Rabu, 20 April 2011

Hari malang tak berbau budu (Part 1)

Ini bukan kisah Lebai Malang.

Pagi tadi, bangun awal siapkan breakfast sebelum pegi keje. Keluar rumah, aku pandang langit. Cerah. Secerah masa depan aku, mungkin. Aku tau tak ramai remaja bermotivasi macam aku sekarang ni.

*pagi tadi camni la. matahari malu2 nyorok belakang awan

Pagi-pagi buta (actually dah cerah gila time ni) aku kayuh basikal pegi train station. Aku tak pegi yang dekat dengan rumah aku, Nagase. Aku pegi yang selang satu station, JR Shuntokumichi. Kenapa? Sebab kat situ ade syarikat tren yang murah (kat Jepun ada banyak syarikat tren. Malaysia ada 1 je. Kena Tunggu Mai a.k.a KTM). Tengok, aku pasang strategi. Strategi kemut.

Bila sampai, aku park basikal. Tunggu tren. Dan naik. Biasa.

Sampai je Osaka-jou Kitazume Station, tetiba tren berenti. "Ahh, biasa la ni tren berenti kejap ni. Kat Malaysia lagi teruk". Cuba sedapkan hati. 10 minit. Tetiba tengah sedap layan lagu Stop and Stare dendangan One Republic, aku macam dengar ada pengumuman.
"Atas sebab electric inspection (aku pun tak tahu ape jadah), tren ke Amagasaki terpaksa diberhentikan"
Shit! Aku termencarut dalam hati. Aku tengok mamat sebelah aku dah sumpah seranah sebab tren lambat. Dia ingat aku tak paham. Tetiba terasa motivasi aku pagi tadi mulai basi. Panik kejap.

*sori takde translation

Apa lagi, aku terus check waktu sampai di train station tempat aku keje, Mitejima. 8:30 pm. Lambat. Haromm. Aku cuba call person in-charge, nak lapor keadaan semasa. *Carut* Tak ada line pulak. Yang diorang gatal buat railway underground ni ape hal. Aku memaki hamun tanpa rasional, dalam hati. Dalam line 'tenggelam timbul' tu, aku dapat tangkap "nanti dah sampai call balik"

Yeah, mesej tercapai. Tempat kerja bole tahan jauh dengan train station. Berkejar aku lari. Takpe, pagi-pagi. Masih fully charged. Tak boleh manjakan sangat otot2 badan ni. Dah sampai, tak jumpa pintu masuk pulak. Aku call, dia guide sampai gate. Dia sambut dengan senyuman. Positif. Even lambat 10 minit. Lega.

Ok. Tak cukup malang. Takde, tadi baru muqaddimah. Apa barang cerita letak klimaks awal2?

Bersambung... (aku punya penat tu belom hilang. aku sambung next entri)

7 ulasan:

Cerah Jeff berkata...

ko baito ape lak ni fif?

rekbing berkata...

macam2 aku buat. aku touroku haken gaisha. dia offer, aku terima je

Has berkata...

oh suspen. Mmg kena baca sambungan ni. Haha, pandai kamu ye :)

rekbing berkata...

hehe. 4nen hima sgt la sensei :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe~

woot!

Afif, afif.

XD

alcatraz77 berkata...

Red tak ada tempat nak shout ka? susah la nak sembang2 dengan hang... :)

rekbing berkata...

@zara: woot woot balik. apekemende woot woot tu.. ;D

@alcatraz: macamana ya? facebook ada? letak link sini