Selasa, 29 Mac 2011

Aku bukan doktor: #2 Petua gigi putih

Dulu aku kerap ditegur, "Eh KacangMerah, putih gile gigi kau". Dari mulut pompuan, selalu dengar. Dah biasa. Aku tau diorang tabur ayat manis cuba nak tekel aku. Takpe, aku layankan aje. Dengan acuh tak acuh, aku jawab "Yeke? Mane ade. Biasa2 je la". Sambil melemparkan senyuman paling maskulin dalam dunia.

*cair beb!

Ok. pegi lap muntah2 hijau depan laptop tu. He. He.

Tu cerita lama. Sekarang dah tak pearl white lagi. Ada tompokan kuning di sekitar akar gigi. Degil. Sental2 tak tanggal. Hilang satu aset berharga memikat perempuan. *sigh*

Ya, di bawah aku ada listkan beberapa tips, aku bagi nama, Petua gigi kekal putih, senyuman kekal manis, wajah muda tak dimakan usia. Sori nama panjang sikit.

Sediakan pen dan kertas.

  1. Pakai pembasuh mulut pemutih (baca: whitening mouthwash). Kalau bercakap pasal brand, aku rekemen Listerine (sebab brand laen aku tak tau). Hehe.
  2. Pakai dental floss. Satu hari satu kali. Ingat, gosok gigi dulu, baru floss. Ok?
  3. #EXTRA Pakai whitening gel strip/tray. Hati2, terlebih guna mudarat gusi.
  4. Sental gigi dengan kulit pisang sebelum gosok gigi. Agak gross jugak bunyinya. Belom cuba belom tahu, kan?
  5. Makan banyok buah such as strawberi, epal, pear etc. Buah ada asid semulajadi (malic acid kalau tak silap) yang akan menyental segala kerak dan mendakan yang berakar di gigi.
  6. Kurangkan minuman berkaffein (kopi, teh, soda). Ini sumber utama karat yang menempel di gigi.
  7. CUBA untuk tidak merokok. Hurm..
  8. Jumpa doktor gigi. Amek petua. Setel.
  9. Jangan malas GOSOK GIGI. Atleast, dua kali sehari, bukan dua hari sekali. Ni paling penting sebenarnya.
Itu saja. Nanti kalau jumpa aku, jangan terus sembur "alah, gigi kau pun kuning, nak nasihat orang pulak".

Rileks. Benda ni amek masa.

*Senyum. Tunjuk gigi berkarat*


11 ulasan:

Cinoi berkata...

Owh ingatkan ada petua yg special lain dr yg lainnn. Yang lebih instant, (erk semua nak instant)

nelly berkata...

Berguna ..
tq ..

ayesyaazreena berkata...

nice2~~

Pidut ASiS berkata...

nak lagi bagus,cabut semua gigi pas tu tanam yg baru..hahahha

Ana admi berkata...

hehe....smbil tunjuk gigi

syafiqakarim berkata...

petua bagus ;)
amalkan.

zee ong berkata...

hai kacangmerah, karatnya gigi >.< muehehe.

CUBA untuk tidak merokok..hurmmm.

ahha. ye, itu salah satu faktor gigi kuning dan nafas berbau. so, stop smoking!

senyum :)

redbean berkata...

@pidut: ingat tanam gigi macam pacak pagaq ka? haha
@zee: sje letak point 'merokok' dan x explain pjg. sbb bnde tu susah nk larang :)

InGkLate berkata...

salam.. ada gak try petua putihkan gigi nih.. tp xde kesan.. aish..

redbean berkata...

xde kesan? dh cube ke? :)

muhammadfathimarzuki berkata...

aq mmg buat dari dulu g bnda nie dan berkesan.