Selasa, 1 Februari 2011

Nanti aku nak suruh anak aku maen bola..

Nanti bila aku dah ada anak, lepas aku ajar jalan taktih, lepas tangan je dia dah boleh maju 5 langkah dan ke atas, aku nak bagi dia bola sebijik.
Abu (contoh nama anak aku Abu), nah ni bola. Sepak bagi kena. Kuat-kuat.
Dalam bab mendidik anak ni, aku harus tegas. Bapak aku selalu ajar aku benda tu. Bila dia dah besar sikit, otak dah pandai pikir, mesti dia akan tanya kenapa aku ajar dia maen bola sirius camni. Time tu aku rasa dia dah maen bola wakil negeri dah. Dalam situasi tu, aku akan tunjuk dia gambar ni.


Kalau dia tanya ni siapa, aku tak patut terus meradang. Itu normal. Biasala budak-budak. Mana amek tau pasal sejarah sangat. Waktu tu mungkin mamat ni dah buat bisnes sendiri, ataupun buka restoran char kuew teow pertama di Negeri Sembilan. Tak apa, itu juga bisnes. Eh, sori Abu, Papa termembebel pulak. Bila dia tanya camtu, aku jawab,
Dia ni dulu pemain bola sepak, Bu. Nanti bole la Papa dapat menantu cantik camni.
Aku yakin dia pasti terdiam panjang sambil otaknya ligat berfikir. Biasala budak remaja. Adventure. Itu ini nak tau. Aku faham itu transformasi ke alam dewasa. Aku pun penah ada kat situ dulu.

Dan mungkin lepas beberapa hari atau beberapa minggu (kalau anak aku tu bebal), aku yakin dia akan tanya aku balik. Lebih kurang camni,
Tapi kan, Papa tak maen bola pun, bole dapat bini cantik...,
Lagi sekali aku cool. Aku dah bersedia dengan soalan sebegini.
Bu, Papa susah-susah cari bini cantik macam Mama kamu ni sumanye demi masa depan anak2 Papa tau. Kalau kamu belajar Biologi, kamu akan tahu yang anak akan mewarisi sifat2 kedua2 ibu bapanya. Kamu perlukan sifat keperkasaan Papa dan ke-charming-an Mama kamu. Sekarang dunia semakin mencabar. Kita tak bole expect masa depan kita. Kamu perlukan nilai tambah tu.
Panjang lebar aku explain, aku harap dia paham.

9 ulasan:

~:.LiNi.:~ berkata...

hahaha..kelakar..
nway,slmat mendidik anak kamu dimasa depan nati..^^

eyqasara berkata...

wah.. bgus yep ade cita2 mndidik anak mcm tu skali.. hihihi...

biskut berkata...

aku faham...aset tuh bro,aset.

Saving Huda berkata...

perempuan dlm gmbr tu selebriti ke weh?
hoi teruk perangai.terguris gollum2 macam aku ni haha

redbean berkata...

artis la. adik rozita che wan. ppuan ni belakon dlm nur kasih. femes kot. kau tgk x?

Cerah Jeff berkata...

ko ade pilihan kedua,ko jawab je depan mak budak tu, "mama ko cantik ke?"
hahaha

redbean berkata...

xbole camtu cerah. aku xbole tipu diri sendiri..:D

SaifuL kuryLenkO berkata...

hahaha. best2

EYQA ♥ berkata...

best entri ni. hihihihi