapi ke Kaiyukan, world’s largest aquarium!

*bangunan utama

Bila aku masuk, tengok aku dikelilingi bergelen-gelen air, aku kaget, gelabah. Terus aku buat-buat lemas macam tak cukup oksigen. Hehe. Ni la kali ke-2 aku masuk aquarium besar-besar gedabak macam ni. First kat Underwater World, Langkawi. Memang jauh bezanya. Aku tahu. *bunyi mengeluh

Masa beli tiket orang langsung tak ramai. Masuk-masuk je, terus boleh jumpa cik adik manis penjual tiket. Biasala, berapa kerat sangat pencinta alam kat dunia ni. Ramai tak nak mencontohi jejak langkah murni aku ni. Aku pun heran.

Harga tiket 2000yen bersamaan RM 72.51. Tapi aku tamak, aku ambik pakej naik ferris wheel sekali. Tambah lagi 600yen iaitu RM21.75. Takpe aku orang kaya. Muahaha.

*Aku jadi blushing bila ikan dolphin yang cute ni senyum-senyum jeling kat aku

Kalau cakap aquarium, ada apa lagi kalau bukan ikan, kan? (berapa banyak “kan” da). Ada jerung, pari, kerapu, lumba-lumba, arowana dan lain-lain lagi. Ikan duyung je takde. Aku ada cari juga. Tak jumpa. Dalam tu jugak ada ikan whale shark. Tengok nama pun dah tahu ikan ni besar. Dalam 5 meter lebih kot. Time aku lalu sini, aku perasan hampir 80% pengunjung (orang Jepun) menyebut perkataan sama untuk mengexpress perasaan mereka, iaitu “mecha ooki!” yang bermaksud “beso gilo supo nate!”.

Tapi yang (aku rasa) spesel kat sini, sebab ada penguin. Kat dalam “sangkar” penguin ni ada mesin penyembur ais macam mesin ais kacang berskala besar. Kat situ jugak la penguin-penguin ni mengadakan rapat umum serta majlis keramaian diorang.

*Masyarakat penguin bermesyuarat tentang global warming

Puas tengok ikan, aku naik ferris wheel pulop. Nak kata 1st time naik ferris wheel tak jugak. Aku penah naik sekali dua kat funfair. Tapi yang tu, pokok kelapa belakang rumah aku lagi tinggi. Then, baru aku tahu, betapa ferris wheel kat funfair tu, cukup tak fun dan langsung tak fair. Hmmp.

*time aku nak snap gambar ni la, diorang pun sibuk-sibuk nak snap

Sedang asyik aku melangut dalam ferris wheel, aku nampak USJ. USJ dekat je dengan Kaiyukan rupenye. (rujuk gambar di atas)

Tak boleh cerita banyak-banyak ni, nanti tak surprise. Hehe. Go and feel it yourself.

p/s: untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kaiyukan.

4 ulasan:

amiriz™ berkata...

hahaha. .besaq ferris wheel tu.. smpai nmpak USJ wooo... hahahaha. .
*sumpah sama,sapa tiru sapa ni? :p*

amiriz™ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
amiriz™ berkata...

pembetulan.. aku ckp yg jambatan tu sama mcm flyover kat mesia.. pa nama tah.. :p

redbean berkata...

jambatan pulau pinang?