Ahad, 13 Jun 2010

Siapa cakap Dikir Barat tak Rock?

Aku ulang sekali lagi dalam loghat Kelantan, “sapo oyak Dike Barak dok rok?” (“dok rok” ni bukan maksudnye tak larat ke, tak kisahlah, atleast aku mencuba..hehe)

Tengok, aku pun dah terikut-terikut kecek klate tengok video kat bawah ni.

Dengan music arrangement iras Metallica, pukulan drum sekental Travis Barker, ngauman gitar sebingit Mark Tremonti, tak cukup “batu” lagi kah dikir barat? Apa lagi korang nak?

Video ni agak panjang. Mesti bosan. Tu first impression aku. Tapi, nyata aku silap. Tengah2 aku layan lagu ni, tiba2 kepala aku bergerak automatik, di luar kawalan. Aku ter”head-banging” layan dikir barat! Yeyeah!

Hasilnya, aku tengok video ni sampai habes. LOL. Tak caya, aci bet potong…,kuku la!

Untuk alih bahasa ataupun sarikata, maaf, aku bukan orang Kelantan. Aku pun paham perkataan “Budu” je. Haha.

p/s: tiba2 rindu nak makan budu walaupun aku tak pernah makan budu kat Malaysia. :(

2 ulasan:

zurukun berkata...

demo loni x srupo mulo la fumakila

redbean berkata...

mulo dulu guano?