Jumaat, 22 April 2011

Hari malang tak berbau budu (Part 2)

Ini bukan kisah Lebai Malang. #cliche

Last entri habes kat mana ya? (kat bawah ada, gedik tanya jugak kan?)

Okay. Jam menunjukkan pukul 5:30 pm. Waktu keje tamat. Cukup terhangguk-hangguk ber"otsukaresamak" dengan rakan sekerja, aku melangkah pulang. Sepertimana datang, balik pun naik tren. Penat. Jenis keje berdiri lama2 ni memang menguji otot hamstring dan soleus aku. Luckily, atas tren ada seat kosong. Duduk. Asal pejam mata je, aku nampak katil. Rindu tahu tak?

*nafsu..nafsu..

Sampai ke JR Shuntokumichi, aku jadi eksaited satu macam. Jadi macam, "Cepat la sampai rumah. cepat la sampai rumah". Cuba bayangkan aku tergedik terlompat cakap benda tu. Cuba. Sebab kat realiti memang korang takkan nampak aku buat camtu. Neba eba(never ever).

Turun tangga, touch card, aku pegi tempat aku parking basikal tadi. Masuk tempat parking, cari besikal aku. Sudah. Tempat aku parking tadi still ada besikal. Besikal kuning. Bukan besikal biru. Bukan besikal aku. "Alaa, ni mesti diorang tolong park-kan basikal aku kat tempat lain". Mindset aku buat andaian. Positif. Jenis hati selalu bersangka baik. Aku senyum sendiri.

Berlakon cool. Aku melilau satu train station cari 'kuda tunggangan' aku. Pusing punya pusing, last2, sampai balik kat tempat aku parking tadi. Aku terpandang notice,
"Kawasan parking ini adalah kawasan parking berbayar. Basikal yang tidak berkaitan akan dipungut"
Buat pengetahuan para pembaca sekalian, tempat aku parking tu tempat parking berbayar untuk sewa sebulan punya. Aku tahu. Aku sengaja parking situ. Sebab dulu penah jugak parking kat situ, selamat. Aku ingat ayat immunity 'tak tahu' valid di mana-mana saja. Ya, salah aku jugak. Jenis main letak pastu harap luck sepenuhnya. At last, aku terima hakikat yang basikal aku kena angkat. Sayang tau berpisah dengan dia. Dia yang aku tunggangi tiap2 hari. Huhu..huhu.

Nak tak nak, balik jalan kaki. 2km. Memang tak berapa jauh, tapi dengan aku yang baru membanting tulang, penat tu doubled 2 kali. Dengan kasut aku pakai ni tapak keras macam sepatu jamban, penat tu jadi tripled. Sakit noks kaki. *sigh*

Kalau la malang tu berbau budu, confem aku tak parking kat situ. T_T

*awek biru belah kiri, I rindu u la :'(

14 ulasan:

zee ong berkata...

dan apa terjadi kepada basikal tu? bila baru boleh ambil? kekeke~ sebok benau nak tahu.

sudah cuba bayangkan. haha XD
neba eba.

alongxp berkata...

baru nk tanya,zee ong da tanya lak... cer citer...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Kesiannya adikku~

Nak bagi pinjam basikal aku adalah No-no. hehehe. sebab aku tau, kau boleh beli lagi sebab, ehem, ok2, tak nak pecahkan rahsia~

jadi, adakah kau perlu jumpa "OKAMI"? (non-polite term for cops)

XD

rekbing berkata...

haha. aku memang x amek dh besikal tu. leceh dan xberbaloi.

ade senior dah wariskan sebijik utk kitorang. pakai dulu yg tu.

:)

rekbing berkata...

@zara: rahsia apekah itu kakakku?

eh, okami? seyes xpenah dgar. bahasa jepun tinggi apekah itu?

HAHA

kyo_9 berkata...

pergh.. 3000 yen jer kot..
kemut giler brader nih..

REDARiey berkata...

"ignorance of law is not an excuse" haha maknanya, tak boleh guna alasan tak tahu tentang undang2 tu untuk melepaskan diri dari dikenakan tindakan. sebab setiap orang dianggap perlu tahu tentang undang-undang sedia ada. gotcha! :D

rekbing berkata...

@kyo: etceli kt sini 2500yen je. tp nk pegi tempat tu leceh. kena naek bas, jln kaki. malas

@redblack: sori cik lawyer -_-"

Cik Hana berkata...

baru nak offer beskal buruk peninggalan wasiat senpai.. menyemak kat parking beskal saya. kalau nak nanti bagitau la. tapi warning awal2, beskal tu BURUK tapi masih waras berfungsi..

kiki berkata...

wah,student jepun baek2 blake..sorg ilang beskal,sploh nk kasi beskal laen..bes3^__^

rekbing berkata...

@hana: ni hana senpai ke?

@kiki: tu la. kalo org malaysia sendiri tanak tolong, spe lagi kan?

:)

kiki berkata...

yeah..kn bgs student kat mesia pon terapkn nilai2 mcm ni...kompem sronok mcm kat jepon gak~_~

E Y Q A berkata...

kesian awk.. wuuuu

rekbing berkata...

@eyqa: xpe. skang dh ade basikal warisan senior dh. buruk tp still boleh pakai :)