Jumaat, 4 Mac 2011

Pegang kuat-kuat

Satu malam cerah disinari bintang.

A: Aku kan, dari dulu doa sampai sekarang tak makbul-makbul lagi. Kenapa eh?
B: Kau doa ape?
A: Ade la. Segan nak cakap. Ramai baca blog kau ni. (sengih)
B: Ok. Aku pulak yang segan. (tutup muka)
A: Haa..jangan nak melebih.
B: Kau ada usaha tak?
A: Ade.
B: Erm, maybe tak sampai masa dia lagi kot.
A: Entah la. Masalahnya dah lama aku doa mintak tolong sume ni. Hurmm..
B: Time doa tu, ade tak kau macam betol-betol mengharap yang Tuhan akan makbulkan, atau betol-betol yakin yang Tuhan tu bole tolong kau?
A: Entah la. Aku doa amin lebih kurang camtu je. Biasa-biasa. Benda yang selalu kita buat tak berapa rasa lagi feel dan kesungguhan dia tu lagi kan?
B: Kalau kau nak buat loan kat seorang fakir miskin, agak-agak dapat tak?
A: (Ketawa) Ape lah kau ni? Mesti la tak dapat.
B: Macam tu jugak lah analoginya dengan Tuhan. Kalau kau tak yakin kau dapat benda tu, kenapa kau mintak?


Allah itu Maha Kuasa. Kenapa meragui-Nya? Kan doa tu senjata orang beriman. :)

3 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Kalau sekali minta dah dapat, dah ramai orang berlagak dengan Yang Maha Pencipta.

Yang sekarang ni, minta tak dapat2, pun dah berlagak, apatah lagi kalau dapat kan?

rekbing berkata...

kalau Dia nk tlg pun, Dia xkan bg sekaligus.

kalo mntak jadi kaya, xkan esok bkk pintu, ada duet 1juta dpn rumah.

Dia tlg step by step. so kena sabar :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Yup.
Tepat sekali.

XD