Sabtu, 12 Mac 2011

MomoKing

Bila ditanya filem Malaysia ngetop pecah punggung panggung ketika ini, sure ramai jawab filem 'ce cite ce cite' tu kan (belom baca review Merong Mahawangsa. baru keluar panggung kot). Apa nama? Hantu Mak Limah pulang ke rumah? Entah, aku pun tak sure tajuk sebenar.

Tapi bila ditanya review orang yang menonton, ramai juga yang jawab KELAKAR. Dabeliu-ti-eff! Apehal filem hantu dapat feedback KELAKAR ni? Kalau aku pengarah, serius aku down. Keciwa. Tak capai matlamat. Tak pun, yang jenis nak jaga hati, cakap "KELAKAR, tapi seram jugak". And still, elemen KELAKAR tu datang no 1.

Itu la, rakyat Malaysia (termasuk aku) gemarkan elemen komedi. Boleh bergelak ketawa seisi keluarga. Boleh me-release tensi juga. Bagi pengarah pula, ini taktik produksi filem kos paling rendah dan mampu mendapat kautan untung paling tinggi mungkin. Itu strategi. Rata2 orang kita, kurang (aku cakap kurang) tendency untuk tengok filem2 sci-fi berbelit-belit plot ceritanya yang bole buat dahi berkerut. Especially tengok kat panggung.
Ah, takde masa aku nak pikir pasal filem ni. Bnyak benda lagi aku nak pikir.
Majoriti yang pikir begitu. Aku rasa. Kalau download kat laptop, boleh la ulang2 tengok balik scene yang terlepas. Kalau kat wayang, ade button rewind kat armbar kerusi?

Dan bila homourisme dan horrorisme ini dikombokan, maka baliklah hantu Kak Limah ini ke rumahnya.

Momok, walaupun kurang dipastikan kewujudannya (sebab aku tak penah jumpa), jadi satu perkara yang dibualkan seharian. Macam2 jenis. Macam2 bentuk. Macam2 cerita. Biasa, orang melayu pakai unsur momok untuk mendidik anak. Contoh melarang anak.
Haa, pegi la kat semak belakang rumah tu, nanti ade hantu takde kepala datang..
Padahal niat nak larang anak jangan maen kat belakang, takut ade ular ke ape. Sejak turun temurun, cara tu berkesan. Tengok, itu momok-ing. It is in our blood.

Sampai dalam iklan pun ada.


Akibat banyak sangat tengok cite hantu. Terbawa-terbawa.


UpdategempaJepun: Semua pelajar Malaysia di Jepun berada dalam keadaan selamat. Terkini, satu reaktor nuklear di Fukushima telah meletup. Tapi struktur luar sahaja yang meletup, bukan tangki nuklear. Apa-apapun, doakan mereka semua dilindungi. Amin.

2 ulasan:

LORD ZARA 札拉 berkata...

Ce cite, ce cite...

hahaha.

aku salute hasil kerja Mamat Khalid :)

redbean berkata...

ak blom tgk lagi. nnt ak bagi feedback.

dalam hati.

heh.