Ahad, 13 Mac 2011

Tidak peka buat kamu nampak sungguh celaka

#Ini (mungkin) kesinambungan dari entri ini.

Seperti yang aku nyatakan di entri lepas, orang kita memang suka humourisme. Suka hiburan. Contoh mudah, rating blog view paling tinggi, tak lain tak bukan, blog gosip artis. Tak perlu aku nyatakan nama.

Beli paper, skip beberapa halaman terawal, terus ke bahagian gosip artis. Segmen Hip, Rap dan apakejadah lagi yang sewaktu dengannya. Atau terus selak ke bahagian kartun lawak bos dan lawak mamak yang sudah basi masuk angin itu.

Contoh hiburan 'terbaik'.



Bila aku review comment mohon maaf dari Berita Harian sebab gambar di atas, macam2 jenis ulasan aku jumpa. Ada yang marah, dan BANYAK juga yang berlawak bodoh. Masih bercakap tentang superhero Jepun yang hanya layak dibualkan oleh kanak2 sekolah rendah. Even profile picture jelas menunjukkan usia yang mencecah lebih suku abad, aku kira. Gambar gembira tersenyum panjang di samping isteri tercinta.

And again, jika dipersalahkan Zoy saja, aku rasa tidak adil. Buat macam mana, itu memang mindset orang kita. Suka berhuha-huha tak kira masa. Oh lupa, lagi satu perangai orang kita; sensitif tak kena gaya. Suka bergaduh juga. Tak perlu lah salahkan tuding jari ke orang Indon saja, kita satu rumpun. Sama.

Ini tokoh Nobel mana? (bawah)



Berita di atas aku fikir tak perlu.

Mereka tak tahu bagaimana mangsa yang terputus hubungan, terputus bekalan elektrik. Hilang tempat tinggal hilang tempat bergantung. Dalam kesejukan suhu 0 darjah celcius dan kadang2 salji turun juga. Dalam catuan makanan dan air minum yang terhad mereka bertahan. Udara yang disedut dicemari radiasi mungkin. Wallahu alam. Itu suma bahana impak kuat yang mampu merubah peta.

Buat macam mana, mereka tak tahu.

Dalam hukum Islam juga, bila kes tak tahu, jatuh hukumnya TAK APA.

So, tak apa. #sarkasm
"Now we can see the impact if when somebody stupid push the BUTTON"
p/s: mungkin ini boleh beri gambaran.

13 ulasan:

LORD ZARA 札拉 berkata...

Kejap. Beri aku gelak.
ha ha ha ha.

Ok, dah.
Aku tengok kartun tu dan aku geleng kepala. Ni sama macam sesetengah orang yang mempersendakan insiden ni di Twitter.

"Nasib baik Sin Chan selamat"
"Doraemon patut guna pintu suka hati selamatkan Jepun"

dan macam2 lagi.
Memang celaka kan?
Rasa nak bagi penampar pada orang macam tu.

Dan pasal Miyabi tu, aku tak faham tabloid nak keluarkan benda tu. SUngguh memang tak faham. dah takde cerita lain ke?

redbean berkata...

tula.

ak tgk berita kat cni hari2. cm mane susah keadaan diorang. tgk student malaysia pun ade y terkandas..

sedey gile..:(

tintabiru berkata...

Satu aku nak bagitahu..

harap hangpa semua selamat..

redbean berkata...

ak ok ja..membe2 ak kat belah tokyo tu yang terjejas. doakan mereka.

:)

say- O berkata...

aku first time nampak kartun cerdik ni dalam blog teh tarik gelas besar. dia kondem paper2 malaysia yang sungguh cerdik.

kecerdikan mereka melampaui batas. gurauan mereka tahap professor2. haha, mana perginya shinchan/doraemon?

fuuuuuuuu~!! bayangkan la, kalau malaysia punya tsunami kedah haritu kan, pastu akira toriyama lukis kartun ringkas hangtuah ditelan ombak setelah bukak langkah silat.

oh orang malaysia kan suka jenaka..tak marah punya.

yang maria ozawa selamat tu pulak, lagi lah. punya lah nak tarik rating pembelian, sanggup letak berita trash camtu. elokla, rata2 melayu memang cerdik, nakkan berita kelainan....

sebab tu obefiend dengan nami (cob nobbler) dan termasuk aku cukup pandang rendah ngan paper melayu macam metro berita harian. ok sekarang kosmo pun masuk list.mastika pun sama.

then, tadi petang aku ada buat status yang kutuk kartun ni, siap upload gambar lagi. takda sekor pun komen. ada 3 possibility

1)dah tau, so malas nak komen.
2)rasa takda masalah ngan katun tu.
3)tak tau apa langsung ngan apa jadi kat jepun.

aku rasa nr 2.

redbean berkata...

hurm..kalo hg ramai kawan kt jepun msti ramai komen. sbb mmber ak post kt fb berulang kali pun, still dpt byk komeng.

btw, pjg cmmt. p kopipes buat entri dlm blog hg :D

say- O berkata...

tak jugak.
sekali tu aku komen pasal revolusion kat mesir dan tunisia, belambak ja komen. reason: sebab islam...sesama saudara islam... gila double standard humanity orang melayu ni.

haha, entri blog aku dah lama tak update. bila tah, tak tahu aku

redbean berkata...

aku sokong tu.

ak perasan komen2 hg mmg bernas belaka.

bakal blogger pemikiran bebas/penentang arus yang terkemuka.

sebaris dgn nami@obefiend mungkin :D

kyo_9 berkata...

huhu.. ak nk tunjuk berita pasal miyabi nih kt member jpon esok nk tanye reaksi diorang..

Has berkata...

harap semua selamat di sana. harap semua beransur pulih.

redbean berkata...

itu lah sensei. setengah org ckp berita pun ade y bertapis, sbb diorang tanak bg org panik. ntah la.

simpati jgk kat mangsa. sy bersyukur sbb sy jauh dari tmpat kejadian. huhu

Alexandriana Alia berkata...

asyik nak berhumor lama2 otak bebal.

buuwa berkata...

Berita harian nak bg tayang mentality masyarakat dunia ketiga.. tuh la jdik nya... huhu