Sabtu, 5 Jun 2010

Makan Maggi tanpa Was-was

Actually, dah lama aku tulis entri ni. Saja tak nak publish. Nak peram bagi masak ranum dulu. Hehe.

Kita selalu dengar mak kita atau orang2 yang caring dengan kita cakap,

"Kau ni makan maggi hari-hari tak elok. Nanti kena penyakit buah pinggang baru tahu."

Atau ayat denying biasa perokok tegar bila ditegur tentang amalan merokok,

"Alah, iklan kat tv tu saje nak takutkan orang bagi jangan hisap rokok. Padahal, takde ape-ape pun."

Ni lah pemikiran tipikal rakyat Malaysia. Cakap tidak berdasarkan fakta. Benda yang auta dikatakan fakta. Begitulah sebaliknya. Hmmp. Laen kali nak cakap tu,google dulu (kalo korang boleh access internet di mana-mana sahaja macam aku la. Hehe). Aku selalu pegang moto, “free your mind from question marks”. Ada je keraguan bersarang, terus key-in word tu, contact pakcik google. Tambah-tambah depan laptop. Lagi cargas.

*pose cute dari seorang die-hard-fan maggi

Macam aku cakap tadi, tak tahu tanya google je. Asyik menggoogle, aku jumpa artikel pasal mi segera atau lebih selesa dengan panggilan maggi .Makanan feveret korang kan? Aku juga. Haha. Kajian oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mendapati purata jisim kandungan garam dalam sepeket mi segera hanya dalam 2~3 gram. Manakala Kementerian Malaysia mengesyorkan pengambilan garam 5 gram sehari bagi orang dewasa.

Tapi manusia normal selalunya makan mi segera dengan air, tak kisahlah dengan air panas ke, atau air sejuk pastu tunggu sampai maggi sampai bengkak. Kebiasaannya, satu hidangan maggi melibatkan 400ml @ 2 cawan air. So, kepekatan garam tadi for sure la berkurang. Tapi kalau yang jenis hardcore sikit, nak kaw,air taruk sekadar nak bagi basah je. Orang camtu pun ada. Biasalah tu kan. Jangan pulak makan macam makan mamee monster pulak, pecah-pecahkan pastu gaul dengan serbuk perasa dia. Tu tak bertamadun namanya (aku pun kadang-kadang buat jugak camtu, time aku rasa aku macam hidup kat gurun. Susah nak cari air)

Tapi kalau yang jenis nafsu serakah kat maggi dia tinggi, 3 paket sekali harung, pastu buat maggi makanan ruji pulak, apa cerita? Alasan tak ada duet nak makan. Tengok dressing update je. Musykil2. Tu tak campur garam dari makanan lain lagi. Especially, dari fast food macam McD or KFC. Orang cakap lagi masin lagi sedap. Kaya tauke garam. Dalam aku berkempen “Makanlah Makanan Berkhasiat” ni pun, ada jugak “saintis celop” buat teori, kalau dah makan garam banyak-banyak, nak neutralkan balik kena makan gula banyak-banyak. Kepala h***k tuan hamba! Makin cepat la dapat penyakit tiga-kembar-seiras – penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi. Mintak simpang la.

Aku juga penah dengar pasal sejenis lilin dalam maggi tu yang lambat dihadam dalam perut tu. 2-3 hari baru lumat dicerna. Tak dinyatakan pulak kat artikel yang aku baca tu. Mitos je kot.

p/s: tak penah try Maggi hao liou. Sepeket berapa ya? Dengar macam femes.

7 ulasan:

Mermaid Ungu berkata...

dulu time study..aku x pernah sentuh maggi..skang mkn bl tiba masa terdesak sahaja..maaf la x penah try maggi hao liou tu..dia femes sebab iklan nya yg sebut "HAO LIOU" pastu ketawa ha ha ha..

rekbing berkata...

tgk org pn wt trademark ngn HOU LIOU 2..asal bnde best sket je hou liou..kre berkesan la iklan die :)

Tanpa Nama berkata...

klu garam 3 gram, ko tambah air 5 galon, pastu minum, garam 3 gram gak masuk perut ko... pekat kurang tapi kandungan tetap same.. hahahahaha

rekbing berkata...

eh, btol jugak kn..x tpikir plak ak,,haha

tuan hamba berkata...

jangn kuatmakan maggi afif..
ak penah masuk hospital sebab makan maggi je..
dengar la nasihat sahabat mu ini..

Tanpa Nama berkata...

tp yg lilin tu btul la..sbb tu la maggi sblm d msk die keras.tu sbb lilin la..org kte klu nk slmt,rebus maggi ngn air pstu buang air tu pstu bru msk blk maggi tu..tp konpem2 la mls kn..haha

rekbing berkata...

owh..yeke..tq berkongsi info