Jumaat, 11 Februari 2011

Situasi tak gatal tapi garu kepala

Kita selalu dengar orang bersembang pumpam tapi tak serupa bikin kan. Contoh,

Cakap nak diet. Ajak makan tanak. Skip breakfast makan tengahari segala. Tapi bila makan malam, melantak puas2 tak ingat dunia. Lagi teruk, pegi pekena mamak tengah malam, balik terus tido. Bagus. Amalkan 5-6 bulan, kalau jadi camni jangan tanya kenapa.

*eewww kan?

Cakap nak jimat masa. Study sampai bagai nak rak sampai pagi. Dera mata tak bagi tido. Dera kepala sumbat ntah hape2. Alih2, esok bangun pukul 3petang. Padahal waktu efektif nak study dan kepala mudah serap input macam span kering tak lain tak bukan ialah waktu pagi. Yang semalam study tu pun entah ingat entah tak. Hmmp.

Cakap nak jimat duet. Dengan perut sendiri pun berkira. Tapi bila shopping barang (lelaki: gadjet terkini, pompuan: macam biasa; pakaian), cakap "Eh, berbaloi ni. Kira murah ape. Standard harga lagi mahal". Member yang malas layan ni jawab "Ha...ha. Ok...ok". Sambil angguk macam anjing dahaga air tu. Cuba bayangkan.

Contoh lagi pasal duet. Ni aku amek sini.

Kadang-kadang bila makan kat Pasar Ikan Manhattan (baca: Manhattan Fish Market) atau TGI Jumaat, RM30++ pun dah rasa cukup murah. Yang kuantiti makanan tu saja dah bole setel hadam kat esofagus je. Memang la! Dah kau pegi banding dengan harga asal kat kedai tu sapa suruh? Diorang saja je kencing letak harga mahal awal2. Taktik biasa bisnes. Cuba banding dengan harga average makanan, baru betol.

Tapi bila mai orang nak mintak sedekah buat sekolah buat masjid, mula terketar-ketar tangan nak keluarkan duet, even duet biru terang tu (Aku nak cakap duet RM1, bukan RM50). Susah nak keluar. Macam ada gam kat wallet.

Aku ada tips contoh berjimat mudah.

Satu, kalau summer tak payah la gedik nak mandi pakai air panas. Pastu dah bising baru mandi je dah peluh balik. Itu bijak namanya (mata ke atas, tangan ke dada). Aku stonkolstanner kangg. Dua, kalau winter tak mandi setiap hari pun tak apa. Mandi ikut jadual. Macam aku selalu buat. Pada hemat aku la. Kalau dah nak pegi mandi pun dah macam orang Parkinson, baik tak payah kan. Ok la, nak cakap aku busuk pun cakap la...

*bebaskan diri dari belenggu

Ya. Dua je. Tu je motif aku tulis entri ni. Aku bukan Doktor fadhilah Kamsah nak bagi motivasi banyak-banyak.

4 ulasan:

Tulip Chantek berkata...

jimat air? mesti ade org kate kamu busuk x mandi kan? hehe. yg penting maintain bersih & wangi :)

redbean berkata...

xmandi tu btol, busuk tu salah :D

as eleyana berkata...

haha!! parkinson comel pe.
apakah ko tak mandi sepanjang winter.
lama tuh doh.. xpelah.. biar busuk asalkan xbusuk hati.

redbean berkata...

ak cakap xperlu mandi stiap hari la..bkn xmndi langsung..hmmp