Isnin, 16 Mei 2011

Bangun. "Assalamualaikum cikgu!"

Ya, hari ni Hari Guru.

Biasa hari spesel setahun sekali macam ni, kena buat entri spesel. Ikut trend.

Dulu ingat Hari Ibu pun macam nak buat entri jugak. Tapi pikir punya pikir, mak aku sorang je. Tak banyak cerita. Kalau cerita pun aku rasa korang baca tongkat dagu pakai tangan kiri. Lagipun, orang cakap Hari Ibu kan tiap2 hari, takkan aku nak buat entri tiap2 hari. Ye dak?

*gambar: ihsan Google

Kalau Hari Guru, (aku rasa) berpuluh-puluh cikgu punya cerita aku ada. Okay. tadi aku ada buat cabutan tak bertuah ringkas. Secara randomnya aku pilih 3 orang cikgu.

Cikgu Mat Lazim

Nama bapak cikgu ni Khamis. Unik kan? Tu je aku nak cerita. Hehe. Sebab utama aku tak boleh delete cikgu ni dari kepala otak aku ialah kerana bentuk punishment-nya. Pertama - jentik hidung pakai getah yang disimpul hujung. Right between your eyes. Perghh. Aku rasa ni antara bentuk torture yang paling epic penah aku dapat dalam hidup. Masa dia tarik getah tu, aku mula kira dalam hati. Time tu rasa macam masa bergerak lambat sangat. Kira sampai 4, "tasssss!". 'Kepala' getah hinggap di hidung. Mata terpejam. Bisa. Rasa macam nampak kaabah sekejap.

Kedua - jentik pipi pakai pembaris besi. Uhh, ini pun epic jugak. "Papp!" sekali atas pipi, aku nampak kaabah kali kedua. Memang lucky habes. Muda2 dah dapat tengok kaabah. Ohh, lupa nak cakap kenapa aku dapat 'habuan' tu. Simple. Tak buat kerja rumah.

Cikgu Yusry

Dengan ejaan nama yang berakhir dengan huruf 'y' dan juga mempunyai nickname 'Mat Jin', dia fikir dia lah cikgu yang paling cool dalam sekolah. Kenapa Cikgu Yusry? Ini. Dia penah kejut aku time prep malam dengan cara paling barbaric. Tarik telinga aku yang tengah sedap tido dalam kelas, sampai aku terberdiri. Cuba bayangkan. Aku dalam separuh sedar, kepala ligat bermonolog dalaman, "wat hepen? wat hepen?". Bila bukak mata separuh, aku nampak si jin itu menarik telinga aku sambil tersengih-sengih kerang. Satu kelas pandang. Sial sial sial sial sial sial sial. Aku mencarut panjang macam berzikir. Malam tu, aku dapat dua. Satu sakit satu lagi malu. Dia dapat satu je. Makian aku (ofkos la dalam hati).

Lagi satu, kenapa aku tak ingat, dia penah kepit hidung aku pakai 2 jari (jari telunjuk dan jari hantu) pastu sentap laju2. Masa sentap tu bunyi "fapppp!". Haa, lain macam kan bunyi. Haha. Hasilnya, hidung aku lekat cop merah yang kekal selama lebih 10jam. Sepanjang 10jam tu, aku cuba mengelakkan diri dari terserempak dengan cermin. Bukan apa, aku nak elak dapat dosa kering dengan menyumpah beliau apabila terpandang kecederaan separa kekal aku ni.

Cikgu Azam

Erm. Aku rasa entri ni macam panjang sangat je. Stop kat sini jela. Aku pun ada cerita panjang pasal dia ni. Ok, hutang dulu.

******

Kena hukum macam2, mesti korang ingat aku student paling nakal dalam sekolah kan. Mana ada. Aku inosen je. Low profile. Teruk macam mana pun, tak ada la aku kene hukum tiup lampu sampai padam. Tapi sebab 'ajaran2' sebegitu, I am what I am now. #cliche

Akhir kata pemanis bicara (cewahh), kepada guru2 SK Titi Gantong, SM Sains Sultan Muhamad Jiwa dan Unisel (JAD) dan juga cikgu2 secara tidak langsung, SAYA ucapkan,
"SELAMAT HARI GURU" (Hari Guru pun tiap2 hari sebenarnya)
Oh, tak lupa juga kepada cikgu, blogger dan kaunselor maya, Lord Zara. Lagi satu, ucapan personal kepada cikgu bahasa Jepun saya, Hasparina sensei.

2 cikgu ni saja yang aku tahu ada blog. Dan 2 cikgu ni je lah yang aku tahu baca blog ni. :D

12 ulasan:

peep berkata...

hahah, cekgu aku yg plg xle lupe potat ngan us. jamal.. grrr..

say- O berkata...

JBY. jin benama yusry. tak penah kena tapi penah selalu tengok hangpa kena. memang cilaka.

Has berkata...

hehe mmg baca :D ありがとう! btw, saya tak berapa faham dengan bentuk "hukuman" tu walaupun diterangkan secara agak spesifik di sini. contohnya "jentik pembaris kat pipi" dan "kepit hidung pakai dua jari".tak dapat bayangkan macamana. so terpaksa baca kuat2 pada suami saya dan dia demonstrasi kan. then, terfikir..kenapa dia boleh faham?....agaknya .itu hukuman yang biasa bagi budak2 lelaki? hehe (男女差別:D)

rekbing berkata...

@karoy: tp lani dh xbole kutuk2 sgt dah. dia kawen dgn ticer asmahani, ticer feveret aku tu

@sensei: lagi sekali ありがとう kembali. maybe sense lelaki dgn perempuan xsama kot :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

arigatou neh!

:)

aaa...napa tukar nama?

rekbing berkata...

@zara: pendek kata-evolusi
panjang kata - nama lama mcm comel sgt je. tanak ubah drastik sgt, aku tukar la nama sama tp dlm longhat lain. (bajet style) puiiiii! HAHA

kyo_9 berkata...

hasparina sensei ada blog??
ak baru tau~

techzarinfo berkata...

goos info

rekbing berkata...

@techzarinfo: goos??

say- O berkata...

yeah dia kawin ngan asmahani, juga teacher faveret aku~~

dengaq crita dia la ni dah tak ganas macam dulu`~~

senpai hang berkata...

mat jin...
nama yg x asing kot dlm wilayah utara Malaysia nih...aku rsa aku pnah kena siksaan tarik hidung tuh

gosip ke-2,aku pnah dgq yg mat jin ni dlu pndah skolah kita sbb skolah lama dlu dia kena pukui ngan budak2,tutup lampu kelubung selimut pastu setel,bukak lampu suma ilang...tragik gila

rekbing berkata...

@say-0: ya. ticer asmahani dah basuh dia kot. haha

@senpai aku: pasai kena pukui tu aku baru tau hari ni.