Jumaat, 15 April 2011

Tekanan Pierre

*kacak tak saya?

Kalau mahu cerita pasal Pierre Andre, korang salah port. Tapi, alang-alang, scroll saja ke bawah. 5 minit. 5 minit.

Ok mula. Bila berada di komuniti yang anak mudanya rata-ratanya mempunyai pasangan, mesti ada suara entah dari mana datang membisik,
"Best dowh ade girlfriend/boyfriend ni. Boleh manja2. Hihi" (efek gelak mencicit aku tambah sendiri)
Bohong la kalau cakap "best jadi lone ranger ni". Tu ayat nak pujuk sejukkan hati. Padahal hati lonely gila. Tak pun hati hancur baru lepas kena reject. Kena dump. Fitrah manusia dicipta berpasangan kan. Yela, mana tahan bila keluar ke bandar, ke shopping complex nampak saja uda dan dara berkepit bahagia. Pegang tangan. Pegang pinggang. Tarik-tarik tak nak renggang. Auuu~
"Aku juga ingin dibelai begitu. Mahu juga leher ditiup lembut begitu"
Hoi, apa leher tiup2 ni?! Abaikan. Balik kampus pula, nampak member sebilik borgolek atas katil, sambil tersenyum gembira melayan suara dari telefon bimbit. Indah. Cakap punya lembut punya manis letak besi kat depan pun boleh cair. Sebelum letak phone, kasi tarik "muahhhhh" panjang sampai satu bilik boleh dengar. Yang dengar, hati panas. Tak pun, bunyi new message received bertubi-tubi yang beraneka bunyi. Even handset sebelah dekat je kat tepi. Lagi. Panas. "Tak cukup kiut kah aku untuk memiliki seorang teman hidup?", keluh hati.

*rasa jauh sangat.

*****

Itu semua peer pressure. Perasaan ingin ada satu level atau standard ditetapkan masyarakat. Mahu tiada beza. Mahu nampak sama. Mahu diterima.

Kekadang rasa mahu bermanja ni datang bila kesunyian. Datang bila hati kosong. Aku nasihatkan korang buat something untuk lupakan perasan tu. Apa-apa saja. Main guli ke. Kumpul setem ke. Main poke2 member kat Facebook pun boleh.


Bila tak ada dalam komuniti di atas, korang rasa berbeza. Bila korang sibuk dengan sesuatu, tak sempat terpikir pasal manja2 ni. Pasal benda yang boleh buat orang senyum sorang2 depan phone/laptop ni. Dan certain orang anggap cinta hanya untuk isi masa lapang saja. Pun ada.

Jangan risau. Jodoh itu kerja Tuhan. Ya memang usaha tu perlu juga. Tapi jangan paksa diri. Jangan rushing sangat. Nampak teruk sangat aihh. Solusyen, cari KAWAN perempuan beberapa, nanti dah serasi, boleh pilih satu (jangan sekali pilih 4. nampak sangat tamak). Aku percaya hubungan cinta hasil dari bibit-bibit persahabatan itu kekal berpanjangan. Walau persahabatan dan percintaan dipisahkan oleh satu garis halus, bak kata Lord Zara. Iya, aku tahu. Aku bukan Love Guru. Loser bila bercakap tentang cinta. Falsafah aku ni bukan bole pakai sangat pun. -_-"
"Love when you're ready, not when you're lonely"
That's all.

P/S: tekanan Pierre = peer pressure. Boleh terima?

10 ulasan:

say- O berkata...

adakah ini post-effect setelah artikel aku?hehehe~

saya setuju dengan semua yang dikatakan!

xazryx berkata...

mak ai .terkejut aku psl tiup2 leher tu .HAHA ! :D

rekbing berkata...

@say-0: suratan atau kebetulan maybe. byk tgk org sekeliling kot buat aku tulis cmni. hehe

@xazryx: tiup leher tu level tinggi punya xD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

ha ha ha.
nama aku ada ah!
nak menangis sambil peluk senpai.

kih3.

ada jodoh kamu tu nanti. tak dengan org malaysia, dengan orang Jepun.
XD

huda berkata...

entry lepaih kena dump ke camna ni redo?ahiaks

rekbing berkata...

@zara&huda: ni bukan entri untuk diri sendiri la. ini entri maaasyarakattttt (sebut gaya johan)

;)

:: - LoLLy - :: berkata...

hi hi nice to meet you here, thanks for visiting my blog, hope to see your visit again soon, have a nice day !! =D

F. A berkata...

geli geliman bila bc part tiup2 leher tuh...haiz......

btw..thx for visit yaw

kiki berkata...

haha,suke entry kali ni..>>smangat upppp!!!!yosh!

Tanpa Nama berkata...

hihi..btol2...remaja laa trutamanyer...mmg slalu terikut2..