Sabtu, 26 Mac 2011

Kecut.

(Dongak. Tenung langit ceiling)

Dengan populasi kenalan yang kecil bagai bilangan rumput di padang pada musim sejuk, seseorang cenderung untuk kurang bergaul. Kurang terdedah dengan dunia luar. Bila kurang bergaul, manusia kurang mendapat input baru untuk dicernakan. Hasil, otak tak berkembang. Dan otak yang tak kurang berkembang lazimnya lemah menilai. Mana kaca mana permata. Mana emas celup mana emas tulen. Mana berlian Poh Kong mana berlian Habib Jewels. Ok cukup.

*1, 2, 3.. korang sambung laa

Lagi, otak tak berkembang mudah disogok. Mudah dimanipulasi. Contoh, wartawan2 (mostly) dikongkong apa macam artikel atau cerita yang akan di-publish. Sume atas tangan kuasa veto editor. Tekanan. Tak bole main tulis je. Kang tak dapat gaji kan. Buat camne. Tu je hasil periuk nasik diorang. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Aku tak suka pakai peribahasa ni sebenarnya. Tak suka manusia dianalogikan dengan sifat ayam. Kais cari makan kat hasil buangan sendiri. Jijik.

Ok. Berbalik. Kekadang dibangkang yang seseorang (kurang bergaul) itu juga mengambil tahu dunia luar, iaitu dengan memetik dari sumber yang tidak kurang tepatnya, internet. Tapi bagi aku, ia berbeza. Tak bole berhujah menerima dan memberi di situ. Tidak live on time, maksud aku. Dengan mata hanya memandang skrin komputer riba. Maka skop pemikiran pun tak lari jauh dari luas skrin tu, mungkin. Hmmp.

*segiempat ajaib

Tapi, melalui segiempat sempit ni jugak mampu bawa manusia menerobos ke dunia infiniti seluas alam semesta. Sebenarnya.

Kurang bergaul juga buat aku kurang material untuk diblogkan.

*Monolog dalaman - 25 Mac 2011*

3 ulasan:

LORD ZARA 札拉 berkata...

:)

Tak juga sebenarnya. Dengan bergaul di Internet juga sebenarnya kita akan dapat lebih banyak material dari luar. Kita terdedah dengan perkara yang kita sendiri boleh pilih, cerna & hadam :)

Oh,kenapa tak bergaul di luar?
Masalah komunikasi atau fahaman?

redbean berkata...

ni la monolog dalaman, xsemstinya betol :)

kurang komunikasi luar - ramai rakan malaysia blk kampung dan ramai rakan jepun sibuk mencari kerja..

tiada masa bersama. hee

ABC berkata...

tapis dulu apa yg kita baca sebelum masuk ke otak..maklumat sekarang nie banyak yang dah diekploitasi unuk kepentingan tertentu..